FOLLOWERS

Wednesday 29 April 2009

DUN PERAK : USUL LUCUT JAWATAN SIVA


Malaysiakini


Pejabat Setiausaha Dewan Negeri Perak telah menerima satu usul untuk melucutkan V Sivakumar dari jawatan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

Usul tersebut dicadangkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abd Kadir dan disokong oleh ADUN Sungai Rapat, Datuk Hamidah Osman.

Menurut Setiausaha DUN Perak, Abdullah Antong Sabri, usul tersebut telah diberi notis untuk dibawa di dalam mesyuarat pertama, penggal kedua, DUN Perak ke-12 pada 7 Mei depan. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua :WISEL penamat da h berbunyi. Pemain utama boleh keluar padang sekarang. Ada beliau pun buat apa. Hanya patung. Speaker yang dilihat tidak menjalankan dengan bebas dan tidak berfungsi sebagai seorang speaker. Setiap keputusan semasa mengendalikan sidang DUN pun hanya menunggu dan terpaksa atau dipaksa menunggu arahan YB Ngeh.


Apa jenis speaker macam ni. Hanya patung dan hanya bertindak apabila butang remote ditekan oleh YB Ngeh. Dicadangkan sebelum semua YB-YB Perak termasuk Speakernya, masuk DUN pada sidang 7 Mei ini, Bentara DUN boleh membuat pemeriksaan keselamatan kepada semua yang di atas. Rampas telipon bimbit yang dibawa. Mungkin akan mengganggu sidang DUN. Bunyi bising.

PG rasa kalau dibuat cara ini, bisu terus speaker Siva ni. Tak tahu nak kendalikan sidang. Putih le biji mata dia melihat isyarat dan nak membaca isyarat dari YB Ngeh. He he he he he.


Sedih lihat ada juga speaker jenis ini. Kelulusan undang-undang. Bercakap hari-hari mengenai krisis perak. Sanggah DYMM. Rupanya nak mengendalikan sidang DUN pun menunggu arahan dari YB Ngeh. Malu kalau ahli-ahli parlimen Dunia dan speaker parlemen di negara lain kalau tahu ada juga speaker jenis ini.

PG rasa patut dibuang aje secepat yang boleh YB Siva ni dari jadi speaker buat sementara dan bawa juga usul di DUN tersebut agar DUN mengarahkan YB Siva mengikuti kursus dengan Speaker Parlimen Malaysia , Tan Sri Pendikar Amin Mulia. Belajar tatacara mengendalikan sidang DUN dengan betul tanpa menunggu arahan dari seseorang semasa sidang berjalan bagi membuat keputusan. Memalukan.

Selamat bersidang semua YB-YB Perak. Delete lah sesegera Tengku Siva ini : mungkin dan seharusnya sebagai agenda pertama apabila DUN memulakan sidangnya 7 mei ini. Low class.

1 comment:

  1. http://medan-info-kita.blogspot.com/2009/02/pakatan-ada-senjata-sulit-di-perak.html

    Monday, February 9, 2009
    Pakatan Ada Senjata SULIT di Perak..??

    GEMPAR!!

    Pakatan Rakyat Perak diberitakan akan mengganggu gugat persidangan Dewan Undangan Negeri apabila mula bersidang nanti.

    Menurut maklumat sulit yang kami terima dari pimpinan PKR Selangor, ada perancangan untuk Pakatan Rakyat meneruskan usaha membubar DUN Negeri Perak sebaik sahaja sidang Dewan bermula.

    Berikut adalah diantara langkah langkah yang akan wakil rakyat Pakatan Rakyat lakukan demi mencapai cita cita mereka untuk mengadakan Pilihanraya Kecil Dewan Undangan Negeri Perak;

    Apabila semua Ahli Dewan Undangan Negeri mengambil tempat, Speaker Dewan yang masih lagi wakil DAP akan menggunakan kuasanya sebagai Speaker untuk MENGHALANG tiga ADUN iaitu, Yb Behrang, Yb Changkat Jering dan Yb Jelapang daripada masuk ke dalam dewan. Walaupun SPR mengesahkan ketiga tiga mereka masih lagi ADUN, tetapi Speaker akan memberikan alasan keputusan mahkamah belum diputuskan dan sebagai Speaker Dewan beliau akan pastikan ketiga-tiga Yb yang menjadi Bebas ini tidak dapat masuk dewan.


    Ini akan menjadikan kedudukan bilangan dalam dewan sama rata iaitu 28 ADUN BN begitu juga 28 ADUN Pakatan Rakyat.


    Disini salah seorang ADUN Pakatan Rakyat akan membawa usul untuk membubarkan Dewan untuk menghalang kerajaan negeri Perak daripada diterajui oleh Barisan Nasional.


    Speaker Dewan akan mengarahkan agar keputusan dicapai melalui pengundian, sudah tentu nanti kedudukan bilangan undi akan menjadi 28 sama.


    Dalam keadaan ini, Speaker Dewan tidak ada pilihan selain daripada merujuk kepada beberapa peruntukan yang termaktub dalam Perundangan tubuh kerajaan negeri.


    Difahamkan bahawa Speaker boleh melakukan “toss coin” atau lambungan syiling sebagai pilihan terakhir untuk menentukan keputusan yang akan dicapai.


    Tidak mustahil sekiranya Pakatan Rakyat sanggup bergantung kepada nasib semata-mata, dan mengizinkan lambungan syiling dilaksanakan. Ini bukanlah sesuatu yang merugikan pihak mereka, malah boleh dikira menguntungkan. Masakan tidak? Bukankah pada hakikatnya Pakatan Rakyat sudah hilang kuasa memerintah…? Jadi dengan hanya mempertaruhkan lambungan syiling besar kemungkinan Nizar, Ngeh dan Nga akan mencapai cita cita mereka untuk bertarung dengan BN dalam Pilihanraya DUN Perak.., dimana selama seminggu ini mereka terlalu inginkan ianya berlaku, yakin dengan kemenangan bakal menjelma!

    Apakah Dr Zambry akan mengalami nasib yang serupa dengan Nizar seandainya kemenangan sekali lagi memihak kepada Pakatan Rakyat?

    Demikianlah antara langkah langkah sumbang yang bakal diatur oleh barisan ADUN Pakatan Rakyat yang ternyata jelas mahu membelakangkan rang undang undang yang semestinya mereka junjung sebagai rakyat memahami Rukun Negara!

    Bermula dengan tindakan Nizar mohon MENDERHAKA kemudian diikuti dengan insiden biadap penyokong mereka menyerang kenderaan Raja Muda, berbaring pula ditengah jalan menghalang kenderaan Sultan dan memecah cermin kereta sewaktu demonstrasi di Masjid Ubaidiah minggu lepas, Pakatan Rakyat terus meroyan apabila Pengerusi DAP, Karpal Singh mahu menyaman Sultan Perak!

    Kini giliran ADUN Pakatan Rakyat diberitakan mahu menghuru-harakan pula sidang Dewan Undangan Negeri Perak!

    Siapakah dalang dibelakang semua tindakan rakus mereka ini? Siapakah yang menjadi penasihat keatas apa yang telah dan akan berlaku ini…??

    Berbanyak terima kasih diucapkan kepada informer dari dalam PKR Selangor yang memberikan maklumat penting ini, samada akan berlaku atau pun tidak, sama-samalah kita tunggu…. Semoga penyokong penyokong dan ahli BN tidak terlalu gembira dengan keadaan di Perak sekarang ini.

    Posted by Medan Info Kita at 5:33 PM

    ReplyDelete

PETA PELAYAR