FOLLOWERS

Saturday 18 April 2009

GANTUNG S.U DUN PERAK : PENJELASAN SUK PERAK


Utusan Malaysia

Tindakan gantung tugas Setiausaha DUN tidak sah
18/04/2009 8:18pm

IPOH 18 April — Tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak V. Sivakumar menggantung tugas Abdullah Antong Sabri sebagai Setiausaha DUN Perak seperti yang dilaporkan media hari ini adalah tidak sah dan tidak boleh dikuatkuasakan, kata Setiausaha Kerajaan (SUK) negeri Perak Datuk Dr Abdul Rahman Hashim.

Beliau berkata jawatan Setiausaha DUN Perak adalah jawatan pegawai tadbir dan diplomatik (PTD) Gred M52 yang diluluskan oleh pihak berkuasa negeri melalui waran perjawatan yang ditandatangani oleh Menteri Besar Perak.

“Proses pelantikan dan pengisian jawatan itu memerlukan kelulusan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Selepas itu selaku SUK kerajaan negeri Perak dan bagi pihak kerajaan negeri, saya akan mengeluarkan surat rasmi pelantikan Setiausaha DUN Perak.

“Dengan ini dimaklumkan bahawa pihak JPA mahupun kerajaan negeri atau saya tidak ada mengambil sebarang tindakan ke atas Abdullah,” katanya di sini hari ini. - Bernama

Penghuni Gua : Inilah mereka yang gila kuasa . Mereka ini tak pernah merasakan berkuasa. Beri kuasa sedikit mereka lebih berkuasa lebih daripada Raja. Kekebalan Raja nak di hapus dan di pertikai. Bila kena kepada diri sendiri , hendakkan kekebalan sepenuhnya. Dicungkilnya segala peruntukkan undang-undang untuk membenarkan tindakan dan mengebalkan mereka.

Mereka jenis ini kalaulah ditakdirkan diberi kuasa sepenuhnya memerintah Malaysia , Penghuni Gua boleh bayangkan tindakannya. Pendek kata Kem Tahanan Kemunting tu terpaksalah dibuat 10 ke 20 buah lagi. Semua musuh politik mereka akan disumbat ke sana.

Inilah ikhtibar yang sepatutnya kita semua ambil dan lihat dengan hati terbuka. Inilah hikmah dari peristiwa ini semua. Tuhan berikan dan biarkan ia berlaku untuk kita semua berfikir dan menilai kepimpinan mereka jika di beri memerintah Malaysia. itu baru Perak. Bayangkanlah..................................................

Kepala dan fikiran mereka jenis ini telah disekat untuk berfikir secara waras kerana terlalu mengikut sentimen dan kerana keegoan diri.

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR