FOLLOWERS

Thursday 16 April 2009

GEMPAK MIC : DAH TAHU PENGAKHIRAN NYA !

Utusan Malaysia


KUALA LUMPUR 16 April - Wakil MIC yang dilantik sebagai menteri dan timbalan menteri tidak akan keluar dari Kabinet dan isu itu telah selesai berikutan penjelasan yang dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, kata presidennya Datuk Seri S. Samy Vellu pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa kerja pusat di sini hari ini. - Bernama

Penghuni Gua : Betul tak pendapat Penghuni Gua pada posting yang lepas. Mereka ini nak gertak sahaja. Oleh yang demikian PM jangan sesekali melayan komponen yang berpolitik mengertak ini. PM kena tunjukkan UMNO juga boleh menggertak mereka dengan lebih teruk lagi. Jangan sesekali memberi muka kepada mereka yang berpolitik secara sedemikian. Jangan benarkan sama sekali. Jika dibiarkan ia akan menjadi satu budaya dan barah kepada BN.

Gertakkan Gerakan dan PPP serta MCA juga jangan dilayan. Beri isyarat yang betul kepada semua komponen ini kerana ini bukan budaya BN. BN mengutamakan musyawarah dan tolak ansur. Ini telah dilakukan dengan baiknya oleh pemimpin terdahulu iaitu sejak sebelum merdeka lagi.

Pemimpin parti-parti komponen yang selekeh sekarang ini dan baru nak kenal dunia , nak bercakap lebih-lebih. Kalau KPI dia orang bagus tak apa juga. Prestasi secara persendirian pun tak lepas KPI , apa lagi KPI semasa PRU dan PRK pun tak ke mana . Ini nak minta lebih- lebih. Tak cukup lagi dengan 2 kali UMNO membuang maruahnya dengan meminta maaf dengan anda semua?.

Apa lagi yang anda semua tidak lakukan selepas PRU 12. Menghina, menggugut, mengertak, dan memperlekehkan UMNO. Cukup lengkap. Jadi hentikanlah cara begini. Lihat diri anda sendiri dulu dan berfikir cara waras. Jangan jadi pembangkang dalam BN. Bantu PM untuk melakukan transformasi di dalam jentera kerajaan dan BN keseluruhannya.

Fikirkanlah. Jangan fikir cara budak sekolah. Anda semua adalah parti politik utama dan pada peringkat kebangsaan.

Fikirkanlah.

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR