FOLLOWERS

Wednesday 15 April 2009

HINA DYMM SULTAN PERAK : WANITA DI DAKWA !


Utusan Malaysia

15/04/2009 2:46pm

BUTTERWORTH 15 April — Seorang suri rumah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap tuduhan mengedar komen lucah mengenai Sultan Perak Sultan Azlan Shah menerusi http://books.dreambook.com/duli/duli.html yang mempunyai pautan ke laman web pejabat baginda.

Khoo Hui Shuang, 27, dari Permatang Pauh dekat sini, didakwa melakukan perbuatan itu bersama-sama suaminya Chan Hon Keong, 26, di No.5, Lorong Arowana Emas 2, Taman Arowana Emas, Permatang Pauh pada kira-kira pukul 12.05 pagi, 13 Feb lepas.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu menurut Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum menurut Seksyen 292 yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama dan sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tempoh tiga tahun atau denda atau kedua-duanya.

Suami Khoo telah didakwa di mahkamah yang sama atas pertuduhan yang sama pada 13 Mac lepas.

Pendakwaan terhadap Khoo dilakukan hari ini memandangkan dia tidak hadir di mahkamah untuk prosiding pada 13 Mac lepas kerana berada di Sarawak. Pada prosiding hari ini, Khoo diwakili peguam Jagdeep Singh Deo manakala pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Radhi Abas.

Selain pertuduhan itu, Khoo juga menghadapi pertuduhan pilihan bersama-sama suaminya mengedarkan komen lucah itu menggunakan perkhidmatan aplikasi iaitu internet dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum menurut Seksyen 233(3) akta yang sama yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara minimum setahun.

Hakim Julie Lack Abdullah menetapkan 20 Mei ini untuk sebutan kedua-dua kes itu serta membenarkan Khoo diikat jamin sebanyak RM6,000 dengan seorang penjamin. — Bernama

Penghuni Gua : Padan dengan mereka ini. Mereka ini telah lupa asal usul mereka. Di mana bumi di pijak di situ langit di junjung. Cuba mereka berbuat sedemikian di Thailand. Juga cuba mereka buat perkara yang sama kepada Presiden dan Perdana Menteri Negara China. Hukuman yang menanti ialah penjara seumur hidup atau di tempak mati oleh skuad penembak.

Kepada yang lain yang melakukan perkara yang sama di dalam blog masing-masing akan menerima balasan masing -masing dalam tempoh terdekat. Tunggulah. Penghuni Gua merasakan masa pun dah tak berapa lama lagi.

1 comment:

  1. Pastikan tindakan tegas pada mereka yang kurang ajar tak tau diuntung. Harap jangan bagi muka dengan puak-puak ni.

    ReplyDelete

PETA PELAYAR