FOLLOWERS

Tuesday 14 April 2009

ISA : PANDANGAN YB DR. RAIS YATIM


Utusan Malaysia



KUALA LUMPUR 13 April - Salah tanggapan bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak menepati standard kemanusiaan adalah tidak betul, kata Menteri Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan yang baru, Datuk Seri Dr. Rais Yatim hari ini.

Beliau berkata, ada proses habeas corpus di mana perjalanan undang- undang berfungsi pada seseorang yang ditahan di bawah ISA, membabitkan mahkamah dan untuk membuktikan dirinya bebas daripada semua pertuduhan terhadapnya.


"Tetapi bahagian itu belum dihuraikan oleh sesiapa pun. Mekanisme itu bahawa kita di bawah ISA, terutamanya Seksyen 8 dan 73, boleh dicabar melalui proses habeas corpus di mana sistem ini juga adalah lazim, dan sesungguhnya, mengatakan bahawa ISA tidak menepati standard kemanusiaan adalah salah," katanya dalam satu temubual Hardtalk yang disiarkan oleh BBC.


Mengenai undang-undang membenarkan tahanan tanpa tempoh dan tanpa dituduh atau dibicarakan, beliau berkata, bukan tidak ada tempoh, kerana kerajaan Malaysia menggunakan tempoh penahanan 60 hari seperti Akta Pengganas di Britain di mana suspek ditahan sehingga 21 hari.

Bekas Menteri Luar itu juga ditanya mengenai penahanan penulis blog, Raja Petra Kamaruddin.Rais menjelaskan bahawa penulis itu ditahan bukan kerana beliau adalah seorang pengganas tetapi atas alasan bahawa Raja Petra Kamaruddin adalah memudaratkan keselamatan undang-undang di negara ini.

Ditanya sama ada ISA akan diperbaharui atau dimansuhkan, Rais berkata, beliau percaya bahawa pada satu ketika, akta itu akan secara berperingkat-peringkat menjadi sesuatu lebih sesuai dengan perkara-perkara yang kehendaki oleh masyarakat antarabangsa.


"ISA merupakan undang-undang asal pada 1948 yang diberikan oleh Britain...pada ketika itu, Malaya terdedah kepada perang gerila, persekitaran pada masa itu, jadi ia telah menjadi satu sistem di mana ia kini dipersoalkan oleh ramai orang.


"Kita akan terima cabaran itu dan kita akan ke arah itu di mana ISA mestilah dipinda pada masa akan datang," kata beliau. - Bernama

Penghuni Gua : Setuju dengan Dr Rais Yatim. Tak ada yang tak kena dengan ISA. Yang tak kena ialah mereka yang memudaratkan keselamatan negara sahaja. Kami yang tak buat salah ni sudah 48 tahun hidup dengan ISA. Tak ada masalah pun malah rasa beruntung dengan adanya ISA. Kami sekeluarga dan anak-anak dapat hidup dan belajar dengan aman damai.


Yang tak setuju ialah pindaan kepada ISA. Jangan sesekali mengubahsuai ISA bagi memotong kukunya. Sepatutnya cengkaman ISA di perkemaskan lagi.

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR