FOLLOWERS

Thursday 16 April 2009

KEPUTUSAN MAHKAMAH KRISIS DI PERAK : KOMEN PROF DR RANI . UIAM

BERITA BERKAITAN KRISIS DI PERAK : KEPUTUSAN MAHKAMAH HARI INI MENGENAI TINDAKAN SPEAKER YB SIVAKUMAR MENGGANTUNG 6 ADUN: ( DI SIARKAN PETIKAN DARI MALAYSIAKINI TENTANG KEPUTUSAN MAHKAMAH BERKENAAN KERANA TULISAN AWAL PROF DR RANI TENTANG KEPUTUSAN HAKIM ITU TELAH TERPADAM TANPA DISENGAJAKAN. IA TIDAAK MELIBATKAN KOMEN PROF DR RANI. KOMEN PROF DR RANI TIDAK TERJEJASDAN DISIARKAN DI BAWAH BERITA INI. HARAP MAKLUM ).


Mahkamah batal penggantungan Zamry dan exco

Apr 16, 09 12:15pm


dikemaskini Mahkamah Persekutuan hari ini membatalkan penggantungan terhadap Menteri Besar BN Perak, Datuk Zambry Abd Kadir dan enam ahli exconya daripada menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.Zambry dan enam exconya itu, sebelum ini memohon kepada Mahkamah Persekutuan untuk membatalkan keputusan Speaker DUN Perak, V Sivakumar yang menggantung mereka selepas BN menubuhkan kerajaan negeri di Perak Februari lalu tanpa pembubaran DUN.Zambry digantung selama 18 bulan manakala enam exconya digantung selama setahun.

Mahkamah memutuskan hari ini bahawa tindakan Speaker itu adalah terbatal tidak sah kerana Sivakumar tidak mempunyai kuasa untuk berbuat demikian.Oleh itu, katanya, Zambry dan enam exco terbabit boleh menghadiri sidang DUN yang akan datang.Oleh itu, Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sherif yang mengetuai panal lima hakim itu berkata, keputusan tersebut dibuat sebulan suara.

Mahkamah ada kuasaHakim Alauddin juga berkata di bawah Artikel 63 Perlembagaan Negeri Perak, mahkamah mempunyai kuasa menyelesaikan saman pemula difailkan oleh Zambry dan enam anggota exco di Mahkamah Tinggi Ipoh pada 2 Mac dengan tidak ada arahan mengenai kos, lapor Bernama. Alauddin, yang bersidang bersama Hakim Besar Malaya Datuk Arifin Zakaria dan Datuk Nik Hashim Nik Ab Rahman, Datuk S Augustine Paul dan Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin, telah menangguhkan pendengaran selama 45 minit sebelum mencapai keputusan itu.

Zambry dan enam yang berkenaan - Zainol Fadzi Paharuddin, Datuk Ramly Zahari, Hamidah Osman, Datuk Saarani Mohamad, Mohd Zahir Abdul Khalid dan Dr Mah Hang Soon - membawa kes itu ke Mahkamah Persekutuan di bawah Artikel 44 Perlembagaan Negeri Perak bagi memohon perisytiharan bahawa penggantungan ke atas mereka itu oleh Sivakumar adalah tidak sah dan batal. Mereka pada mulanya memfail saman pemula di Mahkamah Tinggi Ipoh, memohon perisytiharan bahawa penggantungan mereka adalah tidak sah dan batal.

Di luar mahkamah, peguam utama Zambry, Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin berkata keputusan hari ini adalah keputusan bersejarah dan menjadi sejarah bagi Undang-undang Malaysia. Firoz Hussein juga berkata dengan keputusan itu, dua saman terhadap Sivakumar di Mahkamah Tinggi Ipoh mengenai Perlembagaan negeri Perak juga selesai. Anggota bebas Saman itu ialah terhadap Sivakumar oleh tiga anggota dewan undangan negeri Perak yang keluar dari parti masing-masing untuk menjadi anggota bebas.

Sementara itu, seorang lagi peguam Zambry, Datuk Hafarizam Harun berkata berikutan keputusan mahkamah itu, Zambry dan enam anggota exco itu akan menghadiri sidang dewan negeri dijadualkan pada 9 dan 10 Mei depan. Peguam Sivakumar, Sulaiman Abdullah bila ditanya mengenai keputusan itu berkata speaker tidak bertujuan melanggar undang-undang dan perintah penggantungannya terhadap Zambry dan enam anggota exco itu adalah betul. Bila ditanya mengenai apa akan terjadi dalam sidang dewan akan datang,

Sulaiman berkata: "Kita tunggu dan lihat apa akan berlaku kerana Speaker masih ada si persidangan itu nanti". Beliau berkata dalam kes ini tidak ada orang yang kalah atau menang oleh kerana semasa persidangan dewan, speaker masih mempunyai kuasa di dewan untuk mengendali prosiding. Sulaiman menambah beliau akan menunggu arahan daripada Sivakumar sama ada akan memfail permohonan semakan terhadap keputusan itu.

Di bawah ini komen Prof Dr Rani : Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ( UIAM )

YB SPEAKER SIVAKUMAR BAKAL BERDEPAN TUDUHAN JENAYAH


Isunya sekarang, apakah tindakan jenayah (pendakwaan) akan diambil terhadap beliau?

Bermakna masaalah besar akan menimpa Speaker kerana “pandai-pandai” menggantung mereka-mereka tersebut dengan menggunakan kuasa yang salah atau salah guna kuasa (apa bezanya –fikir sendiri).

Dibawah kanun Keseksaan (dibawah), jika sabit kesalahan, hukumannya (termasuk mereka2 yang bersekongkol juga) adalah berat;

121B. Offences against the authority of the Yang di-Pertuan Agong, Rulers or Yang di-Pertua Negeri.
Whoever compasses, imagines, invents or intends the deposition or deprivation of the Yang di-Pertuan Agong from the sovereignty of Malaysia or the deprivation or deposition of the Ruler, his heirs or successors, or of the Yang di-Pertua Negeri from the rule of a State, or the overawing by means of criminal force or the show of criminal force the Government of Malaysia or of any State, shall be punished with imprisonment for life and shall also be liable to fine.

121C. Abetting offences under section 121A or 121B.
Whoever abets the commission of any of the offences punishable by section 121A or 121B shall be punished with the punishment provided for the said offences.

124. Assaulting Member of Parliament, etc., with intent to compel or restrain the exercise of any lawful power.
Whoever, with the intention of inducing or compelling or attempting to induce or compel a member of Parliament or of any Legislative Assembly or of any State Executive Council to exercise or refrain from exercising in any manner the lawful powers of such member, assaults or wrongfully restrains, or attempts wrongfully to restrain, or overawes by means of criminal force, or the show of criminal force, or attempts so to overawe, such member shall be punished with imprisonment for a term which may extend to seven years, and shall also be liable to fine.

Prof Madya Dr Abdul Rani Bin Kamarudin
Pensyarah (Jabatan Undang2 Awam)
Kulliyah Undang2 IIUM
16 April 2009 21:57

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR