FOLLOWERS

Thursday 30 April 2009

KPI : LIHAT KOKOKAN TAN SRI KOH TSU KOON

Berita Harian
30 apr 2009

KPI bukan untuk menghukum: Tsu Koon

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon menegaskan, sistem Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang dilaksanakan terhadap menteri, timbalan menteri dan semua kementerian bukan bertujuan untuk menghukum dan mendenda mereka.

Beliau berkata, sebaliknya KPI diperkenalkan semata-mata untuk mencegah kesilapan dan memperbaiki segala kekurangan bagi memastikan sistem penyampaian awam terus berkesan.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar mengenai Perpaduan dan KPI di Perdana Putra di sini, hari ini.


Penghuni Gua : Lihatlah Koh Tsu Koon berkokok. Burung kakaktua mula berkata-kata. Eleh!!!! Menyampah aku. Jangan cakaplah tentang KPI, KPI sendiri pun tak lepas haji. Baik KPI sebagai Presiden parti mahupun KPI beliau sebagai Menteri. Diam aje le . Buat orang gelak aje. Tapi bagus juga tugas utama beliau ialah menjaga KPI.

Sekurang-kurangnya dia boleh lihat KPI orang lain yang baik-baik ( memang baik pun berbanding dengan.............) dan banding dengan KPI sendiri. Mudah-mudahan dia mudah sedar dan lebih insaf. Dia boleh belajar bagaimana KPI boleh ditingkatkan dari Menteri-menteri yang KPInya tinggi. Kalau dah tengok tu , tapi masih belum mahu mengambil ikhtibar darinya baik letak jawatan aje.

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR