FOLLOWERS

Friday 17 April 2009

KRISIS PERAK : DAP SANGGAH HAKIM ?


Utusan Malaysia


IPOH 16 April – Tindakan Mahkamah Persekutuan membatalkan keputusan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar menggantung Menteri Besar dan enam Exco menghadiri persidangan Dewan dianggap sebagai satu bentuk campur tangan kuasa seseorang Speaker.

Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham yang kecewa dengan keputusan itu berkata, situasi itu amat berbahaya kerana apa sahaja keputusan yang dibuat oleh Speaker boleh dikaji semula dan diputuskan oleh badan kehakiman.

Kata beliau, mahkamah sepatutnya tidak mencampuri dalam membuat tafsiran dan perjalanan DUN kerana tidak mempunyai maklumat penuh perihal pentadbiran serta persidangan jawatankuasa di negeri ini.

Penghuni Gua : Penghuni Gua terkejut dengan kenyataan oleh Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham yang melahirkan rasa kecewa dengan keputusan YAA Hakim berkenaan dan menganggap ia amat berbahaya kerena speaker telah tidak kebal. Katanya setiap keputusan YB Speaker boleh dikaji semula. Beliaua menganggap Mahkamah tidak patut mencampuri tafsiran dan perjalanan DUN kerana YAA Hakim dikatakan tidak punyai maklumat penuh perihal pentadbiran serta persidangan J/Kuasa di negeri berkenaan.

Wah, wah, wah. Itu baru pegang sat negeri untuk setahun. YAA Hakim pun dilarang dan cuba dinafikan hak untuk membeuat dan mengadili perkara yang di pertikaikan di dewan undangan negeri. Ini buka hal yang berkaitan dengan dewan tetapi ia membabitkan krisis perlembagaan negeri dan negara.

Dalam hal ini kita boleh nampak sifat-sifat ki=uku besi yang ada pada pengerusi DAP Perak ini. Itu baru setahun memerintah. Kuasa YAA Hakim juga nak disekat dan dinafikan. YAA Hakim dikatakan tidak mempunyai maklumat penuh. Apa ni. Beliau mentafsirkan undang-undang mengikut kepalanya seorang. Orang begini jika mereka memerintah Malaysia , mereka lebih buruk tindakannya dari pemerintahan sebelumnya. Saya percaya apa yang terjadi di Singapura akan berlaku di Malaysia jika mereka boleh memerintah Malaysia. Hakim akan di rntai dan mengikut cakap mereka sepenuhnya. Lihat apa yang terjadi di Singapura.

Kepada YB Ngeh, Mahkamah boleh mendengar semua perkara yang berlaku di Malaysia ini. Ia termasuk jika anda tidak mengemari kentut yang dikeluarkan oleh isteri anda dan meminta YAA Hakim keluarkan perintah melarang isteri anda kentut berhampiran anda dan jika ingin kentut juga mistilah sejauh 50 meter dari anda. Ini juga boleh dibawa di mahkamah. Menang kalah soal lain.

Jadi jangan nafikan hak dan keistimewaan yang ada dan dipunyai oleh mahamah. Juga jangan nafikan hak wakil rayat yang digantung untuk mendapatkan keadilan dan hak mereka. Sebelum ini mereka digantung tanpa terlebih dahulu diberi peluang membela diri. Juga cara penggantugan mereka tidak berpelembagaan. Dalam hal pengantungan 6 ADUN tersebut saya sebagai orang yang tak mahir undang-undang pun boleh lihat kesilapan besar YB Speaker ini. Dalam kes ini YB Speaker sendiri jadi pengadu, jadi pegawai penyiasat dan jadi hakim dalam kes pengantungan ini. Mana boleh seorang speaker menjalankan ke tiga fungsi ini serentak dalam kes yang kelibatkan 1 kes yang sama?

Mana ada ada di dunia ini undang-undang yang begini. Undang-undang kita telah me,buat pengasingan kuasa antara eksekutif dan legislatif . Jadi anda tidak boleh melaksanakan 3 peranan ini serentak. Mana ada keadilan.Ini bukan undang-undang belantara.



Sebab itu anda semua perlu pakai otak dan fikiran yang Allah berikan . Jangan guna hati dan perasaan. Kepada YB Ngeh , cuba belajar untuk kalah dan menerima kenyataan. Jangan hendak mempertikaikan setelah mahkamah mengadilinya. Ini akan menampakkan kebodohan kita sebagai pemimpin di mata masyarakat.

Fikirlah semua. Undang-undang adalah milik semua dan ia bukan milik YB Ngeh untuk digunakan bagi kepentingannya dan bagi memenangkannya sahaja.

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR