FOLLOWERS

Sunday 19 April 2009

PENANTI : SOKONGAN MEMBAWA REBAH MCA, GERAKAN , PPP : TAHNIAH SAMY


Penghuni Gua : Wah, wah, wah. Bukan main cepat lagi MCA, Gerakan dan PPP bersetuju cadangan dan acahan dari PM yang mungkin main-main bahawa mungkin BN tak masuk bertanding di PRK Penanti. Ketiga-tiga parti yang begitu ego ini dan bertindak seolah-olah kumpulan pembangkang di dalam BN cepat aje bersetujunya. Inilah sokongan yang membawa rebah. Jangan lah anda dilihat begitu bodoh dengan hanya menjadi yes men sahaja.


Kepada Penghuni Gua , cadangan itu hanyalah acah-acah dari PM sahaja mungkin nak melihat keberanian dan tembelang sebenar parti-parti komponen di dalam BN bagaimana KPI mereka. Dengan mengiayakan sahaja dan bersetuju dengan acahan PM itu Penghuni Gua pasti PM senyum melebar melihat tarian sumbang 3 parti komponen BN yang dilihat begitu pengecut di dalam politik. Dengan cara ini PM pun dah tahu siapa sebenarnya mereka ini. Inilah diantara petunjuk KPI parti komponen BN yang selalu menuntut nakkan kerusi dan segalanya lebih di dalam kerajaan.

Memang ketiga-tiga parti ini hanya menumpang dan hanya berlagak nak jadi juara kaumnya. Tetapi jika dilihat lebih mendalam hanyalah napak seperti seorang askar/tentera yang dayus dan pengecut. Sebelum berjuang sudah mengaku kalah. Inikah cara parti komponen membantu PM untuk memenangi hati rakyat ?

Mereka inilah yang sepatutnya disingkirkan dahulu pada bulan dis 2009 nati kerana KPI mereka tak sampai tahap yang membanggakan. Jangankan kata sebagai Menteri kabinet, sebagai presiden parti komponen BN pun KPInya tak lepas/gagal.


Nak harapkan pemimpin begini untuk membantu PM ? Lupakan sahaja.

Mereka ini seperti burung kakatua. Mengajuk sahaja apabila PM bercakap. Cuba tengok dala seminggu lagi, jika PM kata BN akan bertanding di Penanti maka burung-burung kakaktua ini mulalah bercakap mengiukut suara baru PM. Berhentilah cara berkokok anda semua. Menyampah Penghuni Gua menengoknya. Presiden MCA, Gerakan sebelum ini tak adapun macam tu. Ada standard pendirian mereka. Ini , kalau lihat ke tiga-tiga Presiden ini, alahai, ...............nak gelak pun ada, sedih pun ada..................Kesian PM kerana mempunyai mereka yang sebegini.


Tahniah kepada Dato Seri Samy Vellu. Anda seorang sahaja yang menyanggah dan tidak mengiakan cadangan dan acahan PM tersebut. PM pada pandangan Penghuni Gua amat suka dan menyanjung pandangan ini. Lihat lah nanti , mungkin Dato akan ke kabinet semula. Jangan jadi penyokong yang membawa rebah. Bagus cadangan dato Seri bahawa dalam keadaan apa sekalipun BN perlu dan wajib bertanding di Penanti. Kerana menurut Dato , jika tidak bertanding ia akan memberi kesan moral kepada penyokong dan memberi isyarat salah kepada rakyat.


Tahniah Dato Seri Samy. Dato Seri jangan jadi 3 kakaktua di atas. Bantulah PM dengan cadangan yang baik. Tahniah sekali lagi dato Seri.

Lihat kata Tun Dr Mahathir mengenai cadangan di atas:





By: RamjitRAUB, 19 April

(Bernama) -- Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Barisan Nasional (BN) tidak sepatutnya mengaku kalah dan perlu meletakkan calon pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, Pulau Pinang.

"Saya fikir kalau kawasan itu kawasan Umno, kita tentu bertanding, ini pasal kita ingat ini kawasan parti lawan, kita tak nak bertanding."Jadi kalau kita nak tunggu kawasan Umno, nanti tidak ada kawasan Umno, kita tak bertandinglah," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada forum Arah Tuju Melayu Muda anjuran Pemuda Umno Raub di sini, Ahad.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam bahawa BN akan meneliti sama ada mahu menyertai pilihan raya kecil DUN Penanti atau sebaliknya.Kerusi itu kosong selepas bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Mohammad Fairus Khairuddin meletakkan jawatan sebagai Adun Penanti pada Khamis lepas.


Sebelum itu dalam ucaptamanya, Dr Mahathir berkata, BN tidak pernah takut untuk meletakkan calon di mana-mana kawasan termasuk kubu kuat PAS di Kelantan.Katanya, Umno perlu bertanding, jika tidak ia akan mengecewakan ahli dan penyokong BN di kawasan tersebut selain mencemar semangat dan maruah pejuang parti terdahulu."Apabila kita tidak bertanding ini akan menunjukkan kemerosotan Umno di mana-mana kawasan yang ada pilihan raya," katanya.Dr Mahathir juga berkata ahli Umno dan BN perlu terus membuat teguran jika terdapat kesalahan yang dilakukan pemimpin parti.

align="justify">"Kita perlu bersikap kritis secara baik dan tidak hanya setia kepada pemimpin walaupun mereka jelas melakukan kesilapan.


"Selain itu, beliau turut mengingatkan pemimpin Umno terutama generasi muda supaya tidak mencari jalan mudah untuk memperoleh kedudukan dan kuasa termasuk melalui amalan rasuah yang akhirnya akan membinasakan parti.Sementara itu, ketika ditanya sama ada projek jambatan bengkok menyeberangi Selat Johor perlu disambung semula pembinaannya, Dr Mahathir berkata pembinaannya tidak sepatutnya dihentikan langsung.

align="justify">
"Bohong kalau kata rakyat Johor tidak mahu jambatan ini dibina," katanya.Baru-baru ini terdapat banyak gesaan terutama daripada kalangan ahli politik dan perniagaan dari Johor, supaya kerajaan menimbangkan semula keputusan yang dibuat pada 2006 untuk membatalkan projek jambatan bengkok itu.-- BERNAMA

1 comment:

  1. langkah dan tindak tanduk tak dapat dibaca,inilah najib.tabik spring.dah terbuka tembelang puak2 yang pandai cakap jer nie.tahniah dato najib

    ReplyDelete

PETA PELAYAR