FOLLOWERS

Monday 20 April 2009

PENGERUSI PKR PULAU PINANG MARAH LIM

Berita harian
20 apr 2009

Lim dibidas guna media isu Fairus

GEORGETOWN: Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Datuk Zahrain Mohamed Hashim hari ini membidas tindakan Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang menggunakan media sebagai perantaraan untuk menyatakan perasaan tidak puas hatinya terhadap parti itu serta penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, tindakan Lim menyuarakan kekecewaannya berhubung isu calon pengganti Timbalan Ketua Menteri 1 (TKM1) serta peletakan jawatan Mohammad Fairus Khairuddin sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penanti menerusi media adalah tidak wajar kerana kedua-dua parti itu mempunyai saluran dalaman untuk berbincang.
"Sebagai parti yang bergabung di bawah satu pakatan, mengapa beliau tidak boleh berbincang sendiri dengan Anwar atau saya berhubung isu mencari calon pengganti Mohammad Fairus sebagai TKM1 dan Adun Penanti? Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Marah nampaknya orang kuat DSAI. Apa nak marahkan KM Lim Guan Eng. Bagus le YB LIM bagi tahu surat khabar / media. Kerajaan PR memang dan menjunjung ketelusan dan integriti ( CAT ) yang kerap dilaungkan . Jadi inilah CAT . Telus. Apa nak sorok. Memang KM Lim tak senang dengan keadaan ini dia akan suarakan. Lim yang menjadi Ketua Pentadbir di Pulau Pinang. Jadi dia berhak untuk suarakan pandangannya kerana ini akan menjejaskan kewibawaan dan kecekapan kerajaan yang diterajuinya.

Atau yang Dato Zahrain marah sangat kerana Lim desak DSAI percepatkan perlantikan TKM1. Mungkin dia bimbang dia akan terlepas peluang untuk menjadi TKM1. Itu yang berkehendakkan pun. Semua dunia sudah tahu. Itu yang kata Fairos malas lah dan tiada berjumpa dengan pengundi lah. Inilah Zahrain. Siapa tidak kenalnya. Dari dalam UMNO lagi dah macam tu.

Jadi jangan hipokritlah. Kalau kerajaan anda pejuang CAT apa nak takut. Telus. teluslah. Apa nak sorok dari pengetahuan rakyat. Buang sahaja prinsip dan slogan CAT tersebut. Dulu bising dan tuduh kerajaan BN telus dan suka sembunyi malumat lah dan berbagai tohmahan lain. Kena batang hidung sendiri semuanya nak di sorok. Nak sangat kot TKM1 tu kot. Sabarlah. Apa nak bising-bising. Kalau Dato bising sangat lagi tahi dipunggung akan lebih berbaunya dan mungkin melepasi selat Pulau Mutiara tu.

Telus, telus. PR memang telus. Sokonglah anda semua. Selalunya mereka yang berkehendakkan sangat jawatann tu maknanya......................................lagi teruk dari yang dah letak jawatan.
Lu Fikirlah sendiri................................

3 comments:

  1. pendedahan kaitan anwar,PKR & CIA . Namun walau pun telah banyak kali pendedahan telah di buat,penyokong totok PR masih in denial ,menolak dan mengatakan fitnah.

    Orang Penanti,harus sedar ini lah kelakuan pimpinan agung PR yang harus di tolak,bersekongkol dengan Yahudi CIA,mengadai bangsa & negara.Apa perlunya mendapat bantuan daripada Singapura? ini bukan yang pertama,malah pertemuan sebelum PRU12 turut berlaku di Pulau Pinang,dengan sejumlah besar wang di salurkan oleh CIA & Singapura.

    ReplyDelete
  2. mana buktinya pertemuan itu?salahkah pertemuan diplomatik?org umno/bn memang suka menabur fitnah dan peminat teori konspirasi..byk sgt tgk filem.

    ReplyDelete
  3. MANA ADA PERTEMUAN DIPLOMATIK. BELIAU BUKAN PEMIMPIN KERAJAAN. BODOH APA KAU NI. PEMIMPIN NEGERI PUN TIDAK TAKKAN PERJUMPAAAN DIPLOMATIK DALAM KELAB. 2 ORANG PULAK TU. MANA SU NYA. INILAH CARA NEGARA LUAR NAK DAPATKAN MAKLUMAT DARI SUMBER TERTINGGI BROTHER. KAU AJE BODOH, SINGAPURA NAK GUNA KAU ORANG DAPAT MAKLUMAT TERKINI DARI MULUT PEMBANGKANG. BACA LE BUKU MOSSAD. TAK MEMBACA NAK TULIS DALAM. BODOHNYA KAU NI. ITU YANG TAK BOLEH PERINTAH NEGARA TU. DSAI PERGI KE US PUN SEBAGAI TPM DULU PUN DISAMBUT SEPERTI KETUA NEGAR. KARPET MERAH TU UNTUK AGUNG DAN PM AJE. ITU YANG KATA DSAI TU AJEN US. BACA LEBI SIKIT LE.

    ReplyDelete

PETA PELAYAR