FOLLOWERS

Sunday 26 April 2009

PERLEMBAGAAN: BERHIMPUN, BERCAKAP DAN BEPERSATUAN BOLEH DI SEKAT


Tulisan ini adalah dari nota-nota kuliah dan kertas-kertas kerja yang dikumpulkan semasa PG belajar dahulu ( 6 tahun lepas ). Jadi ia di papar di sini untuk pengetahuan kita semua bagi kita lebih memahami perlembagaan. Ia bukanlah baik sangat tetapi atas prinsip , ilmu bukan terhad di dalam kelas semata-mata. Ilmu dapat ditimba di mana sahaja dan di sebarang ketika. Juga jika kita berilmu atau mempunyai ilmu , ia perlu dikongsi bersama melalui berbagai cara termasuk cara penyebarannya.

Perlembagaan ini adalah sesuatu yang hidup dan ia terus berkembang dari segi tafsirannya. Jadi itu yang dipaparkan di sini . Ia akan dipaparkan sedikit demi sedikit kerana ia perlu diedit bagi kesesuaian dengan isu dan perubahan semasa. Jika ia bersalahan dari segi tafsiran , di harap pihak pembaca boleh terus memberikan komen bagi dibuat pindaan. Tafsiran kepada perlembagaan ini seperti yang ditegaskan sebelum ini adalah ia sentiasa hidup berdasar perkembangan dan kes semasa.

Undang-undang dan perlembagaan bukan dipelajari tetapi menurut banyak Prof yang mengajar PG dulu katakan ia perlu dibaca. Jadi bacalah.

1. Bagaimana hak untuk berhimpun,bercakap dan menubuh persatuan seperti terkandung di bawah artikel 10 di sekat.

Artikel 10 memberi kebebasan untuk berkumpul dan bercakap dengan aman tanpa senjata.Peruntukan lain seperti hak untuk piket di bawah seksen 40(1) Akta Perhubungan Industri, 1967. Tetapi kebebasan ini terdapat sekatan/kawalan tertentu seperti berikut :

i. Peruntukan perlembagaan itu sendiri.
Contohnya di bawah artikel 10(2)(c) ianya tidak boleh melibatkan ketenteraman,keselamatan dan moral.
ii. Kanun keseksaan.
Seksen 141 jika terdapat 5 atau lebih berkumpul untuk melakukan kesalahan merupakan satu kesalahan.
iii. Akta polis, 1967.

a) Kawalan trafik di tempat awam. (Seksen 26)
b) Kawalan muzik di tempat awam. (Seksen 28).
c) Mengawal benda dan sepanduk (seksen 30).
d) Mengenakan perintah berkurong (seksen 31).
e) Semua perhimpunan,perarakan,perjumpaan perlu permit dari KPD. Permohonan dalam masa 14 hari dengan 3 orang penganjur.

iv. Akta Keselamatan Dalam Negeri,1957.
Seksen 3 – menteri boleh menghalang perhimpunan dan mesyuarat di tempat awam.

Seksen 47 – YDPA boleh mengistihar kawasan keselamatan dan menghalang kemasukan tanpa permit.

v. Undang-undang pencerobohan.
Perhimpunan tidak boleh dibuat di tempat persendirian.

vi. Semakan kehakiman.
Mahkamah contohnya dalam kes Chai Choon Hon V KOD Kampar telah memutuskan kebebasan untuk bercakap mengenai isu bahasa kebangsaan tidak boleh dilakukan.

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR