FOLLOWERS

Thursday 23 April 2009

RASUAH : FAIRUS TKM1 PULAU PINANG SELAMAT

Berita harian
23 apr 2009

SPRM tak cukup asas dakwa Fairus tuduhan rasuah

GEORGETOWN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memutuskan keterangan yang diperolehnya berhubung siasatan terhadap bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin daripada Parti Keadilan Rakyat, tidak mempunyai asas untuk mendakwanya. Menurut kenyataan SPRM hari ini, keputusan itu dibuat setelah SPRM meneliti kes itu dengan mendalam dan mengambil kira keseluruhan keterangan yang terdapat dalam siasatan itu. "Peguam Negara juga bersetuju atas keputusan ini setelah dimaklumkan kepadanya," menurut kenyataan itu. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Tahniah YB fairos. Walau bagaimana pun ini hanya sebab teknikal. Kepada pegawai kerajaan, sekiranya menerima hadiah, sumbangan dan sebagainya dari mana-mana pihak danbagi mengelakkan ia menjadi kesalahan rasuah ; pemberian tersebut hendaklah diistiharkan kepada ketua kita. Sekiranya diluluskan ia bleh digunakan walau bagaiman pun bukan bagi tujuan peribadi.

Dalam kes Fairos, wang diterima dari pengusaha kuari yang tiada kaitan dengan tugas hakikinya. Jadi secara teknikalnya ia tidak dianggap rasuah. Sekiranya ia adalah pengerusi pembangunan tanah dan hasih galian negeri , pemberian dan penerimaan ini dianggap satu kesalahan rasuah.

Jadi semua pihak berhati-hati dan ikut prosedur ini. Kerajaan telah banyak kali keluarkan arahan berkaitan ini. Yang salahnya penasihat beliau tidak memberi nasihat yang betul. Keduanya kerana ia tiada penagalaman sebagai pegawai kerajaan.

Sekarang baru tahu susahnya menjadi pegawai kerajaan dan pemimpin. Kena batang hidung sendiri baru tahu. Begitu jugalah banyak kes berlaku kepada pemimpin kerajaan BN. Perkara-perkara beginilah yang kadangkala tidak dapat dituduh. hanya kerana teknikal. Tidak istiharkan.

Jadi kepada Pembangkang, jangan cepat menuduh SPRM atau agensi penguatkuasa lain jika ada kes-kes pada pendapat kita jenayah telah berlaku tetapi tiada tuduhan dibuat. Inilah hakikatnya. Jadi jangan memfitnah. Sekarang kena diri sendiri baru tahu bagaimana susahnya menjadi pegawai kerajaan yang sentiasa dipandang serong dan anda semua kerap memberikan persepsi negetif dan membuat fitnah tanpa usul periksa.

Kepada Fairos, tahniah. Jangan buat lagi. Tiada peluang kedua. Tuhan tak tolong dah selepas ini.

Kepada dato Zahrain : panas pulak kepalanya. Silap hari bulan melepas jugak jawatan idamanya sebagai TKM 1. Sabar.

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR