FOLLOWERS

Tuesday 14 April 2009

RUSUHAN DI BANGKOK KE MALAYSIA : SATU PANDANGAN BODOH !


Cadangan dan pandangan Setiausaha Agung Pas Pusat, , Datuk Kamaruddin Jaffar bahawa kejadian rusuhan yang terjadi di Bangkok Thailand akan terjadi di negara ini jika kerajaan tidak melayani kehendak PR agar pembubaran DUn dibuat bagi membolehkan satu pilihanraya di adakan untuk menyelesaikan krisisi politik di Perak.
Ini satu pandangan bodoh dan dangkal dari seorang yang digelar YB dan sudah berpolitik begitu lama di arena politik Malaysia. Kerajaan sepatutnya mengambil sesuatu tindakan keatas Datuk Kamaruddin Jaffar yang mengeluarkan kenyataan sebegini kerana ia nampak seakan berunsur hasutan.

Keadaan dan situasi di Thailand adalah berlainan. Elemen tentera dan pengaruh Raja terdapat di dalamnya. Jadi pada pandangan saya ambil tindakan segera ke atas ahli politik ini kerana pandangan yang tidak bertanggung jawab ini. ia boleh mengancam keselamatan negara .

Kes dan krisis perlembagaan yang berlaku di Perak telah menjadi kes mahkamah dan dalam masa terdekat keputusan berkaiatan dengannya akan diketahui. Sistem perundangan kita lengkap dan mampu menagani kemelut ini. Mengapa boleh kita melontarkan cadangan sedemikian. Bukan semua rakyat yang boleh berfikiran setenang Datuk Kamaruddin Jaffar. Dengan kenyataan ini dikuatiri ia aakan mempengaruhi penyokong PR untuk melakukan perkara yang sama seperti yang berlaku di Bangkok.

Adakah itu yang kita hendak ? Berfikirlah di luar kotak sikit. penyokong ini mudah menyalah tafsirkan pandangan kita. Jadi berhati-hati dengan pandangan yang kita keluarkan. Jangan main sedap mulut sahaja. Orang politik boleh bergaduh dan selepas bergaduh dalam 5 minit boleh duduk semeja minum kopi.

Tetapi yang di bawah ini jika bergaduh sukar untuk berbaik kembali. Mereka akan berbunuhan dan saling bergaduh secara fizikal. Contoh 13 mei. Pemimpin politik dahulu sampai sekarang senang lenang selepas banyak tubuh yang tumbang. Kepada orang politik, anda semua perlu berfikiran sebagai manusia bertamaddun. Bukan sebaliknya.
Berita yang berkaitan : KLIK

2 comments:

  1. Penyakit KJ (kamaruddin) ni ialah bila dia rasa puak dan dia sendiri dah hebat.. dia rasa nk sebar pengaruh dia la.. mcm dia nk takutkan orang.

    Kalau Malaysia tidak ketatkan undang2.. alamatnya, hidup kita tidak aman la. Eko hancur, huru hara.. dan akan ada pihak luar akan menakluk negara kita jika huru hara berlaku.

    KJ sama ngan Anwar.. kalau dulu mereka ni cuba menghancurkan ekonomi dan gagal.. kali ni mereka akan buat lagi..

    Sebab jika eko merundum.. rakyat akan marah dengan kerajaan yg sedia ada.. dengan ini PRU13 ada dalam tangan mereka ini.

    Wassalam

    ReplyDelete
  2. Antara isi kandungan ucapan Anwar,untuk memancing undi orang bukan Melayu, di Bukit Selambau. Anwar berkata, kalau PR memerintah:



    1. Lebih ramai orang bukan Melayu akan diambil bekerja dalam kerajaan, bukan macam BN sekarang.



    2. Orang bukan Melayu akan di lantik menjadi Naib Cancelor IPTA.



    3. Orang bukan Melayu akan dilantik menjadi YDP Majlis Daerah atau Bandaran



    4. Setesyen PETRONAS akan diberikan juga kepada bukan Bumiputra



    5. DEB akan dihapuskan.



    6. Peruntukan rumah ibadat akan diberikan secara adil, kalau masjid 1 juta, kuil juga 1 juta, gereja juga 1 juta (katanya dah diamalkan di Selangor).

    ReplyDelete

PETA PELAYAR