FOLLOWERS

Friday 24 April 2009

SAHAM CINA HABIS : MCA BEROTAK PERKAUMAN? RENDAHNYA FIKIRAN PARTI DAN PEMIMPINNYA !


Malaysiakini

MCA ulas isu 'saham Cina habis'
Lee Wei Kiat Apr 24, 09 4:18pm

Malaysia cukup istimewa bukan sahaja kerana kepelbagaiannya dari segi budaya, makanan dan bahasa; tetapi juga kesanggupan masyarakat berbilang kaum hidup dan bekerja sebumbung secara harmoni.

Keupayaan masyarakat majmuk Malaysia untuk wujud bersama, saling menghormati dan saling menghargai inilah yang menjadikan kita negara teladan kepada negara-negara lain yang masih dibelenggu dengan masalah perkauman.

Namun begitu, keharmonian ini ada kalanya diganggu-gugat oleh pihak-pihak tertentu yang berkepentingan. Contohnya, dengan menguar-uarkan bahawa 'Amanah Saham Malaysia (ASM) kaum Cina habis' dalam sebuah akhbar arus perdana yang memaparkan bahawa masyarakat Cina adalah golongan kaya dan berkemampuan. Berita lanjut : KLIK


Penghuni Gua : Terkejut Penghuni Gua membaca komentare dari jurucakap MCA di atas. Terkejut bukan apa. Apa isunya dan apa sampai memberikan kenyataan khas mengenai ini. Berita di akhbar Utusan dan Berita Harian semalam memang bertajuk demikian. Penghuni Gua ada membaca nya. Tidak ada pun pransangka yang bukan-bukan terhadap kaum cina pun. Jauh sekali menganggap semua orang cina semuanya kaya.

Jauh sekali untuk menganggap berita tersebut berbaur perkauman. Kami semua baca dan habis begitu sahaja. Tak terlintas ada perasaan sebagaimana MCA tohmahkan. Cuma kami semua merasakan betapa kesedaran orang cina mengenai sikap menabung nya. Ini semua kita semua rakyat Malaysia faham dan amat mengerti sikap orang cina.




Melihat komen MCA yang menganggap lapuran akhbar melayu di atas sedemikian sehingga menganggap ia berbaur perkauman dan sehingga menggangap ia boleh mengeruhkan hubungan kaum adalah satu pandangan dan komen yang amat bodoh sekali yang pernah PG dengar dan baca dariseorang pemimpin kerajaan dan dari sumber parti yang paling kanan dalam BN.

Tak ada sedikitpun salah tentang berita tersebut. Dan boleh dibuat soalselidik tentang pandangan pembaca melayu mengenai berita ini. Pasti mereka hanya gelak dan menganggap soalselidik yang dijalankan dan pandangan tersebut lahir dari seoraang pemimpin yang begitu lemah sekali pemikirannya.

Minggu lepas pun , apabila Utusan Malaysia di muka depan menerbitkan berita " HIDUP MELAYU " pun minta PM minta maaf juga dan jadikan isu perkauman. Nak suruh melayu mati ke. Tak ada salah pun slogan tu. Slogan tu dan tulisan di bawahnya pun tak ada minta bangsa lain musnah. Mengapa jadi begini? Jiwa anda amat busuk dan perkauman. Semua dilihat dari sudut kaum. Tak jadi isu pun slogan tersebut. Kami orang melayu tak fikir apapun selepas membaca slogan di akhbar Utusan Melayu tu. Lepas baca habis. Tak ada perasaan langsung untuk mengulasnya. Tak ada isu, nak ulas apa.

Sebenarnya, yang pemimpin yang memberi ulasan ini dan parti ini yang perkauman. Dalam otak dan fikiran pemimpin ini penuh dengan berbagai virus dan dendam kesumat. Sebab itu mereka dan dia ini memandang setiap perkara dan berita dari sudut kaum dan berperasangka. Ini pemikiran dari kelas yang paling rendah dan dari seorang pemimpin yang langsung tidak berpelajaran.

Kalau berpelajaran pun , beliau tidak bergaul dengan kaum lain dan hanya mendengar pandangan dari kaumnya sahaja. Inikah pemimpin yang akan boleh membawa hasrat dan menjadikan 1 Malaysia satu realiti. Bolehkan pemimpin itu melaksanakan gagasan besar ini sekiranya pemikiran beliau seperti muris sekolah bertaraf sekolah rendah?



Kepada Pemimpin MCA berkenaan, berfikirlah diluar kotak. Perkasakan BN yang sedang menghadapi masalah. Tumpukan perhatian anda semua untuk menarik undi orang cina untuk menyokong BN. Ini semua tahi dan kelemahan anda hendak ditutupi dengan isu perkauman agar kelemahan MCA dan anda akan tertutup.

Jadikan gagasan 1 Malaysia ini satu realiti dan pasakkan di kepala anda semua dengan meteri titanium. Otak, fikiran dan hati anda yang busuk dan perkauman. Lihat dan cermin diri anda semula. Tak ada isu, anda cetuskan isu.

Penghuni Gua dalam menulis dan mengulas perkara ini pun tak habis-habis mengeleng kepala memikirkan komentar pemimpin berfikiran perkauman dan yang paling bodoh yang PG pernah jumpa dalam hidup.


Kepada MCA , buatlah sesi perah otak kepada semua lapisan pemimpin anda semua. Biar mereka cuci minda dan hati mereka dari berdendam kesumat dan berfikiran berasaskan kaum.

Sudahlah. Jadikan gagasan One Malaysia sebagai realiti. Jangan berundur kebelakang. Pandanglah ke hadapan. Ambil contoh pemikiran pemimpin mCA terdahulu seperti Tun Alex Lee, Tun Tan Siew Sin, Tun Ling Liong Sik , Dato Lim Ah lek, dan Dato Chan Kong Choy. Berfikiran mantap, bergaya dan bernas. Kami orang Melayu pun amat sayang kepada mereka sehingga kini. Tak ada pun sampai sekarang kami semua memburuk dan mengumpat cerca mereka semua walaupun berlainan bangsa dan agama serta cara hidup dan budaya.


Sedarlah MCA dan bangunlah dari tidor anda. Cabaran besar menanti anda. PM mengharap bantuan anda untuk merealisaikan One Malaysia.

1 comment:

  1. Pemimpin-pemimpin cina ni tak habis-habis nak mencari kesilapan masyarakat melayu. Apa saja yang ditulis oleh akhbar melayu terutama utusan malaysia & berita harian, dan yang keluar daripada mulut orang melayu terutamanya pemimpin daripada UMNO dikatakan boleh mencetuskan isu perkauman sedangkan merekalah yang beranggapan begitu yang syak wasangka yang bukan-bukan pasal melayu. Sedihnya orang-orang melayu sekarang hanya berdiam diri disebabkan perbezaan pegangan politik. Tak tahulah apa yang akan jadi pada bangsa melayu di masa 50 tahun akan datang.

    Tapi ini juga membuktikan bahawa memang orang melayu miskin sebab itulah ASM yang diperuntukan kepada kaum melayu terlalu sedikit dilanggan. Tapi bila kerajaan membantu orang melayu mereka kata tidak adil sedangkan jika kerajaan tidak membantu orang melayu yang rata-ratanya miskin siapa lagi nak bantu dan bela nasib orang kita?

    Kita memang tak dapat nafikan bukan hanya kaum melayu saja yang miskin tapi juga kaum bukan melayu juga miskin tapi kemiskinan yang kaum bukan melayu hadapi adalah amat berbeza sekali dengan kaum melayu. Cuba nilai dari segi gaji & pendapatan yang diterima oleh orang melayu. Pendapatan kaum melayu amat rendah berbanding dengan kaum cina. Ini adalah realiti yang orang melayu lalui.

    Renung-renungkanlah wahai bangsaku MELAYU.

    Semoga ALLAH SWT selamatkan bangsa kita daripada kehancuran & kemusnahan.

    Amin.

    ReplyDelete

PETA PELAYAR