FOLLOWERS

Saturday 16 May 2009

KETUA ULAMAK PAS BAKAL DIAMBIL TATATERTIB JIKA TIADA BUKTI


Malaysiakini

Ketua ulama PAS diminta beri penjelasan
Abdul Rahim Sabri May 16, 09 6:09pm

................................................"Dan jika sekiranya beliau mempunyai bukti-bukti, kita akan panjangkan dakwaan tersebut untuk tindakan displin oleh jawatankuasa displin PAS, terhadap semua pihak yang terlibat.

"Tak mengira sesiapa. Asalkan dia terlibat, baik cawangan sampai yang tertinggi, kita tak teragak-agak untuk mengambil tindakan," tegasnya dalam satu sidang akhbar di ibunegara hari ini.Husam berkata, Mohamed Daud akan dipanggil memberi penjelasan tersebut Isnin ini di pejabat agung PAS di ibunegara.

Belum buat keputusanMenurutnya, terdapat lima pemimpin menafikan berlakunya amalan tersebut antaranya Naib Presiden PAS, Ahmad Awang; Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Pengarah Pilihanraya PAS, Datuk Mustafa Ali.

"Walaupun mereka menafikan, tetapi kita nak bagi peluang kepada Datuk Mohamed Daud menjelaskan dakwaan beliau. Dan jika ada bukti kita akan panjangkan untuk tindakan.

"Dan jika tidak ada bukti, kita akan displinkan semua pihak dalam PAS tanpa mengira jawatan mereka," tambahnya. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Kita semua lihat selepas ini apa tindakan lanjut PAS dalam kes rasuah di dalam parti islam ini.

2. Jika benar dakwaan Mat Iraq, PG cadangkan semua yang bersalah dalam jenayah rasuah ini di lapurkan kepada SPRM . Ini kerana PAS sebelum ini amat lantang menghentam dan menghina UMNO kerana gagal dan dikatakan tidak telus dalam menangani rasuah dalam UMNO.

3. Jadi sekarang kita semua akan lihat, adakah PAS akan lapur pada SPRM jika ada kes prima facie atau sorokkan di bawah serban sahaja. Sekarang pun dah ada kedengaran alasan yang pernah PG rasakan sebelum ini yang akan digunakan oleh pemimpin PAS untuk menutup jenayah rasuah ini. Dengan alasan ia bukan rasuah tetapi sumbangan atau sedekah.

4. Mana boleh terima sedekah cukup tulang 4 kerat. Tengok le asnaf mereka yang layak terima sedekah. Takkan kami bodoh sangat. Nak bodohkan kami semua ni , sori le pak-pak Hj semua atau ulamak-ulamak di atas. Ilmu anda belum cukup setakat beri alasan macam tu.

5. Kita lihat juga apa tindakan yang akan diambil oleh PAS terhadap Mat Iraq jika dakwaan tersebut di dapati tidak benar. Jika tidak benar makna nya fitnah. Ulamak memfitnah berat tu hukumannya kalau ikut hudud.

6. Tindakan pertama, boleh ditarik gelaran ulamak tu. Keduanya boleh dipecat beliau sebagai ketua Dewan Ulamak kerana bercakap bohong dan menjadi pemfitnah. Munafik mena boleh berada di dalam Dewan Ulamak kerana dewan ini akan menasihati MB dan pemimpin PAS dalam pentadbiran.

7. Jadi, sama-samalah kita lihat apa akan jadi 2 kemungkinan di atas. PG rasa kemungkinan yang ketiga akan muncul. Semua kesalahan akan di sapu bawah karpet dan serban. Biasalah. Bagi menyelamatkan dan melindungi air muka ulamak dan PARTI ISLAMMMM.

8. Jika terjadi kemungkinan ketiga, PG minta, Allah tunjukkanlah dan berikanlah balasan yang setimpal kepada semua mereka ini kerana ia akan menjejaskan nama islam keseluruhannya. Amin.

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR