FOLLOWERS

Saturday 23 May 2009

LTTE : SAMY BANTAH CADANGAN MALAYSIA UNTUK SOKONG USUL SRI LANKA


Berita Harian
23 mei 2009

Jangan sokong resolusi Sri Lanka di PBB: Samy Vellu

KUALA LUMPUR: Malaysia tidak sepatutnya menyokong resolusi yang dibentangkan Sri Lanka pada Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), supaya anggotanya tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman negara itu, kata presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu, hari ini.

Sambil meminta Malaysia menarik balik sokongan terhadap resolusi itu, Samy Vellu, yang juga bekas Menteri Kerja Raya berkata, beliau akan mengutus surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk meminta supaya Malaysia tidak menyokong sebarang resolusi berkaitan perkara itu.

"Orang Tamil merangkumi 1.4 juta daripada 1.8 juta jumlah anggota masyarakat India di negara ini. Oleh itu, perasaan mereka perlu dihormati. Tribunal Perang perlu ditubuhkan di Sri Lanka untuk membicarakan mereka yang menganjurkan kekejaman terhadap masyarakat Tamil di sana dalam peperangan menentang Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE)," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Minta maaf Dato Seri Samy. PG tidak setuju dengan pandangan Dato Seri. Dalam hal ini Malaysia wajib menyokong usul Sri Lanka supaya pihak luar tidak mencampuri urusan dalamannya.

2. Sri Lanka adalah negara berdaulat seperti juga mana-mana negara lain di dunia. Mereka berhak dan berkuasa penuh di atas keselamatan negaranya.

3. Atas alasan Malaysia tidak perlu menyokong usul Sri Lanka ini hanya kerana ingin menjaga sensitiviti masyarakat India di negara ini adalah satu pandangan yang dangkal dan tidak memahami masalah perhubungan luar antara 2 negara.

4. Juga Malaysia perlu ingat sekiranya Malaysia menuruti cadangan Samy Vellu , maka ia akan memberi petunjuk yang salah kepada masyarakat india di negara ini bahawa kita merestui sebarang pemberontakkan dan pengkhianatan terhadap negara. Jika terjadi ( akan terjadi barangkali jika tidak dikawal )di negara ini bagaimana pendirian kita.

5. Samy Vellu mungkin kesilapan fakta mengenai pemberontakkan LTTE terhadap Sri Lanka. Juga tiada tindakan penghapusan etnik sepanjang gerakan menghapuskan pemberontakkan ini. Jangan kerana hanya kerana atas dasar kaum yang sama , Samy menjadi buta fakta sejarah.

6. LTTE memberontak untuk memisahkan wilayah Jaffna dari Sri Lanka. Adakah ini akan dibenarkan jika berlaku di mana-mana negara? Tidak. Malaysia juga akan mengambil tindakan yang sama tanpa mengira kaum dan agama. Kita pernah bertindak tegas dalam membenteras anasir kominis.
7. Samy juga perlu ingat, berapa puluh ribu LLTE telah membunuh dan mencederakan penduduk awam hatta PM Sri Lanka juga sepanjang pemberontakkan ini. Jangan membutakan mata dengan melihat sesuatu perkara itu dari sudut kaum/bangsa dan agama.

8. Kepada Malaysia, PG sarankan agar memberi isyarat yang jelas kepada kesemua rakyat Malaysia dengan menyokong usul Sri Lanka ini. Dengan ini isyarat jelas dapat dihantar kepada semua rakyat Malaysia yang berhajat untuk mencontohi pemberontakkan dan pengkhianatan seperti LTTE akan menerima nasib yang sama atau kita akan bertindak lebih keras lagi kerana ia melibatkan keselamatan dan kedaulatan negara.

9. Kepada Sri Lanka : Hapuskan hingga ke akar umbi anasir LTTE ini. Jangan benar ia bertapak kembali walau seinci pun di bumi Sri Lanka. Tindakan negara anda betul dan tepat.

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR