FOLLOWERS

Friday 22 May 2009

MAHKAMAH DI ATUR : SATU LAGI CERITA KARUT PAS

Harakah Daily

Adakah wujud unsur diatur dalam keputusan mahkamah?
Abdul Aziz Mustafa Fri May 22, 09 6:26:51 pm MYT

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Hrkh) Dengan mengemukakan maklumat yang diterimanya sebelum ini, Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa mempersoalkan adakah wujud unsur 'pre-arranged' dalam keputusan Mahkamah Rayuan hari ini.

Mahkamah rayuan petang ini mengumumkan Datuk Seri Zambry Abd Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah. Keputusan itu membatalkan penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur minggu lalu yang mengesahkan kedudukan asal Haji Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar.

Menurut Husam, posting beliau dalam blognya tiga hari lalu telah 'meramalkan' Mahkamah Rayuan akan memihak kepada Zambry dan ia menjadi kenyataan hari ini.

"Ia sebenarnya bukan ramalan tetapi maklumat. Maklumat selanjutnya ialah pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dalam masa terdekat, selepas Mesyuarat Majlis Barisan Nasional (BN) sekali lagi Isnin atau Selasa ini.

"Isu di sini ialah, jika maklumat ini terbukti tepat, adakah ujud unsur 'pre-arranged' dalam keputusan ini?

"Ia bukan tugas kita semua untuk membuktikannya tetapi ia tugas pihak berkuasa. Sudah tentu kita tidak dapat mengharapkan apa-apa pada hari ini," katanya. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : PAS sudah mula mendendang irama lama. Menang adil, kalah tak adil. Menang sah, kalah diatur. Kenyataan Dato Husam di dalam blognya : http://cetusan-hati.blogspot.com/. amat bahaya dan satu fitnah dan menghina badan kehakiman.

2. Inilah kedangkalan para pemimpin tertinggi PAS. Kebanyakkan pemimpin mereka ini tidak menghormati langsung pandangan dan pendapat orang lain. Mereka akan menghormati dan mendengar pandangan pihak lain sekirannya pandangan dan pendapat itu sama dan ia memberikan keuntungan kepada mereka.

3. Mereka ini hanya mendengar nasihat dann pandangan dari pegum serta mereka yang berpihak kepadanya sahaja. Sebab itu pandangan mereka jumud dan terkongkong dan sebab mereka kerap tewas dalam banyak perdebatan di mahkamah dan politik. Ini kerana juga mereka merendahkan kebijaksanaan orang lain / lawan.

4. Juga kita lihat dalam krisis Perak ini, DAP dan peguam mereka hanya diam dan sebagai pemerhati sahaja. Mereka membiarkan peguam PAS bermatian di mahkamah. Kita lihat dalam hal ini samada Karpal Singh, Gobind dan Jagjit Singh, hanya dia membisu. Apa sebabnya.

5. Pada pandangan PG , mereka tahu kes ini memang kebenarannya kepada BN. Mereka membiarkan dan melihat kebodohan PAS melalak kesana- kesini memperjuangkan kerusi MB yang hanya diperolehi belas ehsan DYMM. Jawatan MB yang jatuh dari langit. Memang mereka / PAs tak jangka jadi MB .

6. Oleh sebab itu, bagai nak gila mereka mempertahankannya dengan alasan tindakan yang begitu dangkal dan keanakkan.

7. Lihatlah dalam ulasan Dato Husam ini. Beliau seolah tahu kesemuanya dan seolah Pak Nujum.

8. Beliau juga mengatakan memperolehi maklumat bahawa keputusan kemenangan ini telah di aturkan. Kepada SPRM dan Peguam Negara serta pihak PDRM, siasat perkara ini. Kertas siasatan perlu dibuak berkaitan kenyataan Doto Husam ini di dalam Harakah dan di blognya ini. Jika maklumat yang dikatakan diperolehinya ini ( bukan ramalan ) dan jika tidak benar, maka satu tindakan menghina mahkamah/fitnah boleh diambil ke atasnya.

9. Jika dibiarkan maka , Bandan Kehakiman tidak lagi dihormati selepas ini. Jangan biarkan mereka membaling batu sembunyi tangan. Ajar mereka ini tentang tanggung jawab dan bertanggung jawab atas tulisan dan kenyataan mereka. Bukan sedap cakap aje.

10. Semua aspek undang-undang telah ada / lengkap di negara ini. Cuma kelemahannya ialah penguatkuasaan oleh pihak berwajib. Itulah yang menjadi punca ramai dari mereka ini mula besar kepada dan biadap terhadap semua perkara.

11. Bertindaklah segera.

2 comments:

  1. Salam sejethera kepada PG. laman berita ini yang banyak menyumbang sumber sumber manfaat kepada pembaca berkaitan isu semasa poltik DUN Perak dan berkaitan isu semasa politik di negara kita. isu rumit cuba memperoalan kedualatan perundangan dalam pertikaian DUN Perak. saya amat berasa terkilan dan sedih melihat gara-gara komen setengah pihak yang begitu emosi dan ada kala mengelirukan masyarakat bila mana memberi komen yang bukan-bukan yang berbauh hasutan dan taksub kepada satu percayaan ideology parti politik mereka walaupun banyak memberi kontrovosi. usaha murni PG amat saya hargai kerana sudi meluangkan masa memfokuskan blog ini untuk tantapan masyarakat perihatin mau tahu sebenar apa yang berlaku dalam kemelut isu DUN Perak.

    Saya suka menilai pandangan mereka-mereka dalam Blog PG terutama yang menyentuk krisis perak berhubung kait pakar-pakar pengamal undang berkaitan Perlembagaan dari rumusan oelh beberapa prof. undang-undang juga tidak ketinggalan memberi pendapat dan pandangan mereka menyentuh krisis DUN Perak.

    saya sendiri terkileru ada segelintir Pakar Undang2 cuba mengesahkan Mesyuarat di bawah POKOK DUN itu sah? Aku hiran seolah tiada bangunan yang sah? Mungkin pokok tempat berhimpun pun terkejut apa dah jadi pilih pokok dibawah “aku ini kata pokok”? Mungkin pokok itu pun terjeut sebabnya “kalau pokok boleh bercakap” apa tak pakai ISA?

    Saya sependapat dengan PG, pendapat seorang Prof Dr. Abdul Rani dari undang-undnag Faculty UNdang IIUM tidak bersependapat dengan Prof. Aziz Bari yang banyak menurus kepada pembelaan PR. Saya suka baca pendapat Prof Rani, kerana terus menerus serta tegas mengeluarkan pendapat beliau menjurus kepada isu perundangan mengikut Perlembagaan secara jelas mendokong Bahawa kuasa kuasa Yang Teramat Mulia Tuanku Sultan Perak berhak dan berkuasa melantik MB Dr. Zambry diperkanannya yang mendapat majority pilihan rakyat melalui Kerusi DUN Perak mengganti YB Nizar.

    Terima Kasih Prof Rani, dia seorang pengamal undang-undang berani mendesak terus supaya mereka mereka yang melanggar undang undnag tubuh negeri dan Tuanku Sultan itu ditangap masuk dalam karung ISA. Ada bagusnya cadangan itu supaya orang yang biadab melanggar undang itu tau, rendah tinggi nya langit. Supaya mengajar masyarakat hormat undang-undang. Jangan babit Istana kerana mereka yang kecoh itu dikalangan ahli DUN sendiri perlu taulah limit permainan dalam berpolitik di bawah naungan Negeri Tuanku.

    Kini sampai ketika masanya kita dah dapat jawapan dari yang amat arif keputusan mahkamah rayuan bahawa perlantikan MB Dr. Zambri dan kekal MB yang Sah yang telahpun diberi mandate diperkanan TUANKU SULTAN sebelum ini. Syabas PG dan Prof kerana kupas undang secara tidak memihak mana mana pihak tetapi menjurus kepada pengertian dan penggunaan kepada Undang2 itu sendiri demi kepentingan keselamatan rakyat, bangsa agama, Negara.

    Posted by RIMBO MALAYA.

    ReplyDelete
  2. Blog yang menarik dan berinfo...saya sokong HUSAM yang pandai bernujum dan ber retorik itu agar DIAJAR tentang TANGGUNG JAWAB terhadap apa yang ditulisnya.

    Dia ini adalah contoh pemimpin yang sangat tidak bertanggungjawab dan cukup merbahaya kepada agama, bangsa dan negara.

    ReplyDelete

PETA PELAYAR