FOLLOWERS

Saturday 16 May 2009

MB DAP DI PERAK : SEDARLAH !


Dipetik dari Blog : Mesin Taip Buruk

Nota : Bagus bagi renungan bersama. Tergadai le lagi Perak. Takbir, takbir, takbir. Tak apa, Sukanya dia.......................

15 May 2009

Calon MB Perak?


1. Jika sidang DUN Perak dibubarkan dan pilihan raya negeri diadakan, DAP dijangka akan meletakkan sekurang-kurangnya seorang calon Melayu. Ini bagi membolehkan parti itu mempersiapkan seorang bakal MB.

2. Manalah tahu andai keputusan PRU-12 berulang lagi di mana DAP menjadi parti terbanyak memenangi kerusi berbanding PKR dan Pas, sudah pasti wakil rakyat DAP dapat menjadi MB.Berikut ialah calon-calon MB Perak dari kalangan DAP:

2. 1. Tunku Abdul Aziz - Naib Pengerusi DAP Pusat
2 2. Ahmad Ton - Ahli Jawatankuasa DAP Pusat
2.3. Solaiman OP Syed Ibrahim - Ahli Jawatankuasa DAP Perak

3. Berdasarkan latar belakang, Tunku Aziz adalah calon favourite kerana selain mempunyai latar belakang akademik, pengalaman perniagaan dan hubungan antarabangsanya, darah bangsawan yang ada dalam dirinya juga boleh menjadi modal bagi DAP untuk mendekati istana.


4. Bagaimana dengan nasib Nizar? Harus diingat selepas keputusan PRU-12 lalu wakil DAP sepatutnya menjadi MB di Perak tetapi dihalang oleh undang-undang batang tubuh negeri yang hanya membenarkan orang Melayu dan beragama Islam sahaja yang boleh menjadi MB. Oleh kerana DAP dan PKR tiada calon Melayu & Islam maka dengan berat hati mereka memilih Nizar dari Pas sebagai MB.


5. Jadi apabila keadaan serupa berlaku pada pilihan raya negeri (jika diadakan) maka Nizar sudah pasti akan disingkirkan oleh DAP selaku parti PR terbesar mencapai kemenangan. Dan pada masa itu aku percaya orang2 Pas di Perak akan "ternga-nga" dan "terngeh-ngeh" kerana perjuangan mereka untuk mempertahankan kerusi MB sehingga sanggup berbaring di jalanan hanyalah semata-mata untuk memberi kemenangan kepada DAP.

6. Apakah orang Perak boleh menerima seorang MB dari DAP asalkan mereka Melayu & beragama Islam? Apakah puak2 Pas akan turut memberi sokongan takbir kepada MB Melayu DAP?

7. Kedudukan kerusi DUN Perak selepas PRU-12:

BN = 28
DAP = 18
PKR = 7
Pas = 6
Bebas = 0
Jum: BN = 28, PR = 31

8. Kedudukan kerusi DUN Perak sekarang:

BN = 28
DAP = 17
PKR = 5
Pas = 6
Bebas = 3
Jum: BN = 28, PR = 28, Bebas = 3

Penghuni Gua : Tak kuat mana pun dia orang ni. Tak kerana pakatan mengejut juga boleh dikatakan pakatan haram / mee segera, tak ada apa juga. BN buat pakatan dengan 3 DUN bebas tak boleh pula. Haram. Melompat ke PR halal, melompat BN haram. 16 sep halal, kerajaan Zambry haram. Biasalah , dah otak dia orang kemetot dah.


2. Ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha............................Biarkan si Labu terjun dengan Labunya.

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR