FOLLOWERS

Sunday 31 May 2009

Naib Presiden Gerakan Huan Cheng Guan keluar Parti : Takziah untuk Dr Koh !!!


Berita Harian
31 mei 2009

Dr Koh kesal tindakan mengejut Huan

PASIR MAS: Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, kesal dan terkejut dengan tindakan Naib Presiden parti itu, Huan Cheng Guan, bertindak keluar parti hanya disebabkan isu pelantikan penyelaras kawasan.

Katanya, tindakan Huan itu dilihat boleh mencemarkan parti memandangkan kedudukan beliau antara pemimpin kanan Gerakan.

“Saya berpendapat tindakan Huan terlalu drastik dan berasa sedih dengan tindakannya. Jawatankuasa Kerja Pusat parti akan membincangkan mengenai masalah Huan dalam mesyuarat akan datang. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Naib Presiden Gerakan di atas telah bertindak keluar dari Parti Gerakan. Bagus. Biar duri dalam lipatan keluar semuanya dari BN. Kita lihat beliau boleh buat apa di luar. Mungkin imbuhan yang banyak ditawarkan oleh DAP Pulau Pinang. Dulu pun dah seorang. Mereka ini pembelot. Jadi tidak hairan bila mereka keluar.

2. Parti Gerakan pun dilihat sebagai pembelot. Selalu menikam BN / UMNO dari belakang. Asyik menyalahkan UMNO dan minta pemimpin UMNO minta maaf. Sehingga DS Najib ( TPM masa itu ) terpaksa meminta maaf atas isu pendatang cina yang dibawa pemimpin UMNO Pulau Pinang yang dijadikan isu perkauman oleh Gerakan dan Akhbar Cina.

3. Gerakan juga kerap menggugut mahu keluar BN. Setakat ini juga tiada perancangan dari Gerakan iaitu perancangan jangka panjang bagi menarik semula sokongan orang cina kepada BN. Tiada apa yang dilihat dibuat oleh Gerakan dan pemimpinnnya.

4. Cadangan bawa Bapa pengganas komunis balik ke Malaysia adalah. Cadangan bodoh. Itu aje yang gerakan dan pemimpinnya mampu lakukan. Ini parti perkauman.

5. jadi dengan keluarnya Naib Presiden itu , PG ucapkan takziah buat Dr Koh Tsu Koon . Kalau boleh biar Gerakan keluar sekali dengan Naib Presidennya dari BN. Ini semua anai-anai dan parti yang suka mengambil kesempatan, suka menyalahkan orang lain dan suka menggugut. Baik keluar sahaj dari BN. Senang buat BN. Tahu siapa musuh dan siapa rakan semasa susah. Keluar awal lagi baik. Tak le cakap besar sangat Dr Koh tu.

6. Dengan ini PG mengambil kesempatan di atas tulisan pada pagi yang mulia ini untuk mengucapkan takziah tidak terhingga kepada Dr Koh Tsu Koon dan GERAKAN. Semuga kesedihan dan takziah ini berpanjangan hendaknya.............

1 comment:

  1. Tiada yg lebih bagus melainkan semua ahli gerakan masuk umno,...kan senang. 2 X 5 = 10 + 1. balance lagi 1 tu PM, sbb dia kena jaga semua orang(PM tk boleh jaga UMNO), kena jaga semua rakyat termasuk PEMBANGKANG...Atau gerakan masuk DAP ajelah, senang cerita. Habis tk kan nak tubuh parti GERAKAN BAWAH TANAH (GBT)...

    ReplyDelete

PETA PELAYAR