FOLLOWERS

Tuesday 19 May 2009

BN BELI 5 YAA HAKIM : PANDANGAN/ FITNAH BODOH SALEHUDDIN AYOB


Harakahdaily

Rayuan Nizar, Khamis ini - PAS bimbang BN beli hakim
Irwan Muhammad Zain Tue May 19, 09 2:22:40 pm MYT


KUALA LUMPUR, 19 Mei (Hrkh) - Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayob menyokong penuh permohonan Dato' Seri Mohd Nizar Jamaluddin yang mahu mendapatkan panel lima hakim Mahkamah Rayuan untuk mendengar permohonannya.

Salahuddin juga mengesa agar lima hakim yang akan mendengar rayuan Nizar khamis nanti terdiri daripada mereka yang berintegriti.

Beliau menegaskan demikian sebagai respon kepada permohonan Nizar semalam yang mahu mendapatkan panel lima hakim Mahkamah Rayuan untuk mendengar permohonannya mengetepikan keputusan mahkamah itu minggu lepas yang membenarkan penangguhan pengisytiharan Mahkamah Tinggi bahawa beliau adalah Menteri Besar Perak yang sah.

"Bukan hanya lima hakim sebaliknya hakim-hakim tersebut perlulah mereka yang mempunyai intergriti dan juga telus dalam menjalankan tugas mereka.

"Jika tidak kita bimbang keputusan Khamis nanti akan berpihak kepada Barisan Nasional (BN) kerana hakim yang mendengar rayuan itu terdiri dari mereka yang boleh dibeli," tegas beliau. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Sekali lagi PG nak muntah membaca fitnah Salehuddin Ayob ini. Mengeleng kepala kita dibuatnya.

2. Adakah BN atau kita semua boleh katakan bahawa YAA Hakim yang membuat keputusan menyebelahi Nizar tempoh hari dibeli oleh PAS atau penyokong PAS. Tak ada bukti. Tak ada satu pun dari kalangan pemimpin kerajaan dan rakyat terbanyak mengatakan YAA Hakim Mahkamah Tinggi berkenaan di beli atau penyokong PAS.

3. Mengapa Sallehuddin berspekulasi sedemikian. Beliau seorang yang terpelajar dan beragama lagi. Tidak sewajarnya mengeluarkan fitnah sedemikian. Ia satu pandangan / fitnah yang amat jahat kepada badan kehakiman.

4. Atau mungkin Salehuddin sudah dapat merasakan bahawa PR Nizar akan kalah kes tersebut dan fitnah di atas sebagai jalan keluaar melarikan diri dan baagi meyelamatkan air muka PR. Kerap dan inilah amalan pembangkang yang akan mengatakan Hakim adil jika keputusan YAA Hakim menyebelahinya dan Hakim dibeli jika keputusan YAA Hakim tidak menyebelahinya.

5. PG amat sedih dengan kenyataan / fitnah dari seorang yang berpelajaran yang mengeluarkan pendapat berdasarkan andaian dan spekulasi. Ini fitnah , fitnah dan amat berniat jahat dan fitnah yang paling bodoh yang PG pernah dengar.

6. Carilah cara lain nak popular atau nak memancing undi bagi muktamar Agung PAS. Jangalah guna / fitnah sebegini. Isu yang bagus PG cadangkan ialah Salehuddin boleh ketengahkan rasuah dalam PAS yang cuba disapu di bawah karpet.

7. Jadi bawalah isu rasuah dalam PAS. Isu ini pun dibongkar oleh ulama. Kalau ulama juga buat fitnah seperti Mat Iraq tu, maka bagi le hukum hudud PAS kepadanya. Jangan hanya ambil tindakan disiplin. Hududkannya. Buang dari PAS. Itu pun masih ringan berbanding dengan hukum islam yang sebenar.

8. Kepada Salehuddin : Bertaubatlah. Buniyamnin ( Allahyarham ) dulupun tak sempat bertaubat tuduh Tun Mahathir tonton vedeo lucah dengan cucunya. Jadi bertaubat le sebelum mati . Jangan memfitnaah lagi.

2 comments:

  1. Tafsiran Yang Arif Hakim Aziz berbanding tafisran2 yang lain (bhg 1).

    Sedikit petikan dari;

    http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Rencana/20090308000611/Article/index_html
    Soal Jawab: Sultan Perak miliki kuasa lantik Menteri Besar sesuai Undang-Undang Tubuh Negeri
    Oleh Rasid Rahaman dan Siti Almizan Aripin
    Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim berpengalaman luas dalam soal perundangan yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengupas krisis itu. Ikuti temu bual beliau dengan Pengarang Berita, Berita Minggu, Rasid Rahaman dan Wartawan, Siti Almizan Aripin.
    Kenapa pelantikan Menteri Besar Perak terus dipertikaikan?
    Politik mempunyai pelbagai mata, tetapi undang-undang mempunyai satu mata. Oleh demikian, politik di Perak yang diasuh oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas nampak bahawa dengan peruntukan Klausa 4 tadi, mereka masih mempersoalkan pelantikan Dr Zambry sebagai Menteri Besar. Kononnya pada ketika sama tidak ada ujian penentuan dibuat di DUN untuk menentukan siapa yang mempunyai kedudukan majoriti. Jadi dalam hal majoriti di DUN ini memang menjadi suatu kelaziman bagi mana-mana kuasa legislative (perundangan) untuk menentukan majoriti seseorang atau sesuatu kumpulan.

    Di Perak, pembangkang terus menduga dengan hujah mereka kononnya Sultan tidak mengendahkan keputusan Dewan. Jadi pihak yang menyebelahi pandangan mereka terus mendesak supaya diadakan undian di Dewan dan menganggap hanya itulah yang sepatutnya diadakan. Tanggapan itu salah sebab menentukan majoriti di DUN hanya salah satu daripada kaedah dan ini diputuskan oleh kes di negeri Sabah pada 1994, Amir Kahar lawan Tun Mustafa. Dan hal ini sudah diterima sebagai hakikat keputusan universal (sejagat). Ia terkandung di dalam pelbagai kes lain juga dan dengan adanya kes di Sabah itu maka jelas bahawa Sultan tidak perlu mengikut kaedah lazim seperti dikatakan oleh pembangkang.

    Apa kata Fasal 16(6);
    Artikel XVI (6) Undang-undang Tubuh negeri menyatakan bahawa jika Menteri Besar tidak lagi mendapat kepercayaan daripada majoriti ahli Dewan Undangan Negeri, maka, kecuali atas titah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan membubarkan Dewan negeri, beliau hendaklah mengemukakan perletakan jawatan Ahli Majlis Mesyuarat.

    Merujuk kes Datuk Amir Kahar Tun Mustapha v Tun Mohamed Said Keruak [1994] 3 MLJ 737:

    …once a Chief Minister in fact knows that he has lost the confidence of a majority of the members of the Assembly, he should not wait for a vote of confidence to be formally tabled in the Assembly but should immediately take the honourable way out by tendering the resignation of his Cabinet. Under the circumstances, if the Chief Minister refuses or does not tender the resignation of the members of the Cabinet which includes himself, or if he tenders the resignation of himself alone, the fact remains that the Cabinet is dissolved on account of him losing the confidence of a majority of the members of the Assembly and it is not necessary, therefore, for the Yang di-Pertua Negeri as a last resort to remove the Chief Minister and the other members of his Cabinet. This is not only the effect of Art. 7(1) of the Constitution but it is the established convention. (dipetik/ diperolehi dari http://andakjauhar.wordpress.com/analisis-arahan-meletak-jawatan-mb-menurut-undang-undang/

    Dari Prof Madya Dr Abdul Rani Kamarudin
    Pensyarah Undang2 IIUM

    Perhatian: Apakah Pakatan Rakyat sudah menduga kekalahan mereka?

    ReplyDelete
  2. Tafsiran Yang Arif Hakim Aziz berbanding tafisran2 yang lain (bhg 2).

    Tafsiran Baginda Sultan Perak dan bekas Ketua Hakim Negara (beberapa petikan sahaja);
    http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=387868

    BERIKUT ialah kenyataan media yang dikeluarkan oleh Pejabat Duli Yang Maha Mulia Paduka Sultan Perak Sultan Azlan Shah yang ditandatangani oleh Setiausaha Sulit Baginda, YDH Toh Raja Diraja Kol. Datuk Abd Rahim Mohamad Nor.

    05 Februari, 2009 16:45 PM
    Kenyataan Media Pejabat DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan

    Setelah menemui sendiri kesemua 31 ahli-ahli Dewan tersebut, DYMM Paduka Seri Sultan Perak telah yakin bahawa YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin telah berhenti daripada mendapat kepercayaan sebahagian besar (ceases to command the confidence of the majority) dari kalangan ahli-ahli Dewan Negeri.

    DYMM Paduka Seri Sultan Perak juga telah menimbangkan dengan sedalam-dalamnya permohonan YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin pada 4 Februari 2009 memohon perkenan Baginda untuk membubarkan Dewan Negeri Perak.

    Baginda menggunakan budi bicara Baginda di bawah XVIII (2)(b) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan dan tidak berkenan membubarkan Dewan Negeri Perak.

    YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin telah dititah menghadap Baginda untuk dimaklumkan mengenai keputusan Baginda tidak membubarkan Dewan dan selaras dengan peruntukan XVI(6) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan, DYMM Paduka Seri Sultan Perak menitahkan YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama-sama ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) berkuat kuasa serta merta.

    Sekiranya YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin tidak meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama ahli-ahli MMK, maka jawatan Menteri Besar serta ahli-ahli MMK tersebut dianggap telah dikosongkan.

    Kenyataan ini dikeluarkan dengan perkenan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.”

    Dari Prof Madya Dr Abdul Rani Kamarudin
    Pensyarah Undang2 IIUM

    Perhatian: Apakah Pakatan Rakyat sudah menduga kekalahan mereka?

    ReplyDelete

PETA PELAYAR