FOLLOWERS

Saturday 30 May 2009

Pengiktirafan Kehakiman(Judicial Notice)


Nota : Kuliah lama ( 2002 ) : Undang-undang Keterangan

Pengiktirafan Kehakiman
(Judicial Notice).

1. Peraturan umum adalah semua fakta yang menjadi isu dan fakta relevan hendaklah dibukti melalui keterangan ( Maksud terbukti adalah seksen 3 yang cuba memberi definisi mencapai ketahap pasti sebelum fakta ditimbang sebagai terbukti atau terbukti sebaliknya. Seksen 56 dan 57 adalah mengenai pengiktirafan kehakiman.

2. Walau bagimanapun Akta Keterangan menyediakan sekurang-kurangnya dua pengecualian di mana fakta tidak perlu dibuktikan iaitu :

i. Seksen 56- 57 - makkamah mengambil pengiktirafan kehakiman (judicial notice).
ii. Seksen 58 – Fakta tidak perlu dibuktikan. Seksen ini tidak boleh dipakai dalam pembicaraan jenayah.

3. Pembangunan Maha Murni Sdn.Bhd v Jumrus Ladang Sdn.Bhd [1986] 2 MLJ 30 Hakim Syed Agil Barakbah berkata

“pengiktirafan kehakiman bukanlah untuk dibuktikan. Pengiktirafan kehakiman adalah berdasarkan doktrin “apa di kenali sebagai tidak perlu dibuktikan” ( what is known need not be proved).

4. Pengiktirafan kehakiman hanya bermaksud suatu fakta diambil sebagai benar tanpa menawarkan keterangan pembuktiannya dari pihak yang terbabit. Pengiktirafan kehakiman adalah cara pintas , tidak mengambil keperluan formal mengenai keterangan kerana tidak ada keperluan sebenar untuknya. Pengetahuan umum mengenainya adalah tidak perlu keterangan formal dan secara praktikal semua orang tahu dan tidak dipersoal .

5. Commonweath Shipping Rep V Pando [1923] AC 191, Lord Summer berkata

“pengiktirafan kehakiman dirujuk kepada fakta di mana seorang hakim boleh menerima atau bertindak dari pengetahuan umum yang diketahui mengenainya atau dari pertanyaan yang dibuat bagi mendapat maklumannya dari sumber-sumber tadi (judicial notice) di mana beliau rasa perlu untuk dirujuk”.

6. Sesetengah fakta diketahui tidak boleh dipertikai. Untuk mahkamah menerima pertikaian sedemikianya ianya akan membazir masa dan perbelanjaan dan juga memberi malu. Prinsip pengiktirafan mahkamah adalah berdasar maxim:

i. Lex non requirit verificare quod apparet curiae – undang-undang tidak perlu pembuktian di mana ianya jelas kepada mahkamah ( the law does not require proof of that which is apparent to the court).
ii. Quod constate curiae opera testium non indigent – perkara yang sudah berada dalam pengetahuan mahkamah tidak perlu pembuktian dari bantuan saksi-saksi. (that which is established to the knowledge of court does not require the aid of witnesses).

7. Seksen 57(1) menyenaraikan 15 perkara di mana mahkamah mesti mengambil pengiktirafan kehakiman. Apabila dibaca bersama seksen 56 dan seksen 57, terdapat dua katagori fakta di mana mahkamah mengambil pengiktirafan kahakiman:

i. Pengiktirafan kehakiman pada undang-undang dan peraturan.
ii. Pengiktirafan kehakiman berdasarkan ianya jelas dan pengetahuan (notorious and knowledge).

8. Seksen 57(1) –senarai di bawah seksen ini bukanlah terhad (exhaustive) . Pembangunan Maha Murni Sdn.Bhd v Jumrus Ladang Sdn.Bhd [1986] 2 MLJ 30 Hakim Syed Agil Barakbah berkata

“ perkara penting yang perlu beri perhatian kepada seksen 57 adalah ianya tidak menghalang dari Mahkamah memberi pengiktirafan kehakiman kepada fakta lain yang tidak terenarai di dalam seksen tersebut. Perkara di mana mahkamah memberi pengiktirafan kehakiman hendaklah dengan syarat ianya umum, pengetahuan umum, keujudannya dan operasinya diterima oleh publik tanpa sebarang syarat dan bantahan. Ujian yang perlu dilakukan adalah ianya mesilah cukup jelas ( sufficiently notorious) dan menjadi wajar mengandai keujudannya tanpa pembuktian …….

9. Pengetahuan kehakiman berterusan ditambah/dipanjangkan untuk bersama dengan kemajuan seni (art) ,sains dan pengetahuan umum” (rujuk seksen 57(2) dan seksen 57(3) ).

10. Ramah Binti Ta”at v Laton v Laton Binti Malim Sutan [1931] 6 FMSLR 128.

Majoriti mahkamah rayuan memutuskan undang-undang islam bukanlah undang-undang asing (foreign law) dan ianya adalah undang-undang tempatan dan undang-undang negeri (law of the land) yang mana mahkamah mesti mengambil pengiktirafan penghakiman. Undang-undang islam adalah percampuran antara undang-undang islam dan undang-undang adat melayu. Terdapat proses lama penerapan udang-undang adat kepada undang-undang islam dan adat seperti harta sepencarian telah menjadi sebahagian dari undang-undang islam dan boleh digunakan oleh Kadhis di dalam Mahkamah Syariah.

11. *Sivagami Ach V P.RM Ramanathan Chetiar & Anor [1959] 1MLJ 3

– mahkamah tidak boleh memberi pengiktirafan kehakiman pada undang-undang Hindu kerana ia adalah undang-undang asing. Plantif selepas kematian suaminya yang meninggal dunia tanpa wasiat adalah pewaris tunggal kepada harta suaminya seperti di bawah sistem Mitakshara undang-undang hindu. Plantif membuat tuntutan supaya 2 rakan kongsi syarikat bekas suaminya di India di gugurkan. Sementara rakan kongsi (defendant) dalam kes ini menyatakan mengikut sistem undang-undang hindu tersebut semua harta peninggalan hendaklah diserah kepada rakan kongsi dan rakan kongsi hanyalah menjaga plantif. Diputuskan “ Mahkamah tidak boleh membuat pengiktirafan kehakiman kepada undang-undang Hindu tanpa keterangan pakar “

(the Court is not entitled to take judicial notice of Hindu law and in the absence of expert evidence or arguments based on uthoritative decisions as to rules of intestate succession cannot decide whether upon the death of the plaintiff’s husband, his estate devolved on the plaintiff or, as is contended, on three surviving brothers, the co-partners)

12. *Yong Pak Yong V PP [1959] 25 MLJ 176.

Perayu seorang ahli kongsi gelap di Ipoh telah disabitkan dengan kesalahan peras ugut dan dijatuhi hukuman 2 tahun penjara dan 8 kali sebatan. Rayuan terhadap sebatan terutama menyatakan dia tidaklah sebenarnya ganas semasa melakukan jenayah. Hakim Good yang menolak rayuan berkata

“ kami ahli kehakiman yang berada di dalam mahkamah ini tidak dapat mengelak dari membuat pertanyaan bagi mendapat pengetahuan tentang aktiviti kongsi gelap terutamanya di Ipoh. Setiap hari, hampir setiap hari, minggu selepas minggu, bulan selepas bulan, apabila saya membaca akhbar diwaktu pagi dan perkara inilah yang saya baca”.

13. *Lee Chow Meng v PP [1976] 1 MLJ 287

– Mahkamah mengambil pengiktirafan kehakiman tentang peningkatan kes jenayah samun bersenjatapi di Kuala Lumpur.Tertuduh telah disabitkan dan dihukum dengan kesalahan merompak dengan senjatapi. Pendakwa menyatakan terdapat 677 kes samun di Kuala Lumpur dalam masa 4 bulan dan separuh darinya adalah samun bersenjatapi.

14. “Adalah perkara pengetahuan umum dan fakta jelas bahawa terdapat peningkatan samun bersenjatapi di Kuala Lumpur sejak akhir-akhir ini dan mahkamah mengira fakta ini dan adalah kepentingan awam (public interest) untuk mengenakan hukuman yang berat (deterrent sentence)”.

15. Apakah perkara yang dikira sebagai pengetahuan umum (common knowledge) boleh dilihat juga dalam buku Sarkar On Evidence di mana penulisnya menyatakan seperti berikut :

“ Perkara di mana mahkamah mengambil pengiktirafan kehakiman adalah dengan syarat ianya adalah pengetahuan umum. Dalam perkataan lain, pengetahuan kehakiman mengenai sesuatu fakta adalah diukur dengan pengetahuan umum fakta berkenaan. Suatu fakta dikenali dan diketahui secara umum adalah apabila keujudan dan operasinya diterima oleh awam tanpa syarat dan bantahan. Ujian samada fakta tersebut cukup jelas adalah adakah wajar menerima kewujudannya tanpa sebarang bukti.


16. Bolehkan seorang hakim dengan pengetahuannya yang ada padanya memberi pengiktirafan kehakiman kepada sesuatu fakta.


17. *Low Moh & Anor V PP [1954] 1 MLJ 14 Hakim Ballamy berkata

“ hakim tidak boleh mengimport pengetahuannya dalam sesuatu kes”.

18. Dalam kes ini perayu telah memandu sebuah lori bermuatan 50 guni beras dan apabila mengenakan brake tiba-tiba lori yang dipandu telah hilang keseimbngan ke kiri dan melanggar seorang yang menaiki basikal dan menyebabkan kematian. Pegawai pemereksa kenderaan dipanggil memberi keterangan dan menyatakan berpuas hati dengan brake ketahap 54% dan percaya kejadian berlaku kerana kurang penjagaan kepada sistem brake. Lori yang dimaksudkan juga telah dihantar oleh perayu untuk dibaiki.
19. Mekanik yang membaiki lori tersebut memberi keterangan terdapat keretakan pada drum brake ,tetapi sistem brake lori masih baik. Dalam penghakiman dibuat oleh hakim mahkamah seysen beliau menyatakan “pada pengetahuan umum , saya tidak pecaya brake berada dalam keadaan normal dan dalam penggunaan biasa ianya tidak boleh secara tiba-tiba rosak tanpa sebarang amaran terlebih dulu dan sebagai pemandu yang selalu memandu lori itu dia mestilah dapat mengesan/notis bahawa terdapat tarikan ke kiri.
20. Saya tidak pecaya apabila dia menyatakan brake berada dalam keadaan baik”. (nota: hakim menggunakan pendapat nya sendiri bukan berdasarkan pegawai pemereksa kenderaan). Hakim mahkamah rayuan berkata

21. “Apa yang dilakukan oleh Yang Arif hakim mahkamah President adalah di luar skop pengetahuanya. Sistem mekanikal brake,tahap brake haidrolik,cara brake beroperasi atau gagal beroperasi dalam keadaan keadaan biasa bukanlah perkara yang mahkamah boleh mengambil pengiktirafan kehakiman di bawah akta keterangan. Ini adalah perkara yang perlu dibukti melalui fakta-fakta”.

22. *Lee Seow Kuan v R [1940] MLJ 211 hakim Terell berkata

“magistrate adalah jelas menggunakan pengiktirafan kehakiman dengan menggunakan pengetahuannya sendiri dalam kes judi Chap Ji Kian yang diperolehi semasa di mahkamah. Dia tidak layak berbuat demikian”.

23. *PP V Lee Ee Teong [1953] MLJ 244 hakim Thomson berkata

“ Saya tahu, magistrate tahu tentang loteri dengan ciri 1,000. Majoriti orang dewasa yang berada di negara ini juga mengetahuinya . Tidak ada ruang keraguan sedikitpun ianya adalah loteri haram di bawah maksud Enekmen Rumah Judi Terbuka. Malangnya, ianya tidak terbuka kepada hakim atau magistrate untuk mengimport pengetahuannya sendiri ke dalam pembicaraan kes jenayah untuk membantu keterangan kes pendakwa yang tidak cukup untuk menyokong sabitan”

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR