FOLLOWERS

Tuesday 26 May 2009

RAJA PENGECUT DAN BERMULUT BESAR HILANG LAGI


Utusan Malaysia

Mahkamah keluarkan waran tangkap ke atas Raja Petra
26/05/2009 10:12am


KUALA LUMPUR 26 Mei – Mahkamah Sesyen sekali lagi mengeluarkan waran tangkap terhadap pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Raja Kamaruddin kerana gagal hadir di mahkamah hari ini.


Hakim Mohamad Sekeri Mamat turut mengeluarkan notis ke atas isteri Raja Petra, Marina Lee Abdullah yang merupakan penjaminnya. - Utusan

Penghuni Gua : Bila anaknya kena tangkap kerana mencuri, beliau membuat ulasan kerana prinsip beliau tak mahu merasuah polis walaupun boleh bagi membebaskan anaknya.

2. Pengecut ini cakap hal prinsip. Tetapi tidak pernah berani mempertahankan prinsipnya berani kerana benar. Prinsip berani mempetahankan kebenaran. Beliau lari ke Brisbane Australia secara senyap bagi mengelakkan tindakan mahkamah kepadanya.

3. Rumahnya juga mungkin dilelong kerana gagal dalam saman fitnah sebanyak RM 5 jta oleh seorang ahli perniagaan. Dan banyak lagi saman fitnah yang akan menyusul. Jadi itu yang beliau lari bagi mengelakkan saman fitnah.

4. Pengecut ini dah rasa bahana fitnahnya. Cakap pandai. fitnah orang rasuah sana-sini. Orang lain semua jahat. Tetapi tidak pernah berani membktikan fitnahnya. Orang jenis apa begini. Pengecut. Baling batu sembunyi tangan. Itu pun PAS,, PKR danDAP amat memuja pemfitnah ini. Perbuatan beliau memfitnah orang secara berleluasa adalah perbuatan haram disisi islam dan amat berdosa besar. Tetapi inilah yang dipuja pembangkang termasuk parti islam.

5. Kepada pihak polis: keluarkan notis merah INterpol bagi menangkapnya walau di mana pun beliau berada. Kemudian ekstradisikan beliau ke Malaysia. Biar mereka tahu di seluruh dunia , tiada tempat yang selamat untuknya bersembunyi.

6. Cari hingga ke lubang cacing pengecut ini. Itulah balasannya. Allah pun dah membalas dan memberikan petunjuk kepada pengecut ini di atas perbuatan hinannya memfitnah oraang dan memakan hasil haram darinya. hasilnya anak beliau menjadi pencuri. Itu yang kita tahu . Yang tak diketahui lagi.........................Allah maha kaya.

7. Allah akan terus tunjukkan kekayaannya dengan memberikan terus balasan kepada mereka yang melakukan perbuatan yang hina semasa kita masih hidup lagi. Di akhirat , tunggulah...................kalau masih belum sedar dan bertaubat nasuha.

2 comments:

  1. Saya amat setuju sipetualang ini diekstradis dan dihukum setimpal dengan fitnah yang dilakukan sehingga memalukan negara ini di luar negara. Kepada pengikutnya anda ditipu oleh bangsa kamu sendiri sehingga kamu lemah dan dieksploitasi oleh bangsa yang tidak mengenang budi. Sedarlah kamu sebelum terlambat.

    ReplyDelete
  2. masih ramai rpk's sympathisers kat luar sana....siap dok email his 'apology to the nation'...berangan giler raja tak bertakhta ni.

    ReplyDelete

PETA PELAYAR