FOLLOWERS

Wednesday 27 May 2009

SAMAN MB : KETUA KAMPUNG TAK TAHU MALU !


Berita Harian



IPOH 26 Mei - Sebanyak 80 bekas ketua kampung yang dilantik pakatan pembangkang sebelum ini memfailkan saman ke atas kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) kerana memecat mereka sebelum tamat tempoh perkhidmatan.

Saman berkenaan difailkan oleh wakil mereka iaitu bekas Ketua Kampung Sungai Ati, Padang Rengas, Mohd. Ridzuan Asit, 43, di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.


Mereka diwakili oleh firma guaman Tetuan Chan dan Associates menerusi peguam bela Leong Chock Keng kerana menganggap pemecatan mereka pada 18 April lepas adalah tidak sah kerana lantikan mereka adalah sehingga 31 Julai 2010. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Pada dasarnya PG pun tak setuju tindakan BN ini. Tetapi kalau dipandang dari sudut politik dan masa depan Perak dan kelangsungan kerajaan yang ada , memang patut kerajaan Dr Zambry mengambil tindakan ini.


2. Dari sudut politik. Perlantikan ketua kampung memang perlantikan politik . Siapa pun tak dapat nafikan. Tetapi jangan lupa bahawa kerajaan PR juga mengambil tindakan sama dengan tidak menyambungkan kontrak perlantikan ketua kampung yang dilantik oleh kerajaan BN sebelumnya. Jadi serupa aje secara dasarnya. Terminologi aje yang berubah bunyinya. Maknanya kena buang juga le kalau bahasa pasar.


3. Keduanya jika dipandang dari segi kelancaran pentadbiran dan kepentingan rakyat, ketua kampung yang dilantik oleh kerajaan PR terdahulu memang wajib dibuang. Ini kerana mereka mewakili parti yang lain. Jadi kemungkinan projek-projek untuk kepentingan rakyat yang kerajaan memberi arahan dibuat dan disalurkan kepada rakyat melalui ketua kampung ini akan disabotaj oleh mereka ini . Ini bukan perkara mustahil dan memang berlaku.


4. Jika projek dan segala perancangan kerajaan yang dibuat untuk rakyat dan disalurkan melalui ketua kampung ini gagal akibat disabotaj atau ketua kampung ini tidak memberikan kerjasama akibat perbezaan politik maka sekiranya gagal atau bantuan tidak diterima oleh rakyat maka rakyat akan mempersalahkan kerajaan yang ada. Ini tidak sepatutnya berlaku kerana ia gagal kerana disabotaj dan tidak diberikan kerjasama oleh ketua-ketua kampung ini.


5. Jadi prinsip yang sama juga diambil dan dilakukan oleh kerajaan PAS di Kelantan dahulu apabila tidak melaantik semula dan menamatkan ketua kampung sebelum tempohnya setekah merampas Kelantan dari BN pada 1990. PG melihat perkara ini kerana masih bertugas di sana.


6. Begitu juga di Terengganu apabila PAS mengambil alih pemerintahan dari BN. Semua perlantikan ketua kampung oleh BN tidak disambung dan ditamatkan sebelum tempohnya. Begitu juga terjadi di Selangor dan Kedah. Jadi apa bezanya dan mengapa di Perak bising-bising dan nak saman.


7. Terimalah qada dan qadar Allah. Anda dah kalah. Maka berundurlah jika tak mahu dibuang. Perlantikan adalah perlantikan politik. Jadi biasalah. Selesailah cara politik. Iaitu berundurlah bila dah kalah.bAnda semua juga yang syorkan supaya hal politik diselesaikan cara politik seperti yang Nizar cadangakan sekarang. Tapi bila kalah di mahkamah maka nak selesai hal MB melalui politi dan kuasa rakyat. Jadi sekarang ketua-ketua kampung dan ada peluang selesai cara politik. Selesaikanlah cara politik seperti yang dicanangkan.


8. Buat apa ke mahkamah, kan mahkamah semuanya tidak betul. YAA Hakim berpihak dan menyebelahi BN/UMNO, YAA Hakim dipengaruhi, YAA Hakim Rasuah. Nak pergi ke Mahkamah juga ke dah tak percaya pada Hakim.


9. PR kutuk dan fitnah YAA Hakim separuh nya nyawa bila mahkamah rayuan memutuskan Dr Zambry sah MB Perak. Alih-alih ketua kampung ini tak sampai seminggu , ke mahkamah juga nak minta YAA Hakim membuat kata putus.


10. Tak malu ke? Atau tak tahu malu ke ? Atau memang muka tak malu ? He he he he he !

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR