FOLLOWERS

Friday 22 May 2009

TAHNIAH PELAJAR SARJANA SAINS SOSIAL UKM 2008-2009


1. Penghuni Gua melahirkan rasa syukur kerana telah berjaya di dalam peperiksaan akhir semester II dengan mengumpul markah purata keseluruhan untuk 2 semester dengan nilai purata 3.54 sahaja.

2. Melihat keputusan semester II ini PG melihat keputusan PG telah menurun sedikit iaitu kurang 1 A. Semester I dulu hanya 1B + dan yang lain 2 A- dan 1 A . Jadi Semester II ini kurang satu A. Tak apa. PG akan top up semula di semester III.

3. Apa pun PG nak ucap tahniah kepada 17 kawan-kawan sekelas PG yang juga telah berjaya dengan cemerlang kesemuannya. Markah yang rendah sekali pun 3.3++++ ke atas.

4. Dan yang tertinggi tak silap PG 3.8. Kepada semua seperti En Mat Kassim, Jauteh, Manalong, Aziz, Ng, Beh, Suresh, Rusli, Kamal Faisol, Shaikh , Baljit Singh ( ini bukan king ini Singh saja : dia ok, banyak ok ), Azizi, Mejar Ghazali, Khalil Azlan, Dimin, Zainol, Azman komandan. Tahniah kepada anda semua. Kita berjuang di semester III. Kita score A kesemuanya.

5. Tahniah tertinggi kepada Manalong, Jauteh , Presiden Mat Kassim. Masih mantap. Juga kepada Mr Dimin ( Pirate of Carribean ) yang masih mengekalkan kemantapannya walaupun di kutuk sepanjang masa. Sabar aje le Dimin. Jaga-jaga. kami semua nak potong anda di semester III.

6. Kepada semua pensyarah yang mengajar di ucapkan terima kaseh kerana memberi ilmu yang tidak ternilai kepada kami. Kami akan sebarkan ilmu yang ada. Sebahagian darinya PG dah masukkan dalam Blog PG secara berperingkat untuk kemudahan dan kegunaan spesis yang berikutnya. Di rakamkan ucapan terimakasih kepada Prof Dr Rahmah, Dr Fauzi, Dr Zarian, Tuan Shahrizan, Tuan Shukri dan Tuan Sulaiman.

7. Selamat berjuang. dah tua-tua ( yang tertua dalam kelas ) ni belajar susah. Jadi kepada yang muda , belajarlah semasa usia muda.

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR