FOLLOWERS

Saturday 16 May 2009

TIADA RASUAH DALAM PAS ? NAK SAPU BAWAH KARPET KE ?

Harakahdaily

Tiada politik wang dalam pemilihan PAS
Irwan Muhammad Zain Fri May 15, 09 3:09:29 pm MYT

KUALA LUMPUR, 15 Mei (Hrkh) - Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Dato' Mustafa Ali menafikan berlakunya politik wang dalam pemilihan pimpinan PAS Jun nanti. Mustafa menegaskan tidak ada sebarang aduan mengenai politik wang diterima. Isu politik wang, tegas beliau, ditimbulkan hanya bertujuan untuk memecahbelahkan parti.

"Perkara mengenai politik wang ini tidak berbangkit menjelang pemilihan dalam Muktamar PAS Jun nanti. Aduan mengenai politik wang juga tidak diterima jadi ia jelas hanya mainan media untuk memecahbelahkan parti," tegas Mustafa.

Justeru itu, beliau mendesak agar semua pihak berhenti membangkitkan isu politik wang dan tidak membuat kenyataan berdasarkan andaian sahaja.

Isu politik wang menjelang pemilihan pucuk pimpinan PAS menjadi perbualan bila media arus perdana cuba memberikan gambaran PAS turut dijangkiti kegiatan rendah moral itu sama seperti apa yang berlaku dalam Umno. - mks._

Penghuni Gua : Dilihat Mustafa Ali awal-awal lagi cuba menyapu sampah rasuah ini bawah karpet. Cepat sangat keputusan dan kesimpulannya. Ini kalau jadi YAA Hakim kes Nizar tu bagus juga. Boleh dipercepatkan juga kes nya.

2. Siasatlah dulu aduan dan komen Mat Iraq tu. Bukan sebarangan orang bercakap. Ulamak bercakap. BUkan beliau buat fitnah. Mat Iraq tahu hukum hakam fitnah dalam undang-undang hudud / Islam PAS. Hukumnya berganda jika dakwaan tersebut tidak benar.


3. Jadi siasatlah dahulu aduan dan komen Mat Iraq tu. Jika tak betul tuduhannya itu, hukum beliau dengan hukum Hudud PAS tu. Elok le juga . Laksanakan di Kelantan hukuman itu. Sebabnya , tuduhan tu berat. Jadi hukuman pun misti berat. Tak boleh hukum melalui peraturan parti PAS sahaja. Apa macam. Bagus tak cadangan tu.


4. Dengan lain perkataan, basuhlah punggung sendiri dari dok asyik kata punggung orang kotor. Macam PG kata sebelum ini, bab duit, kuasa dan..................sama aje. Cuma yang belum kena tu , bukan baik, cuma belum diuji, mungkin cerdik sikit dari penjenayah sebelumnya, bernasib baik, atau di sorok seperti sekarang.


5. PG lihat UMNO lebih baik sikit pada PAS ini. Ada juga lembaga siasatannya walaupun tak dikatakan parti islam. Ini belum apa-apa, dah nak tutup kes. Apa cerita. Ingat! Ulamak yang cakap tu. BUkan sebarang orang. Juga nak betulkan sedikit : Isu ini bukan dimainkan oleh akhbar arus perdana tetapi oleh pemimpin terkanan PAS dan ulamak lagi.


6. Jadi jangan hipokrit dan cuba sembunyikan jenayah parti anda dalam serban dan janggut sahaja. Lepas ini baik diam aje. Jangan bercakap lagi hal integriti dan rasuah lagi. Sama aje.

1 comment:

  1. Deme yang kuat rasuah patut duduk di Melaka je? Jadikan pualau besar sebagai tempat perkampongan mereka.

    Penghulunya DS Ali Rustam.

    Setuju tak?

    ReplyDelete

PETA PELAYAR