FOLLOWERS

Wednesday 20 May 2009

TINDAKAN KURANG CERDIK PENYOKONG LTTE DI MALAYSIA


Berita Harian
20 mei 2009

Polis gagalkan perhimpunan simpati LTTE di Kedutaan China

KUALA LUMPUR: Tindakan pantas polis menggagalkan hasrat sekumpulan 100 orang mengadakan perhimpunan haram di hadapan bangunan Kedutaan China di Jalan Ampang di sini, hari ini, bagi membantah tindakan China yang mereka dakwa membantu kerajaan Sri Lanka dalam menghapuskan kumpulan pemberontak Harimau Tamil Eelam (LTTE).

Tindakan polis mengadakan sekatan jalan di semua laluan yang menghala ke bangunan kedutaan itu, sejak awal pagi, berjaya menggagalkan perhimpunan oleh kumpulan itu yang mendakwa China membekalkan kelengkapan ketenteraan dan bantuan kewangan kepada kerajaan Sri Lanka. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Masih ada lagi kumpulan yang kurang cerdik di Malaysia . Mereka cuba berdemo untuk menunjukkan sokongan kepada LTTE dan mengecam kerajaan China kerana dikatakan kerajaan China membantu Sri Lanka bagi menghapuskan pengkhianat LTTE di Sri Langka.

2. Kepada kumpulan ini, PG ingin berpesan, setiap negara yang berdaulat akan mengambil tindakan ketenteraan yang serupa jika mana-mana pihak atau kumpulan yang cuba memisahkan sebahagian tempat, daerah atau negeri atau wilayah dari negara asal.

3. Mereka, puak, pihak, atau mana-mana kumpulan yang cuba melakukan pengkhianatan kepada negara mereka denga memecah belahkan wilayah asal sesebuah negara adalah merupakan satu kesalahan pemberontakkan kepada sesebuah negara atau kita di Malaysia , cuba memberontak melawan DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agung. Kalau di Malaysia, jika ditangkap maka hukumannya adalah mandatori mati di tali gantung. Itu lah yang terjadi kepada Mohd Amin dengan kumpulan Al-Maunahnya.

4. Jadi sebarang penderhakaan, pengkhianatan dan pemberontakkan bagi pemisahan wilayah akan ditentang dengan kekerasan oleh mana-mana negara di dunia ini.

5. Mengapa kumpulan 100 orang ini mengecam China. Wajar dikalung tahniah kepada China kerana berjaya membantu Sri Lanka sehingga berjaya menamatkan pemberontakkan ini yang telah berlangsung hampir 30 tahun dan memakan korban 70, 000 orang termasuk pemimpin politik ( hatta PM Sri Lanka juga di bom ).

6. Inikah kumpulan yang perlu disokong kerana atas dasar persamaan kaum. Jangan jadi bodoh dengan tindakan anda. Gerakan Sikh yang cuba memisahkan Punjab dari India juga telah diambil tindakan keras yang serupa oleh pihak India.

7. Di China , gerakan pemisah Islam Yunnan yang cuba mendapatkan otonomi atau berpisah dari China juga menerima nasib yang sama. Memang mereka ini tidak patut menerima simpati dan bantuan hanya kerana berdasarkan agama atau kaum atau budaya. PG juga menyokong tindakan China terhadap gerakan pemisah ini. Ini keran ia boleh menjatuhkan maruah mana-mana negara yang berdaulat.

8. Berbeza dengan Palestin, PG menyokong kerana Israel telah merampas tanah Palestin bagi menubuhkan negara Israel. Mereka bukan pemberontak tetapi berjuang mendapatkan kembali bumi Palestin dari penjajah zionis.

9. Kesimpulannya, Kumpulan dangkal ini sepatutnya memikirkan semula tindakan bodoh mereka ini diluar kotak kaum dan agama. Kepada kerajaan, ambil tindakan sekeras mungkin kepada mereka ini jika tidak perkara yang serupa akan terjadi di negara ini. Jika isyarat yang salah dihantar oleh pemerintah dalam isu-isu seperti ini, maka di masa depan , akan ada tuntutan pemisahan yang akan dilakukan oleh pihak-pihak tertentu di negara ini.

10.Sebelum ini ia pernah berlaku,. Jadi jangan benarkan ia berlaku lagi.

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR