FOLLOWERS

Thursday 11 June 2009

HORMATI DYMM AGUNG DAN PERLEMBAGAAN : TITAH DYMM SULTAN AZLAN SHAH


Berita Harian

11 jun 2009

Jangan pertikai peruntukan Perlembagaan: Sultan Perak

IPOH: Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, bertitah bahawa sebarang gerakan yang dicetuskan untuk mempertikaikan kepentingan orang Melayu dan Bumiputera bukan saja melanggar peruntukan asas dalam Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri, malah turut mempertikaikan kedaulatan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu.

Banginda bertitah, perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri adalah persetujuan yang dicapai secara bersama dalam semangat memberi dan menerima, serta dalam semangat memahami dan menghormati di kalangan pemimpin yang mewakili kepentingan pelbagai kaum ketika kemerdekaan negara sedang dirundingkan. "Persetujuan tersebut sudah dicapai di antara pemimpin pelbagai kaum, kerajaan Inggeris dan juga Raja-raja Melayu.


"Pemimpin di negara ini mempunyai tanggungjawab politik dan kenegaraan untuk menghormati asas-asas yang menjadi tunjang kedaulatan sebuah negara merdeka dan asas-asas yang menjadi akar kepada hubungan kaum yang harmonis iaitu asas-asas yang sudah dipersetujui ketika negara menggubal Perlembagaan Merdeka," titah baginda pada perasmian Majlis Wacana Ilmu di Institut Tadbiran Islam Perak di sini, hari ini.

Turut berangkat Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah. Sultan Azlan bertitah, penyimpangan daripada semangat asal yang dicapai itu tentunya akan mencetuskan kegelisahan dan mengheret negara kepada keadaan ketidaktentuan.


Pada masa yang sama, titah baginda, asas-asas persetujuan tersebut jangan sama sekali disalahgunakan di peringkat pelaksanaan sehingga ada kaum yang merasakan diri mereka tertindas. "Selaras dengan peranan takhta sebagai sumber keadilan, adalah juga menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong dan Raja Pemerintah di setiap negeri memastikan bahawa kepentingan kaum lain yang sah dari segi undang-undang turut dilindungi," titah baginda.

Baginda bertitah, amalan yang menyimpang daripada prinsip keadilan tidak harus dibenarkan berlaku kerana setiap warga negara yang sah adalah rakyat yang harus diberikan keadilan yang setimpal. Sultan Azlan bertitah, manusia biasanya dapat berfikir dengan rasional jika asas pertimbangan sentiasa didasarkan kepada ilmu pada sesuatu peristiwa yang ditafsirkan secara objektif berdasarkan fakta.

Manusia yang mengasaskan tafsiran berdasarkan ilmu dapat memisahkan diri daripada pengaruh sentimen dan emosi yang dapat membezakan tentang apa yang dianggap fakta dengan apa yang diharapkan berlaku, titah Baginda. "Ilmu menjadi bernilai jika yang dipelajari itu dapat diamalkan dalam kehidupan harian. Ujian sebenar terhadap penguasaan ilmu adalah di peringkat aplikasi.

"Manusia yang berjaya menghayati ilmu akan memperlihatkan penguasaannya terhadap ilmu di peringkat aplikasi. "Lima puluh tahun yang lalu ketika negara masih kurang bilangan cerdik pandai dan profesional, kesopanan dan kesusilaan adalah sebahagian daripada budaya masyarakat di negara ini, adalah komponen yang ditekankan dalam proses pendidikan dan penyampaian ilmu, adalah elemen penting untuk mewujudkan kestabilan," titah Sultan Azlan Shah.

Baginda bertitah, negara sudah memiliki bilangan cerdik pandai dan profesional yang jauh lebih ramai namun ia mula memperlihatkan kelunturan sifat-sifat kesopanan dan kesusilaan yang menjadi prinsip kelima dalam Rukun Negara. Titah baginda, aspek kesopanan dan kesusilaan juga bagaikan tidak diutamakan lagi walaupun institusi ilmu tumbuh bercambah pada hari ini.

"Keadaan ini bagai memperlihatkan berlakunya jurang antara perkembangan institusi ilmu dengan penghayatan ilmu dalam amalan hidup seharian, atau kemungkinan berlakunya satu keadaan tidak seimbang di antara pendekatan menyampai dan menyebarkan ilmu yang terlalu menekankan kepada disiplin pengajian masing-masing hingga teralpa kepada komponen kesopanan dan kesusilaan," titah baginda.

Sultan Azlan bertitah, ilmu yang dikuasai tanpa asas kesopanan dan kesusilaan yang kukuh boleh meruntuh dan merosakkan tamadun dan nilai-nilai sosial masyarakat setempat. "Semoga komponen kesopanan dan kesusilaan diberikan perhatian penting dan dianyam dengan bijak oleh setiap insan dan setiap institusi yang terbabit dengan aktiviti keilmuan," titah Baginda. - Bernama


Penghuni Gua : PG amat terharu dan bersetuju sepenuhnya titah DYMM Tuanku Sultan Perak ini. Ramai yang berpelajaran di Malaysia kini . Namun kebanyakkan ilmuan ini memilih meminggirkan dan menentang kerajaan dan mengkritik dengan tidak berhemah.

2. Di kalangan orang Melayu yang terpelajar sendiri pun, mereka mengambil pendekatan menentang kerajaan danmengkritik kerajaan melalui platform politik. Kebanyakkannya hanya nampak ini sahaja cara mengkritik kerajaan termasuk dengan cara memaki hamun.

3. Merak ini jugalah yang kerap mengkritik perlembagaan dan mendesak agar perkara asas di ubahsuai dan dipinda atas dasar persamaan hak, hak asasi, kebebasan bersuara dan berbagai lagi idealisma yang lain.

4. Mereka ini jenis yang lupa daratan. Walau terpelajar tetapi memilih pendekatan keras untuk mengkritik dan mempertikaikan dasar kerajaan . Ini termasuk profesor-profesor melayu yang berjuang bersama bangsa lain bagi merosakkan kontrak sosial yang disimpulkan di dalam perlembagaan.

5. Kepada PG, mengapa mereka ini tidak memikirkan bahawa mengkritik kerajaan juga boleh dibuat dengan elok dan berhemah. Juga mengkritik dan juga jika ingin melakukan perubahan, perubahan dan kritikan itu sepatutnya bukan mengganggu gugat perkara-perkara yang telah dipersetujui di dalam perlembagaan.

6. Inilah jenis mereka ini. Kita dan PG tidak hairan jika bangsa lain yang mahu perkara asas dalam perlembagaan hendak diubah oleh bangsa lain. Tetapi jika orang melayu yang mendesak ia diubah dan dipinda PG amat tidak faham dan sedih sekali.

7. Kepada mereka yang bukan Melayu : Hormati apa yang telah dato nenak kita semua termasuk dato nenak anda juga yang telah sama-sama bersetuju dan bertolak ansur dalam memeteraikan kontrak sosial yang termeterai dalam perlembagaan. Ia adalah tolak ansur. Melayu tak dapat semua. Melayu juga tidak hilang semua. Begitu juga India, cina dan lain lain juga,. Mereka tidak dapat semua dan mereka juga tidak hilang semua.

8. Jadi , hormatilah persetujuan dan tolak ansur yang dato nenek kita meteraikan. Jangan sesekali anda cuba mendi pandir dan bdertindak seperti tikus membaiki labu. Fikir masa depan anak cucu kita semua . Tidak kira anda Melayu, Cina , India dan lain-lain. Kesilapan dalam meminda dan mengubah apa yang telah dipersetjui oleh dato nenek kita akan memberi kesan yang amat besar dan mendalam dan sukar dipulihkan bagi masa depan generasi yang akan datang.

9. Percayalah. Gunakan ilmu anda ( bagi yang berilmu ) untuk memelihara negara ini. Bukan merosakkannya.

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR