FOLLOWERS

Tuesday 23 June 2009

KES SPEAKER PERAK YB SIVA : PEGUAM DATUK MOHD HAFARIZAM MENGULAS ISU MENGAPA PERLU SEKURITI !


Dipetik dari blog Datuk Hafarizam bin harun : Penasihat Undang-Undang UMNO

PG banyak membaca komen-komen dan dari blog pembangkang yang memaki hamun dan memperli serta mempertikaikan isu sekuriti ini. Loyar-loyar buruk kumpulan ini melalak tanpa henti sehingga ada yang mengatakan UMNO semakin takut dan ingin menghalang keadilan. Jadi PG memetik penerangan Ybhg Datuk Hafarizam yang menjelaskan mengapa sekuriti dipohon serta adakah ianya mengikut undang- undang.


Salam Sejahtera,

1. Minggu lepas, sebaik sahaja selesai sebutan untuk kes diatas, pada keesokan harinya, saya terbaca di dalam salah satu akhbar bahawa YB Dato' Ganesan telah mengarahkan kami selaku peguamcaranya untuk memfailkan suatu permohonan untuk sekuriti untuk kos terhadap YB Sivakumar.

2. Saya sahkan arahan tersebut dan kami telahpun memfailkannya. Cuma menunggu pengekstrakan permohonan bermeterai daripada pejabat pendaftaran Mahkamah Tinggi Ipoh sahaja.

3. Justeru itu, saya ingin mengulas sedikit berkenaan permohonan ini kerana nampaknya isu ini telah dimanipulasikan oleh pakatan pembangkang bahawa tindakan ini adalah salah, tidak berpatutan dsb.

3. 1. Pertama sekali, permohonan untuk sekuriti untuk kos adalah suatu yang lazim di kalangan pengamal undang-undang. Saya sendiri telah memohon dan berjaya mendapat perintah untuk sekuriti untuk kos sebelum ini di dalam kes-kes lain yang pernah saya kendalikan. Justeru itu, tidak timbul ianya adalah sesuatu yang luarbiasa! Aturan 23 Kaedah 1 Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi, 1980 (aturan prosedur Mahkamah yang digunapakai oleh semua pengamal undang-undang) jelas maksudnya.

3.2. Kedua, ianya adalah untuk menghalang litigan yang 'vexatious' daripada terus menyalahguna proses Mahkamah i.e. memfailkan tindakan Mahkamah sewenang-wenangnya atau mengikut kehendak/keperluan dan kemudiannya menarik-balik tanpa sebab. Ini pernah dilakukan oleh YB Sivakumar, pada 5hb Februari 2009, tatkala kerajaan pakatan pembangkang jatuh disebabkan tiga (3) ADUN menjadi bebas.

YB Sivakumar telah memfailkan tindakan Mahkamah No. 24-146-2009 terhadap ketiga-tiga ADUN bebas namun, dengan sedar dan penuh muslihat telah menarik-balik atau memberhentikan tindakan tersebut pada 4hb Mac 2009. Jelas daripada kelakuan YB Sivakumar diatas tidak mustahil beliau akan melakukannya sekali lagi. Untuk memastikan beliau betul-betul serius, maka permohonan sekuriti untuk kos telah difailkan.

3.3. Ketiga, tindakan baru yang dibawa oleh YB Sivakumar ini adalah salah satu lagi 'tindakan politik murahan' untuk mendapat simpati rakyat bahawa beliau tetap Yang DiPertua (YDP) Dewan Negeri Perak. Mungkin tidak keterlaluan, jika saya katakan bahawa beliau (ataupun peguam-peguamnya) di dalam situasi grandeur delusion sedangkan fakta dan juga sejarah telah menyatakan bahawa selepas 7hb Mei 2009, setelah usul penggantian YDP Dewan Negeri telah secara sahnya diluluskan di sidang Dewan Negeri Perak secara suara majoriti (31-28).

4. Tambahan lagi, ada surat daripada Setiausaha Dewan Negeri yang mengesahkan status YB Dato' Ganesan selaku YDP Dewan Negeri yang baru selepas 7hb Mei 2009. Maka, selepas 7hb Mei 2009, YB Sivakumar hanyalah YB Tronoh sahaja!

5. Untuk makluman pembaca blog saya, kes ini telah ditetapkan untuk pendengaran di hadapan YA Dato' Azahar Mohamad di Mahkamah Tinggi Ipoh (No 3) pada 17hb Julai 2009. Untuk makluman lanjut juga, terdapat tiga (3) permohonan yang akan didengar pada harik tersebut iaitu :

(a) Permohonan Injunksi YB Sivakumar, untuk menghalang YB Dato' Ganesan daripada menghalang YB Sivakumar daripada menjalankan tugasnya sebagai YDP Dewan! (satu lagi contoh grandeur delusion pihak pakatan pembangkang yang tidak sudah-sudah);

(b) Permohonan Sekuriti untuk Kos oleh pihak YB Dato' Ganesan; dan

(c) Permohonan untuk mengenepikan Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan YB Sivakumar terhadap YB Dato' Ganesan yang difailkan oleh pihak kami, selaku peguamcara YB Dato' Ganesan.

Sekian sahaja untuk waktu ini. Terima kasih.
Posted by hafarizam at 10:00 PM
Penghuni Gua : Jadi kepada loyar buruk tu, baca lah penerangan ini. Tindakan tersebut adalah mengikut undang-undang dan bagi mengelakkan penyalahgunaan mahkamah oleh mereka yang pembelit seperti YB Siva. Jika tidak disekat secara ini, maka mahkamah akan menjadi seperti kedai runcit yang boleh sesiapa masuki dan membuat onar.

2. Jadi kepada peguam-peguam YB Siva tu termasuk Hanipa Maidin , tolong ajarkan ilmu undang-undang dan strategi yang baik untuk menang kes. Nanti bila kalah , mulalah kita katakan YAA Hakim dipengaruhi.

3.Yang sebenarnya kerana kebodohan kita mengenai undang-undang juga cara kita membawa kes yang tidak sempurna kerana tidak mahir dengan sistem dan undang-undang yang begitu banyak peraturan. Jadi skil yang mustahak. Bukan pergi berceramah memperbodohkan penduduk kampung yang tak tahu undang-undang.

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR