FOLLOWERS

Wednesday 24 June 2009

MENDERA DAN TAK BERI NAFKAH : ISTERI KETUA DEWAN ULAMA PAS PERLIS MINTA FASAKH !


Berita Harian
24 jun 2009

10 tahun kahwin isteri hanya diberi nafkah RM300

KANGAR: Seorang ustazah mendakwa hanya menerima nafkah RM300 daripada suaminya, Abdul Rashid Rahman, 59, yang juga Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, sepanjang 10 tahun mendirikan rumah tangga.

Dakwaan itu dibuat Siti Rosmala Mohamed, 37, di hadapan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Kangar, Mohd Zaidi Abdullah, pada hari pertama perbicaraan kes tuntutan fasakh yang difailkannya, semalam. Beliau berkata, nafkah RM300 itu diterima pada bulan pertama iaitu September 1999 dan tiada lagi nafkah sehingga hari ini.

Siti Rosmala turut mendedahkan suaminya juga bertindak kejam dengan memukulnya termasuk di kepala, selain dirotan hanya kerana kesalahan kecil.

“Dari luar dia memang kelihatan baik dan warak, tetapi sebenarnya dia lelaki yang kejam dan panas baran,” katanya. Menjawab soalan peguamnya, Shazril Khairy Mustafa mengenai nafkah batin, Siti Rosmala berkata suaminya tidak pernah lupa menunaikannya.

“Dari segi batin dia tidak pernah lupa. Kalau boleh setiap hari dia mahu sehingga kadangkala dia tetap memintanya walaupun saya dalam pantang,” Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Ehem, ehem. Malas nak kata apa-apa...........................Biasalah.............................................................................

2. Tetapi kalau le pemimpin BN yang jadi beritanya dan dengan isu yang sama, siap le. Ceramah seluruh Perlis le. Silap haribulan pusing Malaysia ceramahnya. Habis keluar ayat Quran dan Hadith dan pendapat ulamak muktabar.

3. Kalau le MP UMNO / BN yang terlibat. Minta letak jawatan le. Paling tidak minta parlimen bincang isu ini katanya mustahak kerana isu wanita. He he he he he ! Fikir le sendiri. Urgh...................................hhhhhhh

4. Kepada Siti Rosmala : Biasa le dik. Lain kali jangan tersalah tengok dan pilih. Tengok dan pilih le orang macam kami ni. Memang kami pakai jeans hari-hari, tapi hati baik beb.................mulut aje kami bising................tapi hati baik. Kami ni realis...............................

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR