FOLLOWERS

Wednesday 17 June 2009

NASARUDDIN , SILA KELUAR PAS : ARAH NIK AZIZ !


Malaysiakini

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abduk Aziz Nik Mat menggesa timbalan presidennya Nasharudin Mat Isa meninggalkan parti itu dan menyertai Umno jika ingin kerajaan perpaduan, lapor The Star.Kenyataan tokoh PAS ini yang paling keras pernah dikeluarkan oleh menteri besar Kelantan selepas menuduh beberapa pemimpin atasan PAS yang bersetuju dengan idea tersebut sebagai "boneka Umno."

Penghuni Gua : Biar betul YAB Tok Guru. Mimpi ke PG sekarang ini! Rasanya tidak. PG dah cubit-cubit pipi. Tapi ok. Tak mimpi pun.

2. Emosi sangat Tok Guru Nik Aziz ni. PG tak berani komen lah. Sebab PG pun tak setuju kerajaan perpaduan ini. Kalau nak bincang dan muzakarah dengan PAS tu ok lah. Sebabnya : ramai sangat pembohong dalam PAS dari serpihan kumpulan DSAI dari ABIM. Cakap mereka ini semuanya cakap DSAI.

3. Jadi kalau ujud kerajaan perpaduan, lagi kacau UMNO/BN. Lihat dulu DSAI menyertai UMNO. Kecoh dibuatnya. Haru biru YB-YB UMNO dan pemimpin tertinggi UMNO dengan politik ugutan DSAI.

4. Balik bab di atas. Beristighafar banyak-banyak Tok Guru. Ambil air sembahyang dulu. Relak-relak. Katanya PAS ini ada berbagai kaedah untuk berunding seperti muqabalah, syuro, muzakarahlah dan berbagai lagi lah cara islam kata mereka si lebai-lebai dalam PAS.

5. Jadi dalam Bab ini takkan tak boleh guna kaedah - kaedah tu kot.

6. Jadi dengan lain kata, jangan cakaplah bab islam ini. Jangan guna perkataan islam untuk meraih undi. Bila jadi begini mana islamnya. Mana kaedah islam yang dilaungkan tu. Hanya sekadar menjadi halua telinga aje le nampaknya.

7. Allah nak tunjukkan kebesaran dan balasannya bukan nya bertanggung. Allah tunjukkan terus kepada parti dan pemimpin yang munafik ini yang ada dalam PAS. ( Demi Allah , PG tak maksudkan Tok Guru Nik Aziz. Tok Guru Nik Aziz seorang tak termasuk dalam ketogori ini. ). Jadi inilah petunjuk yang Allah berikan kepada parti hipokrit ini.

8. Manek Urai nampaknya bungkus kepada BN/UMNO. Jadi UMNO / BN kerja le kuaat sikit . Jangan asyik bergaduh. Ambil peluang ini.

5. Perahu dah di air, kayuh dan henjut aje le.

Terkini
Berita Harian
17 jun 2009
Nik Aziz minta Nasharuddin lepas jawatan

KOTA BHARU: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, hari ini meminta Nasharuddin Mat Isa melepaskan jawatannya sebagai Timbalan Presiden parti dan sebagai Ahli Parlimen Bachok jika berhasrat meneruskan agenda kerajaan perpaduan.

"Isu kerajaan perpaduan bukannya datang daripada Pas, ia adalah lontaran (idea) peribadi. Perkara itu tidak pernah dibincangkan dalam kertas sebagai agenda Pas mahupun dalam kertas pakatan pembangkang. "Kalau benar Nasharuddin nak setuju (dengan kerajaan perpaduan) lebih baik dia masuk Umno, letak jawatan timbalan (presiden Pas) dan di Bachok. Apa buat sampah, menyusahkan," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di sini, hari ini.


Katanya, cadangan mengenai kerajaan perpaduan antara pakatan pembangkang dan Barisan Nasional (BN) adalah satu perkara yang dilontarkan oleh "boneka Umno" untuk menimbulkan kecelaruan dalam Pas serta pakatan pembangkang. ............................................................................

Nik Abdul Aziz berkata, beliau kesal dengan pendirian Nasharuddin kerana Pas di Kelantan menerimanya sebagai calon untuk bertanding di Bachok pada pilihan raya umum 2008. Katanya, Pas dan pakatan pembangkang kini sudah masuk perangkap Umno berhubung isu kerajaan perpaduan sehingga menimbulkan pecah-belah dalam kalangan mereka. "Orang Umno sekarang ini sedang berpesta kerana Pas sedang berpecah dan pakatan pembangkang sedang berpecah," katanya.


Beliau juga berkata, jika agenda kerajaan perpaduan itu benar-benar ingin dijadikan satu realiti, BN seharusnya melantik pemimpin daripada pakatan pembangkang untuk jawatan menteri. "Kalau semua setuju...Pas jadi menteri, DAP jadi menteri dan Keadilan jadi menteri," katanya. - Bernama

Peghuni Gua : Fikirlah sendiri.

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR