FOLLOWERS

Saturday 27 June 2009

PERLEMBAGAAN : HAK ASASI / TANGKAPAN


Nota : Kuliah lama PG yang ada dalam simpanan. Ia adalah juga catatan tambahan yang dibuat oleh seorang yang amat dedikasi di dalam kelas kami . Setinggi terima kaseh kepada Che Zaimani yang begitu rajin dalam membantu kami dahulu. Kepada semua pelayar blog ini, semuga dengan paparan ini, ianya akan memberi menafaat kepada semua dalam memahami secara ringkas mengenai Sistem keadilan Jenayah Di Malaysia. Tq


Hak asasi manusia / Tangkapan.

Hak asasi manusia seperti terdapat pada kandungan seksen 5(1) Perlembagaan.

5. Liberty of the person

(1) No person shall be deprived of his life or personal liberty save in accordance with law.
[ tidak ada orang boleh disekat kehidupan dan kebebasan diri tanpa mengikut undang-undang ]

Person (orang) – termasuklah orang dan bukan orang seperti kapal, kapal terbang atau dipanggil juga tiruan (artificial person).

Bayi yang belum dilahirkan juga adalah orang yang sah (legal person).

Life (kehidupan ) – kehidupan termasuklah penghurmatan untuk hidup (dignity to life) . Contohnyan penghurmatan untuk hidup tidak berlaku jika banduan membuat aduan telah ditindas atau keadaan tidak berperikemanusiaan di dalam tahanan. Di India penghurmatan untuk hidup termasuklah makanan bermutu,pakaian, perlindungan, kemudahan membaca dan menulis.

Dalam kes Hong Leong [1996] 1 MLJ 46 life termasuklah hak untuk hidup dalam keadaan sihat tanpa pencemaran.

Hak untuk hidup adalah juga hak untuk mati seperti bunuh diri dan pembunuhan kesian (mercy killing –euthanasia). Di Malaysia ianya tidak diterima.

Personel liberty (kebebasan diri ) - adalah hak dari tangkapan,penjara yang tidak sah. Dalam kes Kharak Singh di India tindakan anggota polis pergi kerumah waktu malam dan memereksa pergerakan serta aktiviti seseorang adalah melanggar kebebasan diri seseorang.

In accordance with law (mengikut undang-undang ) – undang-undang adalah undang-undang yang dikeluarkan oleh pihak yang berkuasa sewajarnya (proper authority).

Adalah dipertikaikan hukuman mati mandatori adalah tidak berpelembagaan ini adalah kerana mahkamah tidak mempunyai kebebasan untuk membuat keputusan.Ianya diterima di Amerika tetapi tidak di Malaysia.

Undang-undang terbahagi dua iaitu Lex dan Jus. Lex adalah undang-undang di keluarkan oleh Parlimen dan Jus hanyalah undang-undang (just law).

Alasan tangkapan.

Terkandung pada aktikel 5(3) perlembagaan.

5. Liberty of the person

(3) Where a person is arrested he shall be informed as soon as may be of the grounds of his arrest and shall be allowed to consult and be defended by a legal practitioner of his choice.

[ Apabila seseorang ditangkap ia hendaklah di maklumkan secepat mungkin alasan tangkapan dan hendaklah dibenarkan mendapat nasihat dan di bela oleh peguam yang sah atas pilihannya ]

dalam kes Long@Jimmy [1976] 2 MLJ 133 percakapan mulut adalah mengcukupi.

Facts:

In this case the applicants had been detained under the Emergency (Public Order and Prevention of Crime) Ordinance, 1969. It was alleged that they were engaged in drug trafficking. The applicants applied for writs of habeas corpus on the grounds —

(1) that the applicants’ detention was not within the scope and object of the Emergency (Public Order and Prevention of Crime) Ordinance, 1969;

(2) that the applicants were not informed of the grounds of their arrest and therefore there had been contravention of the provision s of Article 5(3) of the Federal Constitution;

(3) that the applicants had not been given an effective opportunity to make representations against their detention;

(4) that the copies of the purported detention orders served on the applicants were not signed and were not under the hand of the Minister.

Holdings:

Held dismissing the applications:

(1) the preamble of the Ordinance declared that it was passed for securing public order, the suppression of violence and the prevention of crime involved in violence and although the preamble is not part of the Ordinance one can look into it to understand the scope of the Ordinance. It is clear that securing public order covers suppression of crimes which endanger the safety of the people and cause harm to society. Detention of persons found to be trafficking in drugs is therefore well within the scope of the Ordinance as it is a notorious fact that the trafficking in drugs causes serious harm and destroys the body politic not only nationally but also internationally;

(2) the evidence in this case showed that the detainees were informed by the officers who arrested them of the grounds of the arrest. In any event any complaint about the arrest of the applicants would appear to be purely academic and of no relevance to an application for a writ of habeas corpus against the detention by order of the Minister of Home Affairs;

(3) although the forms supplied to the applicants to enable them to make representations against their detention were defective, the facts showed that that it was not that the applicants were not given an opportunity but that they for reasons best known to themselves were not interested or did not want to make representations against the order of detention but that they for reasons best known to themselves were not interested or did not want to make representations against the orders of detention;

(4) it was not necessary that the orders of detention be signed personally by the Minister;

(5) the orders of detention in this case which were made by the Minister were valid and not justiciable in the absence of proof of mala fides

Secepat mungkin adalah keadaan yang munasabah mengikut kes tertentu seperti dalam kes Aminah V Superintended of prison [1968] 1 MLJ 92.

Facts:
Where a detainee is being held in a prison, the inconvenience and possible delay in either getting him before a commissioner of oaths, or alternatively of getting the latter to visit the prison amounts to “other sufficient cause” for the detainee himself not filing the affidavit in support of an application for habeas corpus.

One Haron was detained under the Restricted Residence Enactment. An application by originating motion was made by his wife for issue if a writ of habeas corpus challenging the detention on the ground that there had been non-compliance with article 5(3) of the Federal Constitution in that the detainee had not been informed “as soon as may be of the grounds of his arrest.” The applicant’s counsel urged that the power to detain was exercised mala fide by the authority, in consequence the court had jurisdiction to look into and examine whether the grounds for arrest were reasonable.

Held:
(1) as in supporting affidavit the applicant had deposed that when she saw the detainee a few hours after his arrest he was fully informed by the police and knew the reasons for his arrest, this satisfied the requirement of article 5(3) of the Constitution which applies to arrest made under any law including Restricted Residence Enactment in this case. Chia Khin Sze v Mentri Besar of Selangor [1958] MLJ 105 disented from;

(2) the legal position is that detention order must be in exercise of a valid legal power. Once this is shown it is for the detainee to show that the power was exercised improperly. thus the applicant in this case failed to discharge the onus cat upon her.

Orang yang ditangkap juga perlu mengetahui dengan tepat kenapa ia ditangkap. Alasan tangkapan dengan beberapa sebab dan dihubung dengan perkataan atau (or) adalah mengelirukan seperti dalam kes Lee Gee Lam [1993] 3 MLJ 265.

Mendapat nasihat peguam – dalam kes Ooi Ah Phua [1975] 2 MLJ 198 mendapat nasihat peguam boleh ditangguhkan semasa berada di dalam lokap.

Facts:

This was an appeal from the decision of Hashim Yeop A Sani J (reported in [1975] 1 MLJ 93) dismissing an application for a writ of habeas corpus The facts in this case were that the subject had been arrested by the police on 26 December 1974 and after being produced before the magistrate on 28 December 1974 he was formally charged on 7 January 1975 for abetment in armed robbery

The appellant, the father of the subject, instructed solicitors and counsel attempted to see the subject but was unsuccessful Subsequently, the appellant applied for a writ of habeas corpus and it was alleged that (1) the right of the subject to consult and be defended by counsel of his choice commenced immediately after his arrest; (2) this right is an unqualified right and the denial of this right by the police had rendered the detention unlawful The application having been dismissed in the High Court, the appellant appealed to the Federal Court.

Holdings:

Held, dismissing the appeal: (1) the right of an arrested person to consult his lawyer begins from the moment of arrest but that right cannot be exercised immediately after arrest. A balance has to be struck between the right of the arrested person to consult his lawyers on the one hand and on the other the duty of the police to protect the public from wrongdoers by apprehending them and collecting whatever evidence exists against them The right should not be exercised to the detriment of any investigation by the police;

(2) in any event habeas corpus was not the correct remedy in this case as the only complaint was that after the arrest of the subject, his solicitor was denied access to him.

Hak di bawah artikel 5(3) juga terpakai di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Ini telah diputuskan dalam kes Abdul Ghani Haroon [2001] 2 MLJ 689.

Abdul Ghani bin Haroon dan Gobalakrishnan a [sol] l Nagappan ('kedua-dua pemohon tersebut') telah secara berasingan ditangkap di bawah s 73(1) Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 ('AKDN tersebut'). Penahanan pemohon-pemohon tersebut telah dilanjutkan dua kali berikutan tangkapan mereka. Polis telah menafikan mereka berjumpa dengan ahli keluarga, peguam dan ahli SUHAKAM (Suruhajaya Komisen Hak Kemanusiaan Malaysia').

Isteri Abdul Ghani dan abang Gobalakrishnan masing-masing telah memohon terhadap isu writ habeas corpus. Responden di dalam kedua-dua permohonan adalah Ketua Polis Negara. Kedua-dua permohonan tersebut didengar bersama dengan kebenaran. Berdasarkan isu awalan, Mahkamah Tinggi memerintahkan bahawa kedua-dua pemohon tersebut mempunyai hak untuk hadir di mahkamah pada masa perbicaraan permohonan-permohonan tersebut. Namun begitu, Mahkamah Persekutuan atas permohonan responden, telah menggantungkan keputusan Mahkamah Tinggi ini.

Berdasarkan merit-merit, Mahkamah Tinggi perlu mempertimbangkan sama ada pemohon-pemohon tersebut telah di tahan secara tidah sah.

Diputuskan, memutuskan bahawa penahanan kedua-dua pemohon tersebut adalah tidak sah dan memerintahkan bahawa kedua-dua pemohon tersebut dihadapkan ke mahkamah untuk dibebaskan:

(1) Menurut perkara 5(2) Perlembagaan Persekutuan (Perlembagaan tersebut'), hak-hak untuk memohon kepada Mahkamah Tinggi untuk satu writ habeas corpus bukan hanya satu hak di sisi undang-undang tetapi juga satu hak perlembagaan kepada mana-mana orang yang mempercayai bahawa beliau telah ditahan secara tidak sah (lihat ms 696B).

(2) Prinsip penting adalah di mana setiap penahanan adalah prima facie tidak sah dan beban bukti adalah atas pemohon-pemohon tersebut untuk menjustifikasikannya. Berdasarkan fakta-fakta, penahanan kedua-dua pemohon tersebut adalah tidak sah kerana sebab-sebab berikut:

(a) Pegawai-pegawai yang membuat tahanan telah gagal untuk menjustifikasikan tangkapan-tangkapan tersebut di mana afidavit-afidavit mereka bersifat kabur dan tidak cukup untuk menunjukkan bahawa terdapat pematuhan dengan keperluan-keperluan s 73(1) dibaca bersama dengan s 8 AKDN tersebut. Seorang pegawai yang membuat tahanan mestilah dengan jelas menyatakan alasan-alasan penahanan di dalam afidavit beliau. Seorang pegawai yang membuat tahanan bukan hanya mengemukakan semula perkataan-perkataan s 73(1)(a)

Sebagaimana yang telah dibuat di dalam kes ini. Beliau mesti menunjukkan di dalam afidavit beliau bahawa beliau telah menghalakan fikiran beliau kepada keperluan-keperluan s 8. Memandangkan perkataan 'dan' dan bukan 'atau' timbul di hujung cabang (a) kepada s 73(1), cabang (b) kepada s 73(1) hendaklah oleh demikian dibaca bersama dengan cabang (a) dan bukan berasingan. Dengan pematuhan cabang (b) kepada s 73(1), afidavit pegawai yang membuat tahanan mesti mengemukakan butir-butir yang mencukupi.

Pegawai yang membuat tahanan tersebut mesti memasukkan dalam afidavit beliau, tidak semestinya butir-butir terperinci tetapi sejumlah yang munasabah butiran tersebut bukan hanya bagi tujuan memuaskan mahkamah bahawa beliau mempunyai asas untuk tangkapan tersebut tetapi juga untuk membolehkan pemohon-pemohon tersebut membela diri sendiri (lihat ms 698E, 699B-C, 699F, 699H-700A); Theresa Lim Chin Chin & Ors v Inspector General of Police (1988) 1 MLJ 293 dibeza.

(b) Afidavit-afidavit pegawai-pegawai yang membuat tahanan tersebut tidak menunjukkan dengan cukup bahawa terdapat pematuhan dengan perkara 5(3) Perlembagaan tersebut. AKDN tersebut tidak mengecualikan pegawai-pegawai yang membuat tahanan daripada memaklumkan pemohon-pemohon tentang alasan-alasan penangkapan mereka. Berdasarkan fakta-fakta peninggalan tersebut adalah satu pelanggaran perkara 5(3) Perlembagaan tersebut dan pelanggaran tersebut menyebabkan penangkapan dan penahanan tersebut tidak sah (lihat ms 700D-E, 700I).

(c) Penahanan lanjutan kedua-dua pemohon tersebut adalah tidak sah kerana pematuhan yang tidak betul dengan perenggan-peranggan (a) dan (b) kepada proviso s 73(3). Afidavit-afidavit yang memberi kuasa kepada pegawai-pegawai tersebut tidak langsung mengatakan apa-apa tentang tujuan lanjutan penahanan tersebut. Afidavit-afidavit tersebut juga gagal untuk manyatakan sebab-sebab memberian kuasa terhadap penahanan lanjutan tersebut.
Walaupun s 73(3) AKDN tersebut memberikan kuasa kepada polis untuk menahan seorang yang ditahan sehingga satu tempoh 60 hari, tempoh 60 hari ini adalah tempoh maksimum yang dibenarkan. Polis tidak mempunyai kuasa mutlak untuk menahan seseorang selama 60 hari. Kuasa untuk membenarkan penahanan lanjutan di bawah perenggan-perenggan (a), (b) dan (c) kepada proviso s 73(3) mesti digunakan dengan munasabah dan adil dan tertakluk untuk kajian semula oleh mahkamah dalam satu prosiding [*10] habeas corpus (lihat ms 701C, 702C, 702E-F, 702H).

(d) Penahanan tersebut adalah mala fide oleh sebab fakta bahawa Ketua Polis Negara dan pengarah Cawangan Khas telah secara pramasa memutuskan fikiran mereka untuk menahan kedua-dua pemohon tersebut sehingga satu tempoh yang melebihi 30 hari yang dibenarkan. Ini dengan jelas ditunjukkan oleh satu surat bersama Ketua Polis Negara dan pengarah Cawangan Khas tersebut (lihat ms 703C).

(e) Penahanan tersebut adalah juga mala fide oleh sebab penafian yang sengaja dan tidak munasabah untuk berjumpa dengan ahli keluarga. Ahli keluarga telah dinafikan untuk berjumpa dengan kedua-dua pemohon tersebut untuk lebih 40 hari walaupun satu permintaan rasmi telah dibuat kepada Ketua Polis Negara. Untuk menafikan edua-dua pemohon tersebut dan keluarga mereka untuk berjumpa satu sama lain bagi tempoh yang lama adalah kejam, tidak berperikemanusiaan dan menindas bukan sahaja kepada kedua-dua pemohon tersebut tetapi juga kepada keluarga mereka (lihat ms 703H, 704B).

(f) Penahanan tersebut adalah juga mala fide oleh sebab penafian yang sengaja dan tidak munasabah untuk elantik peguam oleh responden. Penafian sedemikian bukan sahaja kejam, tidak berperikemanusiaan dan menindas tetapi juga satu pencabulan yang terang-terangan terhadap hak perlembagaan kedua-dua pemohon tersebut di bawah perkara 5(3) Perlembagaan tersebut. Penafian untuk berjumpa peguam bukan sahaja satu pencabulan yang melampau tentang hak asasi sebagaimana yang terkandung dalam Perlembagaan tersebut tetapi juga amat memprejudiskan kedua-dua pemohon tersebut di dalam permohonan-permohonan

Penghuni Gua : Semuga semua mendapat menafaat. Kadangkala posting mengenai undang-undang dan perlembagaan ini ada pertindihan. Oleh yang demikian , pembaca akan lihat sesetengah tajuk akan ditulis seolah berulang. Ini kerana ia berkaitan antara satu sama lain.

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR