FOLLOWERS

Friday 19 June 2009

RAYUAN NIZAR : 11 HAKIM MISTI ADILINYA !


Berita Harian
19 jun 2009

Nizar mohon jawatan MB Perak digantung

PUTRAJAYA: Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini memohon supaya keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan Datuk Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah, digantung sehingga rayuan di Mahkamah Persekutuan selesai. Mohammad Nizar dalam permohonan untuk kebenaran merayu yang difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Persekutuan, di sini, memohon perintah mahkamah supaya keputusan Mahkamah Rayuan pada 22 Mei itu digantung sekiranya, kebenaran untuk merayu dibenarkan. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Wow. Mengkagumkan . YB Nizar mohon 11 YAA Hakim mendengar kesnya. Beliau mendakwa dengan 11 YAA Hakim mendengarnya ia akan mendapat keputusan lebih adil . Betul ke?

2. Beliau perlu ingat bahawa semasa kesnya didengar di Mahkamah Tinggi dan beliau menang kes berkenaan ia hanya diputuskan oleh 1 YAA Hakim sahaja. Beliau menang. Ia dikatakan adil oleh Nizar dan kumpulannya.

3. Di mahkamah Rayuan, panel 3 YAA Hakim mendengarnya, Nizar kalah. Dikatakan keputusan mahkamah tidak adil dan telah diatur oleh BN dan kerajaan.

4. Jika diluluskan rayuan Nizar dengan 11 YAA Hakim mendengar kes ini nanti dan ditakdirkan Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan terdahulu iaitu Nizar kalah lagi ( Zambry kekal MB ), PG percaya, YB Nizar dan Pakatan Rakyat tetap mengulangi irama yang sama bahawa semua 11 YAA Hakim membuat keputusan tidak adil., Hakim rasuah, keputusan telah diatur lebih awal dan sebagainya.

5. Jadi kalau tidak adil sekiranya kurang dari 11 YAA Hakim mendengar kes ini , mengapa semasa di mahkamah Tinggi dahulu, Nizar boleh menerima keputusan yang memihak kepadanya? Mengapa beliau tidak menolaknya dengan alasan tidak adil dan telah ditentukan.

6. Dalam hal ini, bukan jumlah YAA Hakim yang menentukan adil atau tidak adilnya sesuatu keputusan YAA Hakim, tetapi keputusan YAA Hakim harus dinilai berdasar alasan penghakiman yang diberikan. Ini yang menentukan adil dan tak adilnya keputusan seseorang Hakim.

7. Juga keputusan YAA Hakim-Hakim ( Panel 3 YAA Hakim ) di mahkamah Tinggi dahulu adalah keputusan sebulat suara bukan keputusan berdasarkan majoriti. Jadi fahamlah apa maksudnya.

8. PG percaya, Mahkamah Persekutuan tetap membuat keputusan dan mengekalkan keputusan yang dibuat di mahkamah Tinggi terdahului dan mengekalkan YAB Dr Zambry sebagai MB Perak. Alasan yang diberikan adalah jelas oleh semua YAA Hakim-Hakim tersebut dan juga berdasarkan pandangan pakar-pakar undang-undang yang PG pernah ikuti pandangan dan ulasan mereka sebelum ini.

9. Nota : Menang adil , kalah tak adil. Eleee.....................................hhhhh.

8 comments:

  1. ''WARKAH UTK ANWAR DARI RAKYAT MALAYSIA''

    KAMI RAKYAT MAHUKAN KEBENARAN
    SILA HADIRKAN DIRI PADA
    Julai di Mahkamah Tinggi Jalan Duta
    USAH TANGGUH2 LAGI

    [SMS]
    017-2802211
    012-9533565
    +17037252544(US)

    [Email]
    anwar.ib@gmail.com
    anwar.ibrahim@aicassociates.com
    ai55@georgetown.edu

    DIHARAPKAN MENGELAK DARI MENGHANTAR SMS YANG BERBAUR UGUTAN DAN ANCAMAN KEPADA TERTUDUH KES LIWAT INI.

    SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT

    1 JULAI HARI KEBENARAN

    http://www.gomounited.com/2009/06/warkah-buat-anwar-al-juburi.html

    ReplyDelete
  2. Salam bro Penghuni Gua, cuba fikirkan sejenak...

    Kalau Nizar MENANG kali ini, bolehkah dia datang ke istana berjumpa dengan tuanku selepas meminta 'sembah derhaka' dan memalukan rakyat Perak selepas insiden de Parlimen tempoh hari?

    Kalau Nizar KALAH kali ini, apakah Nizar akan menerima keputusan tersebut dengan hati terbuka dan menyuruh penyokong menerima keputusan itu dengan redha?

    Dengan perangai Nizar sebegini, bagi saya dia tak layak menjadi pemimpin sebuah negeri. Kalau dulu rakyat Perak terkenal dengan sopan santun, tapi hari ini dah wujud samseng yang terikut dengan perangai buruknya. Masyallah....

    ReplyDelete
  3. biar 100 hakim mahkamah rayuan sekalipun kalau kalah tetap gak kata hakim kene beli dan menteliti mentel depa begitu nak wat lagu mana

    ReplyDelete
  4. setuju ngan anti hero!!! x kesah lah kalau sampai 1000 hakim ~ kalau asyik kuar stment "kene beli UMNO" hmmmmm .... Hope, sahabat2 lain juga mampu berfikir dgn lapang dada.

    WASSALAM

    ReplyDelete
  5. Utk pengetahuan penghuni gua, hakim mahkamah tinggi memang bersidang di hadapan 1 hakim, tetapi mahkamah rayuan dan mahkamah persekutuan hendaklah angka ganjil. Ni le akibatnya menulis tidak mencari fakta yg tepat. Hakim mahkamah persekutuan yg 3 orang tu pun 2 hakim, sampai sekarang belum memberikan penghakiman bertulis, padahal keputusan telah dibaca.

    ReplyDelete
  6. kepada anoy : itu basic. semua orang tahu mahkamah mgrt, sesyen dan mahkamah tinggi seorang saja mgrt, presiden atau hakim. ini tak payah komen. isunya bilangan nizar tu yang dibincang. baca dulu baik-baik tulisan saya tu. sekolah rendah pun tahu mahkamah tinggi 1 hakim. alahai. baca perabih tulisan saya. jangan baca tajuk dan tebuk tengah aje............
    alasan penghakiman, tak ada jangka masa asalkan menasabah. kes besar. perlu ditulis dengan sempurna. sabau le

    ReplyDelete
  7. Mcmnana keputusan telah diberi tapi hujah bertulis belum diberi, hakim buat keputusan baca dari mana? Sudah tentu dari hujah bertulis wahai arifomar.

    ReplyDelete

PETA PELAYAR