FOLLOWERS

Monday 15 June 2009

SPEAKER SIVA KALAH LAGI : ISTIHAR KOSONG KERUSI TUGAS SPR , KATA HAKIM


Berita Harian
15 jun 2009

Tugas SPR isytihar kekosongan, bukan Speaker: Mahkamah

PUTRAJAYA: Adalah menjadi bidang tugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan bukannya Speaker Dewan Undangan Negeri Perak untuk mengisytiharkan sama ada berlaku kekosongan kerusi atau tidak, demikian diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan.

Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Nik Hashim Nik Ab Rahman, dalam penghakiman setebal 20 muka surat, berkata mengikut Seksyen 12(3) Akta Pilihan Raya 1958, SPR akan memastikan wujud kekosongan kerusi sebelum mengeluarkan writ pilihan raya kecil.

Oleh itu, Speaker tidak boleh campur tangan dengan tugas perlembagaan SPR untuk memastikan sama ada berlaku kekosongan biasa.

"Mengikut Perkara 36(5) Undang-undang Tubuh Negeri Perak, dibaca bersama dengan Seksyen 12(3) Akta Pilihan Raya, SPR yang mempunyai bidang kuasa untuk memutuskan berlaku kekosongan biasa.

"Oleh yang demikian, kami sebulat suara memutuskan bahawa keputusan Speaker yang mengisytiharkan kekosongan tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) adalah tidak mengikut undang-undang dan dengan itu tidak sah dan batal kerana keputusan itu bercanggah dengan Perkara 36(5) Undang-undang Tubuh Negeri Perak," kata Hakim Nik Hashim dalam penghakiman bertarikh 8 Jun. Salinan penghakiman terakhirnya sebelum beliau bersara pada 1 Julai itu diedarkan kepada media hari ini.

Hakim Nik Hashim berkata penerimaan oleh Speaker akan surat peletakan jawatan kononnya adalah daripada wakil rakyat berkenaan tidak menyebabkan kekosongan kerusi.

Katanya, seperti mana mengikut Perkara 35 Undang-undang Tubuh Negeri Perak, peranan Speaker hanya terhad kepada menerima surat peletakan jawatan secara bertulis itu dan menyerahkan surat itu kepada SPR.



Penghuni Gua : Alasan penghakiman YAA Hakim sudah dikeluarkan. Siva kalah lagi. Gelagat Speaker ini mengalahkan YM Raja-Raja. Dia seorang aje nak kebal. Mengalahkan kekebalan YM Raja-Raja. Jadi RajaGopal cukup lah.



2. Kita lihat apa kata PR dan penasihat undang-undang mereka. Jawapan yang biasalah , apa lagi.


3. 2 hari lagi selepas selesai pengantungan dari hadir sidang parlimen yang dikenakan oleh speaker Amin Mulia hari ini, PG pasti bila dapat hadir semula sidang , maka 6 orang yang digantung hari ini bukan sahaja membalut kepala dengan kain bertulisan " Bubarkan DUN " tetapi membungkus seluruh badan mereka dengan kain kapan.


4. Kalau bungkus dengan kain kapan seperti mumia mungkin Pendikar Amin Mulia ( Speaker parleimen ) tak marah dan tidak dikenakan hukuman. Sebabnya, inilah pakaian dan wajah mereka dan PR yang sebenar. Bungkuih. Itu yang sibuk-sibuk mengwar-warkan nak bubar DUN.

align="justify">
5. Mungkin bila sudah dalam keadaan tenang dan mereka semua ini dapat memikir dengan waras, barulah mereka tahu mereka silap dan akan kalah berkaitan krisi Perak. Jadi mereka pun menjajalah bubarkan DUN dan menjaja hal kuasa rakyat. Mahkamah tak boleh selesaikan.


6. Pembelit-pembelit. Mereka yang bawa ke mahkamah, kemudian kata mahkamah tak boleh selesai bila dah agak akan kalah. Inilah wajah sebenar mereka.

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR