FOLLOWERS

Saturday 27 June 2009

TGNA AJAK PM DEBAT ! BUANG MASA AJE !


Berita Harian
26 jun 2009

Kemelut politik: Nik Aziz ajak PM berdebat secara terbuka

KOTA BHARU: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menjemput Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengadakan debat terbuka bagi menyelesaikan kekalutan politik yang berlaku sejak sekian lama antara Umno dan Pas. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Pada pandangan PG, buang masa aje seorang PM nak berdebat dengan seorang MB . Tak ada kesudahannya.

2. Lebih baik masa yang terhad PM itu digunakan untuk kepentingan memikirkan hal rakyat atau memulihkan ekonomi negara. Di TV 9, dan berbagai saluran lagi dan sudah berapa debat dijalankan oleh pemimpin negara dengan pemimpin Pakatan Pembangkang? Hasilnya! Kosong. Lepas debat, masing - masing ( terutama pembangkang ) akan menjaja debat pemimpin mereka tersebut di ceramah-ceramah yang lebih hebat dalam menghuraikan debat pemimpin mereka. Kadang kala huraian mereka ini lebih hebat dari debat yang asal. Naik gelak kita dibuatnya.

3. Tak cukup dengan itu, buat kaset ( dululah ) , buat CD dan DVD dan berniaga. Ada pulak masa berdebat, dua tiga ekor yang pakai serban yang memang ditugaskan untuk melaungkan takbir setiap 2 minit. Jadi bila dengar dalam kaset , wah , wah , hebat takbirnya. Sebenarnya , petugas melaungkan takbir ini yang cetuskannya. Kesian kita mendengarnya. Yang untung penjual kaset yang memakai serban dan janggut yang mengambil kesempatan untuk membuat duit. Ke mana ada ceramah dan debat di Malaysia, inilah manusia ( yang sama ) yang ditugaskan melaungkan takbir.

4. Debat seperti yang dicadangkan oleh TGNA ni pada pandangan PG tak bawa sebarang faedah dan keberkatan. Kepada PM, Lupakanlah hal kerajaan perpaduan, debat atau segala perkara yang berkaitan PR dan PAS ini. Buang masa aje. Mereka ini kalau disuruh ceramah dan berdepat, 10 hari 10 malam tanpa henti dan makan minum pun mereka sanggup. Itu je kerja mereka. Raja bercakap dan berdebat dan menyalahkan orang lain.

5. Idea sendiri tak ada. Apa yang orang lain buat semuanya salah. Cadangan pilihan tak ada. Lebih-lebih pun guna perkataan islam. Kita guna kaedah islam untuk selesaikan itu, ini, itu ini dan sebagainya. Hanya konsep. Minta detailnya haram tak ada. Tengok aje lah Hudud di Terengganu dan Kelantan. Bulat-bulat tiru kanun acara jenayah dalam membuat undang-undang, kanun acara jenayah syariah dan juga akta keterangan dengan akta keterangan syariah.

6. Sudah 50 tahun cakap hudud. Hudud sana, hudud sini. Bila dicabar oleh UMNO/ BN buktikan dengan bertulis Hudud yang digembar gemburkan, barulah tergesa-gesa nak membuatnya. Akhirnya dengan pertolongan Bekas Ketua Hakim Negara yang dibuang kerja, maka lahirlah hudud tiruan dari undang-undang jenayah yang ada di Malaysia.

7. Jadi kepada PM, lupakanlah mereka ini. Banyak perkara lain yang perlu seorang PM fikirkaan bagi rakyatnya selain berdebat dan berceramah. Biarlah mereka ini selesa dengan dunianya. Kita mesti hidup berdasarkan realiti................................

1 comment:

  1. Serupalah dengan orang menjual sabun atau ubat gigi (barangan). Begitu juga apabila politiking itu menjadi barangan yang mahu dijual untuk mendapat labanya. Macam2 cara iklannya supaya pelanggan menjadi keliru dan membeli (dalam hal berpolitik memberi undi). Diakhir zaman ini siapakah yang dapat kita harapkan untuk memimpin kita dalam mencari kebenaran.

    ReplyDelete

PETA PELAYAR