FOLLOWERS

Friday 24 July 2009

INKUES : UNDANG-UNDANGNYA ADALAH MANDATORI !


Seperti mana PG tegaskan sebelum ini, inkues adalah undang-undang. Ia ditetapkan di dalam Kanun Prosedur Jenayah. Jadi Inkues adalah mandotori dilakukan dan dikendalikan oleh seorang magistrate yang dilantik sebagai Koroner. Inkues akan dibuat di mana sesuatu kematiaann itu tidak diketahui sebab kematian itu dengan jelas. Jika dari inkues itu, koroner berpendapat bahawa tiada unsur jenayah terlibat dalam sebab kematian itu maka kes akan ditutup.

2. Sekiranya Koroner berpendapat bahawa terdapat unsur jenayah terlibat di dalam sesuatu kematian maka pihak polis akan mengubah Sudden death report ( SDR ) ini kepada kertas siasatan jenayah di bawah sek . 302 ( bunuh ) atau sek 304 (membunuh tanpa niat ). Jadi apa masalahnya dengan inkues ini yang pihak-pihak tertentu menyibok sangat ini.

3. Mereka kerap bercakap agar kerajaan mematuhi undang-undang: maka ini adalah undang-undang.

4. Berita jam 8 malam TV3 tadi : AG telah sahkan bahawa inkues adalah mandatori. Semua Kematian mengejut seperti bunuh diri, kemalangan jalanraya akan diadakan inkues. Jadi apa istimewanya SETPOL ini dari si mati yang lain sehingga satu suruhanjaya ditubuhkan sehingga melanggar undang-undang yang ada?

5. Prof Dato Shah Saleem Faruqi ( Pensyarah undang-undang UITM ) jugaa mengesahkan bahawa inkues adalah mandotori. Tak payah disahkan dia pun tak apa. Buka dannbaca Kanun Prosedur jenayah pun boleh dibaca bahawa Inkues tersebut memang mandatori.

6. Jangan berlebih-lebihlah. Menyampah kalau ramai sangat nak tunjuk pandai dan mulalah nampak kebodohan mereka ini walaupun bergelar peguam. Termasuklah peguam yang amat bijak dan terbijak di Malaysia iaitu Zaid Ibrahim.

7. Kah, kah, kah.............

2 comments:

  1. Depa tak setuju pasal yang sudah-sudah tu banyak kes hilang begitu saja !. Keadilan disorok. Rakyat yang bodoh pun tau benda tu wujud, undang-undang hakim ( Umno / BN ) kata tak dak. Zaid Ibrahim tu dan peguam-peguam lain tu hang ingat depa tu bangang sangat ka ?....

    Jangan lupa kes Lingam , kes mata lebam Anwar Ibrahim dan macam-macam lagi yang masih berbangkit sampai la nie, no !.....

    ReplyDelete
  2. Rakyat dah jelek dgn siasatan polis yg mana byk kes hilang dan ditutup tanpa sebab munasabah.

    ReplyDelete

PETA PELAYAR