FOLLOWERS

Wednesday 22 July 2009

KATANYA KEBEBASAN BERHIMPUN DAN BERSUARA !




Penghuni Gua : Bab berdemo haram ini, memang sejak dahulu kala lagi PG tak setuju. Sebelum ini pun PG sudah katakan berkali-kali bahawa tidak ada alasan untukmereka ini mengganggu hak asasi awam. Undang-undang dan perlembagaan sendiri pun memang memberi hak dari segi kebebasan bersuara dan berhimpun tetapi ada had dan batas serta syarat-syaratnya. ( KLIK ) .

2. Tetapi hari ini PG bukan nak persoal hal ini, cuma nak komen GMI ini yang menyeru PEWARIS guna jalan lain dan masa lain untuk berdemo menyokong dikekalkan ISA.

3. GMI kan pejuang hak asasi kebebasan bersuara dan berhimpun, jadi apa nak sibuk-sibuk meminta PEWARIS guna jalan dan masa serta tarikh demo yang lain. Bebas yang anda perjuangkan. Mengapa sibuk nak komen apa yang PEWARIS buat. Bila, di mana ikut suka PEWARIS le.

4. PG nak pulang semula paku buah keras kepada GMI. Jadi jangan menyibuk tentang hal orang. Itu hak dan kebebasan mereka seperti juga yang anda laungkan. So What ?

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR