FOLLOWERS

Wednesday 22 July 2009

NIZAR LILIN : TGNA TAK BERANI BERI FATWA : BERBELIT !





RANTAU PANJANG: Pas menyerahkan kepada Dewan Ulama untuk mengeluarkan fatwa atau hukuman terhadap tindakan Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Seri Dr Mohd Nizar Jamaluddin, yang menyertai majlis nyalaan lilin di Ipon bagi memperingati kematian Teoh Beng Hock, setiausaha politik kepada seorang Exco Selangor.



Timbalan Pesuruhjaya Pas Kelantan dan Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaacob, berkata pihaknya tidak mahu terburu-buru mengeluarkan sebarang kenyataan dan membiarkan Dewan Ulama Pas untuk kemukakan sebarang pandangan. "Kita serah sahaja kepada Dewan Ulama Pas untuk tentukan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pecah tanah projek fasa kedua di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Zambry yang mahukan ulama Pas memberikan pandangan agama terhadap tindakan Nizar yang menyalakan lilin untuk memperingati kematian Teoh. Di KOTA BAHARU, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, enggan mengulas tindakan Nizar itu. Ketika ditanya, Menteri Besar Kelantan itu sebaliknya mempersoalkan aspek politik mengenai Barisan Nasional (BN) mengambil alih kerajaan negeri Perak.


Nik Abdul Aziz mempersoalkan kesahihan tindakan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambri Abdul Kadir, kerana ianya dianggap bertentangan dengan amalan demokrasi. "Usahkan fatwa Islam, fatwa demokrasi pun dia (Zambri) tak pakai... Itulah jawapan saya, saya dah jawablah tu", katanya kepada pemberita di pejabatnya di Kota Darul Naim. - Bernama

Penghuni Gua : Mengapa Tim. Menteri Besar Kelantan dan TGNA nak berbelit-belit bercakap ni. Haram katalah haram. Takut pulak.

2. Ulama PAS Perak kata tak haram. Nak dengar juga fatwa TGNA. Kalau dah Ulama , mengapa takut nak katakan kebenaran tentang islam. Bimbang hilang sokongan politk ?

3. Mengapa perkara sekecil itu pun nak dirujuk ke Dewan Ulama PAS? Susah sangat ke? Nak kafirkan UMNO dulu pun dan katakan pemimpin UMNO tak beriman tak rujuk pun kepada Dewan Ulama. Mengapa bab ini nak rujuk pula ?

4. Bimbang Ustat Lim Kit Siang marah ke?

5. Bukan bab Nizar tu aje. PG nak juga fatwa DSAI dan Azmin membongkok ke colok dan limau cina tu. Tak haram ke.?

6. Berkatalah benar walaupun pahit. Jangan membelit-belit bab agama ini. Neraka kita nanti. Politik , politik juga, agama jangan dipermainkan.

9 comments:

  1. SLM BRO..SMPI SKRG PAK AJIS TU X BERSUARA SBB DIA SENDIRI DH KELIRU NK GUNA FATWA MERAPU MANA SATU HEHEHE

    ReplyDelete
  2. Salam. N ajis tau kalu ulas terpalit tahi nanti.Tapi percayalah kawan-kawan dia akan kata tak pe. tengok kan aje nanti.

    ReplyDelete
  3. Janganlah sampai ulat naik kemata...benda yang slah perlu diperbetulkan..agama suci jangan dipermainkan...mengata dulang paku serpih..mengatakan kepada orang tapi mereka lagi lebih...ingat...allah melaknat kepada hamba2nya yang melanggar suruhanya.terutamanya syirik.....amin

    ReplyDelete
  4. dalam islam senang saja hukumnya. Lima perkara tak lari dari itu.
    1. wajib 2.sunat 3. haram 4. makruh dan 5. harus.

    ReplyDelete
  5. tq, atas komen. lihatlah gambar dibawah sekali. jika betullah cara dsai dan azmin membongkok depan colok tu mengikut islam, mengapakah yang pakai songkok 2 ke 3 orang tu ( mungkin pemimpin pas kot ) tidak tunduk sama. tunduk le kalau dah halal. kalau haram kena tegur DSAI dan azmin tu kalau anda islam yang sebenar. jangan jadi munafik dan menjual agama kerana politik. tak berani pulak mereka menegur. Inilah kebesaran allah nak tunjukkan perangai ulamak-ulamak hipokrit ini. mengapa mereka diam?

    ReplyDelete
  6. dalam perkara ini harus lihat secara objektif.. ada 3 perkara yang boleh membatalkan iman.. dengan tindakan, percakapan atau pun niat..
    Kalaunak kaitkan isu rasuah, mencuri menipu... itu memang haram dan berdosa.. tetapi akidah tetap pada yang esa..
    kalau murtad, melakukan syirik maka terbtal lah iman seseornag walaupon berada dalam mana2 parti seklaipon, tidak kira pas atau umno..
    Isu ini sangat2 sensitif, melibatkan akidah... bukannya akhlak..

    ReplyDelete
  7. PAS NAK TEGAKKAN ISLAM MELALUI DEMOKRASI? BOLEH KE ISLAM MENANG PINJAM JALAN YG DICIPTA YAHUDI & NASRANI??? RAMAI ORG PAS ISAP ROKOK. ROKOK KAN HARAM DICIPTA OLEH YAHUDI & NASRANI JUGA... BERLAWAN DGN MAKI HAMUN,JERIT PEKIK,MENGUMPAT, KATA MENGATA, DEMONSTRASI,ETC...RASULULLAH TAWAN DGN AKHLAK, KASIH SAYANG, MERENDAH DIRI, HADIS "BERBUATLAH BAIK KEPADA ORG YG BUAT JAHAT KPD KAMU". PAS TAMPAL POSTER PROMOTE PEMIMPIN...RASULULLAH PROMOSI UTK KENALKAN ALLAH, SYURGA, NERAKA,TAKWA ETC...PAS NAK RAKYAT PILIH PEMIMPIN BERIMAN...DLAM SEJARAH PEMIMPIN KEBENARAN ALLAH YG LANTIK SECARA LANGSUNG @ TIDAK LANGSUNG. PAS PAKAI TIE SAMA MACAM PAKAIAN YAHUDI, TAK SELARAS DGN TOK GURU MEREKA. DLAM PAS NAK LANTIK PRESIDEN, ETC KENA UNDI. RASULULLAH & PARA KHALIFAH DILANTIK OLEH ALLAH BKN DGN UNDI. KALAU LANTIK DGN UNDI RAKYAT, NAMANYA WAKIL RAKYAT. KALAU ALLAH YAG LANTIK, PEMIMPIN TU ADALAH WAKIL ALLAH. AKHIR ZAMAN TUNGGULAH AKAN PEMIMPIN KEBENARAN,YG DISEBUT DLM HADIS & ATSAR ADALAH MUJADDID, PEMUDA BANI TAMIM, IMAM MAHADI & NABI ISA... ITULAH PEMIMPIN WAKIL ALLAH... BKN DGN UNDI... KALAU MCM TU APA BEZANYA PAS DGN UMNO YG DIKATAKAN PAS TERHADAP UMNO TU SESAT... TAKYAH CITE PASAL LILIN. PERKARA YG PAS BUAT SKARANG PUN LG YAHUDI & NASRANI...

    ReplyDelete
  8. selalunye bile bab2 pas kena kutuk ni memang pantang.. ade je USTAZ2 yg backup... skang ni manenye.. sorg pon aku tgk xde yg komen... blah la... Hukum halal haram adalah ditentukan oleh pas... HALAL pada mereka maka Sah la hukum itu, tapi kalau HARAM pada mereka maka HARAM la hukum itu..

    ReplyDelete

PETA PELAYAR