FOLLOWERS

Wednesday 22 July 2009

SEBAT WANITA ISLAM MINUM ARAK : KOMEN DANGKAL 2 PEMIMPIN WANITA !






Penghuni Gua : Sudah habis berfikir ke 2 pemimpin wanita dari dua parti berbeza ini? Dato Sharizat Jalil dan DR Lolo? Satu Menteri BN dan seorang YB PAS.

2. Mereka sedar ke apa yang mereka cakap? Apa yang mereka ulas mengenai hukuman sebab seorang wanita islam yang minum arak di Kuantan baru-baru ini.
Shahrizat semalam dipetik sebagai berkata beliau terkejut dengan hukuman yang dikenakan itu

3. Dr Lo' Lo' pula berpendapat bahawa hukuman yang dikenakan sebaliknya perlu bersifat mendidik daripada menyebabkan kesakitan kepada wanita semata-mata untuk membuatkannya berubah.


4. Kedua-dua kenyataan ini adalah perbuatan menghina mahkamah. Gunakan saluran yang beul untuk mengkritik. Keduanya mengapa perlu Sharizat terkejut? Sebagai Menteri beliau wajib mengetahui semua undang-undang yang menyentuh mengenai wanita. Beliau ukan baru di dalam kementerian ini. Mengapa perlu terkejut? Kalau nak ikut islam 40 rotan dikenakan.

5. Dr Lolo pula, pada PG tak perlulah mengajar bagaimana hukuman tersebut akan dijalankan. Semuanya telah diambil kira dan nasihat dari pakar perubatan dan saikologi. Tidak akan luka punggung wanita berkenaan. Tak perlulah komen sehingga seolah kelihatan mahkamah dan pelaksana hukuman tersebut bodoh sangat sehingga tidak mengetahui perkara ini. Ia telah dibawa ke DUN dan dipersetujui oleh DYMM Sultan pahang.

6. Bukannya Baginda DYMM Sultan Pahang tu bodoh sangat seperti anda berdua sehingga sebelum enaakmen itu diluluskan tidak diambil kira perkara ini. Semuanya sama kalau bab hukuman penjara, denda, sebat : baik undang-undang sivil atau syariah akan diminta pandangan semua pihak seperti disebutkan di atas sebelum enakmen dan undang-undang seperti ini diluluskan. Jadi jangan nak menunjuk pandai dan melihat orang lain bodoh. Kalau tak tahu bertanya dulu. Bukan keluarkan komen sebodoh itu.

7. Dr Lolo. Anda juga tak perlu ingatkan , memang hukuman sebat ini ( dalam kes ini ) untuk mendidik dan menyelamatkan wanita. Sebab itu ia tidak akan melukakan apatah lagi akan meyebabkan kerosakan alat peranakan. Ia hanya untuk mendidik dan amat mimima sakitnya. Juga untuk memberi amaran dan ingatan keras kepada pemabuk wanita islam yang lain agar tidak melakukan perkara yang sama.

8. Jadi kepada 2 pemimpin ini, membaca dan belajar le lebih sikit. Buat homework sebelum beri sidang akhbar tu. Jika tidak buruk sangat kelihatannya.

Nota : Semasa nak jalankan hukuman pun , semua pihak ada termasuk Doktor. Bukan main redah macam pukul tikus atau pukul ular. Apa le singkatnya 2 pemimpin ini. Fikir le sebelum bercakap tu. Maruah wanita ini juga dipelihara semasa hukuman dijalankan. 2 pemimpin di disyorkan hadir semasa hukuman sebab wanita ini berjalan supaya mereka tak terkejut lagi pada masa akan datang ..

4 comments:

  1. Nampaknya punahlah harapan hudud untuk dilaksanakan.Bukan saja pemimpin umno,malah pas yg dulu sibuk dgn hudud kesana kemari pun sekarang dah tak mau hudud,hukum yg sedikit2 menyerupai hudud pun dia dah protes,belum lagi hudud.

    Menyesal wa undi lu lo'lo'.Sorrylah lain kali wa nak undi lu!

    ReplyDelete
  2. salam tuan,
    ini masaalahnya apabila pemimpin bercakap ikut sedap mulut, bercakap atas dasar kepentingan politik, soal kebenaran bukan lagi keutamaan, malah sebenarnya mereka sedang cuba merosakkan imej mahkamah syarie dan yang lebih buruk merosak imej agama seolah-olah hukuman yang dikenakan tidak bijaksana...
    apa punya pemimpin!
    terima kasih

    ReplyDelete
  3. Salam tuan, apa yang penting ialah cara pelaksanaan hukuman..adakah selaras dengan kehendak Alquran dan hadis..manusia sememangnyanya bebal dan bodoh..dan terlalu merasa bijak sehingga melihat pernyataan orang lain dari satu sudut sahaja..ini pun bodoh juga..

    ReplyDelete

PETA PELAYAR