FOLLOWERS

Tuesday 21 July 2009

TAMADDUN ISLAM 1


Nota : ini adalah nota-nota kuliah-kuliah lama Subjek Tamaddun Islam yang dihasilkan oleh rakan Che Zaimani semasa kami semua belajar pada 1990an. Mungkin berguna kepada kita semua dan pelajar yang masih menuntut.

Kuliah1

Manusia pada pandangan islam.

Manusia merupakan khalifah allah di Bumi. Manusia adalah tuan dibumi dan sebaik-baik dan secantik-cantik kejadian. Fungsi manusia dijadikan adalah untuk pengabadian kepada tuhan. Tuhan memuliakan manusia dan tidak boleh diganggu gugat kecuali dengan hak dan tidak boleh dihina samada hidup atau mati.

Adam dijadikan untuk disujud oleh mahluk lain dan dimuliakan, tetapi iblis mempertikaikan arahan tuhan tersebut dengan alasan iblis dijadikan dari api yang lebih mulia dari manusia. Akibat dari itu syaitan akan di laknat oleh Tuhan. Oleh sebab ini iblis berazam untuk menarik semua manusia supaya di laknati sama.

Adam memohon keampunan kerana memakan buah kurdi tetapi syaitan tidak dan oleh kerana itu iblis akan di laknat sampai bila-bila.

Sifat Allah adalah semua maha dan tidak boleh di bincang, bahas atau dibantah.Mempertikai adalah sifat iblis.Larangan mendekati adalah lebih kurang dari melakukannya ini seperti zina,minum arak,berjudi.

Manusia diukur sejauh mana tujuan ia diciptakan untuk pengabadian kepada tuhan iaitu beriadah. Allah melarang menceroboh dalam apa keadaaan sekalipun kepada manusia. Tidak boleh membunuh manusia kecuali dengan hak. Pembunuhan dibalas dengan pembunuhan, nyawa dengan nyawa, mata dengan mata, hidung dengan hidung, telinga dengan telinga dan bagitulah seterusnya iaitu hukuman yang setimpal. Islam membenarkan orang yang diceroboh menceroboh kepada orang yang mencerobohnya dengan tindakan yang serupa, tetapi jika tidak dipastikan tahap pencerobohan yang hendak dilakukan maka disyaratkan untuk tindakan yang lain. Orang yang mencuri tangannya di potong dan disebut lelaki dulu dan berzina hendaklah disebat. Didalam Quran disebut perempuan dulu.

Dua jenis kesalahan:

i. Menceroboh hak orang dan boleh diberi kemaafan.
ii. Menceroboh hak allah dan hak awam. Contohnya seperti zina, curi,murtad.

Mazhab timbul kerana pemahaman yang berbeza terutamanya pada perkataan yang mempunyai dua makna seperti `korup` bermaksud haid atau suci.

Jika manusia pada fitrahnya maka dia tidak boleh diceroboh kecuali dengan hak. 5 perkara yang dijaga di ceroboh dalam islam adalah atau dipanggil dasar tamadun islam.

i. Ugama.
ii. Nyawa.
iii. Keturunan.(maruah)
iv. Harta.
v. Akal fikiran.

Akal manusia tidak mampu untuk mengetahui ciri-ciri tuhan dan hanya boleh mengetahui satu kuasa besar. Satu kuasa besar inilah yang disembah oleh semua orang dengan cara yang berbeza.

Ciri-ciri tuhan boleh hanya boleh diketahui satu kuasa besar. Satu kuasa besar inilah yang disembah oleh semua orang dengan cara yang berbeza.

*Tambahan nota
Islam.

Islam bermaksud berserah ,tunduk dan patuh.

Agama.

Kepercayaan atau kefahaman mengenai tuhan. Ia dikait rapat dengan ibadat.

Ibadah.

Apa yang dilakukan oleh hamba untuk tuanya.

Tamadun.

Kebudayaan,peradaban,kemajuan.

Konsep manusia.

Berlegar pada 3 pokok utama iaitu dari mana kita datang, kenapa kita di datangkan dan kemana kita akan pergi.

Konsep masyarakat.

Hak untuk hidup- manusia tidak boleh berbunuh antara satu sama lain.

Hak untuk bebas – Tiada seorangpun boleh menceroboh kebebasan orang lain.

Maruah dan hak peribadi - nilai diri dan nama baik seseorang tidak boleh dijatuhkan.

Hak berfikir,beragama dan mengeluar pendapat.

Hak sama rata.

Keadilan dan kehakiman – berdasarkan quran dan sunnah.

Konsep sejarah – sejarah dijadikan mekanisme untuk dijadikan panduan dan teladan atau sempadan.

Tuhan dan manusia.

Manusia adalah ciptaan allah yang paling istemewa dan terbentuk dari roh dan jasad. Ia berbeza dari haiwan kerana boleh mempunyai ilmu pengetahuan dan boleh berfikir. Manusia pula tidak boleh hidup bersendirian tanpa mahluk lain.

Keistemewaan manusia bergantung kepada kadar kepatuhan kepada nasihat dan arahan Allah secara sedar dan bukan secara ikutan. Sifat semulajadi manusia adalah suka akan kebaikan. Antara tugas utama manusia kepada tuhan adalah melakukan ibadah. Ibadah adalah pembuktian ketaatan manusia kepada tuhan. Hubungan manusia dan tuhan dapat di realisasi melalui ibadah. Manusia juga harus melengkapkan diri untuk hari pembalasan. Kejadian alam adalah untuk di manafaat oleh manusia. Manusia juga di kehedendaki menjaga alam.

Konsep huquq allah:

i. Manjadikan manusia, tetapi allah tidaklah wajibkan menjadikan manusia.
ii. Meletakkan garis panduan melalui sunnatu`Llah atau sunah alam(tabiat semula jadi) dan kedua adalah wahyu.
iii. Memberi kebebasan kepada manusia memilih antara baik dan buruk.
iv. Hak allah keatas manusia adalah menunaikan amanah yang telah diwajibkan oleh allah.

Konsep Huquq al- `Ibad.

i. Mengenal diri dan pencipta.
ii. Mengatahui garis panduan dan pedoman.
iii. Memilih perkara yang baik.
iv. Menunaikan ibadah.
v. Persediaan untuk hari pembalasan.

Konsep Huquq al`Alam.

i. Alam ada permulaan dan penghujong iaitu akan hancur.
ii. Alam dijadikan untuk keperluan manusia untuk mendapat makanan dan sebagainya.
iii. Manusia dikehendaki manjaga alam.
iv. Alam yang dicipta merupakan tanda kebesaran allah di mana manusia tidak mampu memikirkannya.

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR