FOLLOWERS

Wednesday 22 July 2009

TAMADDUN ISLAM 2


Nota : Ini adalah nota-nota kuliah-kuliah lama Subjek Tamaddun Islam yang dihasilkan oleh rakan Che Zaimani semasa kami semua belajar pada 1990an. Mungkin berguna kepada kita semua dan pelajar yang masih menuntut. Ini hanya ringkasan dari kuliah. Pembacaan tambahan perlu.

Kuliah2

Akal Manusia.

Al Isfhfn dan Al –Ghazali - Akal manusia terbatas dan tidak mampu menyelami kuasa maha besar dan kemahuan kuasa itu. Oleh itu kuasa itu sendiri hendaklah memberitahunya. Oleh itu tuhan telah menurunkan malaikat Jibril menerusi nabi Muhamad untuk menyampai wahyu.

Oleh kerana ujud berbagai berbagai pemikiran apakah kemahuan kuasa maha besar tersebut makalah ujudlah berbagai penyembahan/sajian sebagai tanda kepatuhan untuk mendapat kebahagian di dunia.

Ibadah.

Ketundukan jiwa akan kebesaran dan mengakui kebesarannya dan tidak boleh mengabadi diri selain dari Allah. Apa yang dilakukan oleh hambanya untuk tuannya.

Hikmat ibadah – menunjukan kesyukuran atas nikmat yang dikurniakan oleh Allah. Walau bagaimanapun sifat manusia hanyalah suka menerima dari memberi dan tidak bersyukur. Untuk menunjukan kesyukuran ini manusia hendaklah mengerjakan ibadah iaitu hak allah terhadap manusia. Hak hamba atau manusia adalah tidak boleh diseksa bagi yang tidak mengutuinya. Ibadah adalah dalam berbagai bentuk dan ibadah mutlak adalah kesyukuran.Setiap ibadah hendaklah di iringi dengan niat. Sebenarnya sebarang perkara yang telah dimulai dengan niat telah mendapat balasan pahala tidak kira samada perbuatan baik yang niat dilakukan telah dibuat atau tidak.

Nikmat Allah yang paling besar kepada manusia adalah nikmat mengenal Allah. Di dalam Islam 1/3 Ibadah manusia adalah dalam bentuk kemanusiaan.

Pembentukan Negara Islam.

Pembentukan negara islam bermula semasa penghijrahan Nabi Muhamad dari Mekah ke Madinah pada 1 Muharam (622 M) akibat tindakan kafir Qurish.

Tugas negara Islam adalah untuk menjalankan perintah Allah iaitu seperti mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berbuat baik dan melarang perbuatan jahat.

Al Quran dan Sunnah merupakan perlembagaan untuk menyelesaikan segala masalah dalam kehidupan.

Pada masa tersebut Nabi Muhamad sebagai ketua agama Islam memainkan dua peranan :

i. Sifatnya sebagai Rasul menerima wahyu dari Allah.
ii. Sifat sebagai pemerintah untuk mentadbir negara mengikut garis dalam islam.

Semasa pemerintahannya (13 tahun di Mekah dan 10 tahun di Madinah) sekiranya tidak ada peraturan khusus Nabi Muhamad akan menunggu Wahyu dari Allah dan jika tidak wahyu itizat iaitu pemikiran secara mendalam digunakan untuk membuat keputusan. Sifat wahyu diturunkan adalah sedikit demi sedikit mengikut kejadian. Pemerintah rasul pada masa itu adalah terpelihara dari kesalahan dan kesilapan.

Berbeza dengan sistem Barat di mana rakyat bebas memilih jenis pemerintahan yang di kehendaki, tetapi dalam islam ianya terbatas dan terikat kepada Al Quran dan Sunnah.Apa yang di haramkan oleh Allah tidak boleh di halalkan.

Sumber pemerintahan bukan kehendak pemerintah atau rakyat, tetapi mengikut kehendak Allah dan perlembagaan ciptaan Allah yang bersifat abadi dan tidak boleh dipinda.

Objektif kerajaan Islam.

i. Melaksanakan undang-undang islam ke atas rakyat dan menegakkan keadilan islam dan syariat islam dalam kehidupan masyarakat seperti politik dan kekeluargaan. Islam hendaklah ditegakkan kepada bukan islam dalam peraturan umun dan dalam perkara khusus mereka bebas memilihnya sendiri.
ii. Mendakwa kepada masyarakat lain tentang islam dan melakukan jihad.

Pembentukan khalifah.

Rasullah pada masa itu adalah pengubal undang-undang,pelaksana dan hakim. Walau bagaimanapun setelah wafat beliau tidak memberitahu cara pemerintahan kecuali perkara dasar. Khalifah adalah orang yang mengganti Rasullah.

Cara pemilihan khalifah.

Pada peringkat awal cara pemilihan khalifah telah menjadi pertikaian. Mazhab Syi`ah menyatakan ianya hendaklah di pilih oleh Nabi dan berdasarkan waris yang berasaskan nas-nas yang tidak dapat disahkan. Mahzab Ahlussunah pula menyatakan pemilihan dibuat melalui orang ramai atau majlis syura dan Bay`yah.

Proses pemilihan khalifah terdapat 3 cara :

i. Melalui majlis syura iaitu perundingan beramai-ramai. Cara ini digunakan semasa pemilihan khalifah Abu Bakar.
ii. Mengusulkan seorang calon oleh khalifah terdahulu untuk dipilih oleh orang ramai. Cara ini digunakan oleh Khalifah Abu Bakar semasa sedang sakit telah mengusulkan Umar sebagai khalifah dan telah di sokong.
iii. Mengusulkan beberapa orang calon untuk dipilih oleh orang ramai. Cara ini digunakan oleh khalifah Umar semasa sedang sakit tenat di tikam musuh telah mengusulkan 6 nama untuk dilantik sebagai khalifah.
iv. Diusul oleh sekumpulan masyarakat. Cara ini seperti perlantikan Saidina Ali yang dicalonkan oleh sekumpulan pemberontak dari Mesir.

Nota: pada ii dan iii di anggap satu kerana diusulkan oleh khalifah terdahulu.

Tugas khalifah adalah agama dan keduniaan iaitu

i. Mentadbir urusan agama.
ii. Mentadbir urusan keduniaan.
iii. Memimpin ummah kejalan yang di redai.

Syarat menjadi khalifah

i. Islam.
ii. Lelaki merdeka iaitu bukan hamba dan baligh
iii. Bersikap adil ,berakhlak dan tingkahlaku baik seperti menjauhui maksiat.
iv. Mempunyai ilmu mendalam.
v. Sempurna pacaindera dan berakal.
vi. Berani/berkemampuan dan berwibawa seperti melaksanakan undang-undang.

Khalifah Abu Bakar.

Khalifah pertama yang dilantik selepas nabi Muhamad Wafat.Nama sebenar adalah Abdullah Ibni Abi Qahafah Kaum ansar membantah pada permulaannya kerana beliau bukan dari kaum ansar (masyarakat Madinah) tetapi beliau lebih mendapat sokongan ramai kerana pernah mengimankan sembahyang semasa ketiadaan nabi, membenarkan ceritakan nabi naik ke langit semasa israj dan mekraj serta bersama nabi berlindung di dalam gua semasa diserangkan oleh kafir.

Orang-orang Ansar telah berkumpul di Saqifah Bani Sa`idah setelah rasullah wafat dan ingin melantik Saad Bin Ubadah sebagai khalifah yang pada itu sedang sakit. Pebincangan melantik ini ketahui oleh Umar dan lalu memberitahu kepada Abu Bakar yang kemudiannya telah pergi ke tempat tersebut dan berpidato :

“ Hai golongan Ansar ! Tak siapapun boleh menafikan kelebihan kamu dalam menegakkan agama Islam, dan tiada siapa yang boleh mendahului kamu dalam memberi sumbangan besar kepada Islam. Allah meredai kamu menjadi penolong kepada agama dan Rasulnya. Rasul berhijrah menuju kamu. Kebanyakan isteri dan sahabat baginda adalah kalangan kamu. Tiada lagi Mujahirin yang selepas kami yang menyamai kamu, jadi kami adalah amir ( pemerintah) dan kamu adalah wazir (menteri) ,janganlah kamu mengambil keputusan dengan bermesyuarat golongan kamu bersendirian, dan janganlah membuat keputusan tanpa penyertaaan orang lain”.
Setelah itu Abu Bakar telah mencadangkan Umar dan Abu Ubaidah sebagai khalifah. Umar kemudian berseru dengan disokong oleh Abu :

“ Demi Allah saya tidak akan memegang jawatan ini sedangkan engkau lebih afdal dan lebih utama dalam golongan Muhajirin yang masih ujud ,dan engkau khalifah Rasullah dalam mengimankan solat. Hulurkan tangan kamu untuk kami Bai`yahkan kamu”.

Orang lain turut serta Bai`yah kepada Abu Bakar. Pada keesokan harinya Abu Bakar muncul dikhalayak ramai dan membuat ucapan ikar dan janjinya :

“ Hai kaum muslimin saya telah diangkat sebagai pemimpin kalian, dan saya bukanlah terbaik diantara kalian, maka jika saya benar melakukan kebaikan, bantulah saya dan berilah sokongan, dan jika saya salah perbetulkanlah! Orang yang lemah diantara kalian menjadi lemah di sisi saya, hingga saya serahkan haknya kepadanya! Orang yang kuat diantara kalian menjadi lemah di sisi saya,hingga saya ambil yang bukan haknya daripada saya”

“Taatilah saya salaam saya mentaati Allah dan RasulNya!. Jika tidak saya tidak mentaati Allah dan RasulNya ,maka tidak ada kaharusan bagi kalian mentaati saya!”

Petikan penting:

Jika berlaku kebenaran bantulah saya dan jika berlaku kesalahan betulkan saya.

Patuhilah saya selagi saya mentaati Allah dan Rasul.

Dari ucapan dasar ini bolehlah dibuat kesimpulan islam telah menggariskan pemerintahan telus, hak kerajaan dan hak rakyat dan tanggungjawab masing-masing mengikut Al Quran dan Sunnah.

Corak pentadbiran Abu Bakar.

i. Mengikut Al – Quran dan Sunnah.
ii. Mengukuhkan islann selepas nabi wafat.
iii. Menentangkan gerakan Ar Riddah.
iv. Meneruskan gerakan islam untuk meluarkan empayar islam.
v. Mengarahkan Zaid Bin Thabit mengumpul ayat-ayat quran memandangkan ramai ulama mati syahid.
vi. Melantik Umar sebagai pengganti.
vii. Menegakkan kekuatan islam.
viii. Menyatu padukan umat islam.

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR