FOLLOWERS

Sunday 26 July 2009

TAMADDUN ISLAM 5


Kuliah5
Tamadun Islam
Peperangan Shiffin
.


Peperangan Shifin berlaku antara tentara Ali dan Muawiyah. Walaupun Ali menang dalam peperangan Jamal namun bagitu dikatakan 5000 orang tentera dikata gugur dan melemahkan kekuatan tentera Ali. Banyak juga kelengkapan tentera telah musnah dalam peperangan ini. Perasaan dendam yang amat sangat dari kalangan pengikut Aishah di Madinah dan Mekah ujud akibat dari keluarga mereka telah mati atau cedera dalam peperangan Jamal.

Tentera Ali pula masih baru dan hubungan masih lemah dan Ali tidak mempunyai kuasa sepenohnya keatas mereka. Berbeza dengan Muawiyah , Ali tidak membelanjakan harta Bayt Mal dengan sewenangnya dan tenteranya tidak mendapat kemewahan seperti yang dilakukan oleh Muawiyah.

Muawiyah mempunyai kelebihan sebagai seorang politikus yang cekap dan pandai mengambil hati dengan memberi kebendaan dan janji-janji manis. Dia pula telah bersahabat dengan Amru Bin al”As seorang yang mahir dalam tipu muslihat.

Semasa peperangan Jamal berlaku, Muawiyah mengambil peluang mengukuh kekuatan tenteranya dan membangkitkan kemarahan penduduk mengenai pembunuh Uthman dengan menyatakan Ali bersubahat dalam pemberontakan tersebut. Baju Ali berlumuran darah dan kepingan jari isteri Uthman dibawa keatas minbar dijadikan asas untuk membangkitkan semangat membenci Ali.

Penduduk Syam juga beranggapan dengan Ali sebagai khalifah maka jawatan khalifah akan berkisar dikalangan Bani Hashim sedangkan hak khalifah untuk umat islam seluruhnya. Mereka juga telah lama selesa dibawah Muawiyah dan tidak ada sebab untuk mengubah kepimpinan.

Diatas sebab diatas belakulah peperangan ditempat bernama Shiffin.

Peringkat awal Ali menawarkan untuk berdamai dengan menghantar beberapa surat utusan kepada Muawiyah dan tidak di terima. Peringkat pertama peperangan tentera Muawiyah berjaya menguasai sumber air dan berjaya menghalang tentera Ali dari mendapatnya.

Peperangan telah berlaku selama beberapa hari. Orang yang paling menonjolkan dalam peperangan ini adalah ketua tentera Ali bernama Malik al- Asytar yang mempunyai kepahlwanan tersendiri dan dibantu dengan tentera yang bersemangat telah berjaya meraih kemenangan dalam baberapa hari.

Faktur lain yang menjamin kejayaan Ali adalah keyakinan yang amat kuat kepada a dan Qadar. Ini dapat dilihat apabila setiap kali Ali keluar ke Shifin beliau akan berucap :

“Hari apa pun aku tidak dapat elak dari kematian, Jika hari yang tidak ditakdirkan aku mati, aku tidak gentar menghadapinya dan jika hari yang ditakdirkan aku mati, aku tidak akan terlepas dari mati walaupun berhati-hati”.


Muawiyah apabila mengetahui tanda-tanda kekalahannya telah menjerit kepada Amru “ Segera cari tempat perlindungan, kita akan binasa”. Amru kemudian berkata kepada tenteranya “ sesiapa yang ada Quran ikat pada tombak dan angkatnya”. Tenteranya kemudian mengangkat dan berkata “ Kitab Allah yang menghukum diatara kita”.

Seruan itu telah mendapat simpati sebahagian dari tentera Ali yang telah keletihan dalam peperangan. Ali masih tetap ingin meneruskan peperangan sehingga mendapat kemenangan sempurna. Ada yang tidak bersetuju dengan arahan Ali dan mendesak supaya peperangan di istiharkan di hentikan.

Ada diantara mereka berkata “ Mereka mengajak kita berpegang kepada kitab Allah, tetapi kamu mengajak kami supaya meneruskan peperangan”. Ada pula yang mengugut untuk membunuh Ali sekiranya tidak dihentikan peperangan.

Dalam riwayat cerita yang lain oleh Ibn Qutaybah menceritakan kekalahan Muawiyah telah jelas dan mereka mula begelabah. Pada malamnya Ali memberitahu penduduk Syam dia sendiri akan berperangan pada keesokan hari untuk menentukan kemenangan sempurna. Apabila perkara ini ketahui oleh Muawiyah ,mesyuarat terus dijalankan dengan Amru. Amru berkata dalam mesyuarat itu

“ Kamu tidak akan mampu menentangnya , bagitu juga dengan aku. Kamu berperang untuk satu matlamat dan Ali menentangkan kamu untuk tujuan yang lain. Kamu ingin terus hidup sedangkan Ali mahu mati. Penduduk Syam tidak takut kepada Ali seperti penduduk Iraq. Segeralah seruan kepada Kitab Allah untuk mencapai keinginan kamu sebelum kuku Ali mencangkar dan melukakan kamu”.

Muawiyah telah mengarahkan kepada penduduk Syam supaya menjerit pada waktu malam “ Wahai Abal Hassan, siapa yang akan mejaga zuriat kami dari bangsa Rom ini sekiranya kami terbunuh. Allah yang kekal dan hanya kitab Allah antara kami dan kamu”. Pada kesokan harinya mereka menjulang Quran di tombak dan dileher kuda.

Dengan cara demikian Ali telah kalah. Ahli sejarah mempaparkan Ali telah kalah dengan tipu helah. Mengikut Shalabi ini disebabkan Ali tidak mementingkan keduniaan keatas ugamanya dan disebabkan tenteranya berpuak-puak dan Ali tidak mempunyai kuasa sepenohnya.

Muawiyah menjelaskan sebab kemenanganya adalah “ aku sembunyikan rahsia ku, Ali seorang yang lurus menjelaskan segala-galanya, Tentera aku patuh pada ku dan aku mementingkan kebajikan mereka, manakala tentera Ali seburuk-buruk tentera dan mengingkari perintah Ali.

Aku membiarkan peperangan Jamal berlaku, jika Aishah menang , lebih mudah bagiku menghadapi Ali, jika Ali menang aku mempunyai persiapan rapi untuk menuntut bela atas kematian yang berlaku dalam peperangan itu. Aku lebih disukai oleh kaum Qurish”.

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR