FOLLOWERS

Wednesday 29 July 2009

TAMADDUN ISLAM 7






Nota : Ini adalah ringkasan nota-nota kuliah-kuliah lama Subjek Tamaddun Islam yang dihasilkan oleh rakan Che Zaimani semasa kami semua belajar pada 1990an. Mungkin berguna kepada kita semua dan pelajar yang masih menuntut. Ini hanya ringkasan dari kuliah. Pembacaan tambahan perlu.

Kuliah7

Maslahah.


Sumber Perundangan Islam yang utama adalah :

i. Quran.
ii. Sunnah.
iii. Ijmak.
iv. Qiyas.
v. Maslahah.

Maslahah adalah sumber perundangan Islam yang tidak mendapat kata sepakat ulama. Maslahah bermaksud sesuatu yang memberi kebaikan/faedah dan menghidarkan mudarat kepada manusia. Syarak yang menentukan sesuatu itu adalah maslahah. Maslahah terbahagi kepada tiga ketegori :

i. Maslahah yang diperakui oleh syarak.

ii. Maslahah yang tidak diperakui oleh syarak atau telah dibatalkan oleh syarak atau ada dalil yang membatalkanya.

iii. Maslahah yang tidak ada dalil syarak samada memperakui atau sebaliknya.

Maslahah yang diperakui oleh syarak.

Maslahah ini terbahagi kepada 3 iaitu :

i. Maslahah asasi - asas kepada kehidupan manusia dan tidak boleh dicerobohi iaitu 5 perkara:

i. Agama.
ii. Nyawa.
iii. Akal Fikiran.
iv. Keturunan.
v. Harta Benda

ii. Maslahah keperluan – bagi mengelak manusia dari kepayahan contohnya haruskan berbuka puasa bagi orang yang musafir.

iii. Maslahah yang menyempurnakan –bertujuan untuk mengelak kacau bilau dan menjaga kesempunaan atau sopan contoh. Contoh :

i. Islam mengharuskan makan dengan membaca bismillah dan dengan tangan kanan.

ii. Berpakaian baru semasa hari raya.

Maslahah yang tidak diperakui oleh syarak atau telah dibatalkan oleh syarak atau ada dalil yang membatalkanya. Contohnya:

i. Poligami adalah diharam tetapi telah dibenarkan dengan syarat lelaki boleh berlaku adil dan terdapat dalil dari Quran. Tujuannya adalah untuk zuriat dan mengawal nafsu.Maslahah ini telah dibatal kerana terdapat dalil

ii. Lelaki yang mencampuri isteri pada siang hari pada bulan puasa hendaklah membebaskan seorang hamba berdasarkan Quran dan dengan ini membatalkan maslahah sebelum ini yang menghendaki berpuasa selama 2 bulan secara berturut-turut.

Maslahah yang tidak dalil syarak yang memperakui atau sebaliknya.

Ini berdasarkan matlamat umum syariat islam untuk kesejahteraan. Maslahah ini jika digunakan boleh mendatangkan kebaikan /memberi manafaat dan menolak kemudaratan. Oleh kerana memberi manafaat maka disimpulkan sebagai hujah kepada syariat islam untuk dijadikan alasan hukum. Ianya boleh gunakan selagi tidak berlawanan dan tertakluk kepada masa dan tempat. Dengan perkataan lain corak pembentukan maslahah ini adalah boleh disesuai mengikut keadaan tempat dan masa. Jika tidak ada maslahah sebegini ia akan membekukan syariat islam. Contoh-contoh :

i. Undang-undang trafik tidak ada di zaman nabi tetapi diterima untuk diikuti pada masa sekarang.

ii. Saidina Abu Bakar telah membukukan Quran atas cadangan Saidina Umar. Dijawab perkara ini tidak pernah dilakukan semasa zaman nabi. Tetapi diterima setelah Saidina Umar menyatakan ianya adalah untuk maslahah umat manusia.

iii. Kisah seorang lelaki tampan telah cukurkan kepala dan dihantar ketempat lain sebagai maslahah dari menggoda gadis.

Syarat-syarat masalahah.

i. Maslahah itu mestilah hakiki dan bukan bersandarkan andaian atau sangkaan ;

ii. Berpandu kepada sangkaan ini tidak boleh dijadikan dasar kepada hukum. Contohnya pernceraian hanya boleh dibuat oleh Kadi saja dan ini dianggap mempunyai kebaikan. Tetapi perkara ini tidak boleh dilakukan oleh kerana ia berdasarkan paksaan undang-undang dan bukan hasil kasih sayang suami isteri.

iii. Ia mestilah merupakan permasalahan umum.

iv. Ianya mestilah bersesuaian dengan syariat islam.

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR