FOLLOWERS

Monday 27 July 2009

TAYAR CELUP : PENJELASAN DATO SURET SINGH JKJR !


Nota : Penjelasan daripada YBhg Dato Suret Singh Ketua Pengarah JKJR berkaitan dengan tulisan PG atas tajuk : TAYAR ANTARA PUNCA KEMALANGAN Friday, 10 July 2009.


Suret Singh said...


Kempen Keselamatan Tayar yang bsedang berjalan mesasarkan untuk menangani masalah kegunaan tayar toreh bagi kenderaan persendirian ia itu tayar yang di toreh semula selepas botak.JKJR telah menjelaskan bahawa tayar celup tidak ada isu keselamatan atau dalam ertikata lain ianya selamat di gunakan bahkan ada piawaian Sirim bagi tayar celup .

Sebagai centuh 80% daripada industri penerbangan gunakan tayar celup dan tidak ada isu keselamatan.Satu lagi aspek yang di sasarkan ialah msaalah kegunaan tayar yang biasa di gunakan semasa musim salji di negara barat dan di tukar kepada tayar biasa selepas musim salji di bawa seludup ke Malaysia dan di gunakan ilih kenderaan barangan.

Amalan ini mengundang risiko meletup dalam perjalanan kerana tidak tidak tahan cuaca panas di Malaysia terutama semasa perjalanan jauh.Keempat-empat Persatuan Tayar terlibat bersama untuk menjayakan kempen ini.

Semua Syarikat tayar,pengedar tayar,NGO dan agensi Kerajaan yang relevan telah beri kerjasama dan turut bersama menjayakan kempen ini.Impak kempen in akan di nilai olih MirosKeadaan tayar yang tidak berkualiti menyumbang pada hampir 10 hingga 15% peratus daripada kemalangan di jalan raya dan bukan 0.01% seperti di dakwa.Kempen ini di jalankan atas permintaan Kementrian Pengangkutan dan tidak ada niat selain daripada sasaran kempen yang di nyatakan di atas.

Suret.JKJR
27 July 2009 16:55


Penghuni Gua : Terima kaseh YBhg Dato Suret diatas respon yang diberi. Mungkin dalam 2 ke 3 perkara , pihak saya terlepas pandang faktanya. Apa pun PG mengucapkan ribuan terima kaseh kepada YBhg Dato kerana sudi respon di atas pandangan di blog saya.

2. Pihak saya menyiarkan sepenuhnya penjelasan dan pandangan YBhg Dato , agar ia lebih memberi kefahaman kepada semua pengguna kenderaan di negara ini dan rasional mengapa JKJR mengambil langkah sedemikian.

3. Tq. YBhg Dato Suret.

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR