FOLLOWERS

Monday 24 August 2009

4 PEROMPAK DITEMBAK MATI : TAHNIAH PDRM !


Berita Harian

24 ogos 2009

4 perompak ditembak selepas serang polis



SEREMBAN: Empat perompak yang dipercayai warganegara Indonesia mati ditembak selepas cuba menyerang polis dengan parang panjang dan pistol jenis revolver di sebuah terowong kecil di bawah Kilometer 276.3 Lebuhraya Utara Selatan di sini, jam 5.20 pagi tadi.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh, berkata penjenayah yang memandu kereta Wira Aeroback dengan nombor pendaftaran WJP5728 sebelum itu ditahan pasukan polis yang melakukan rondaan cegah jenayah di kawasan Labu.

"Mereka berhenti tetapi apabila anggota kita keluar dari kereta, penjenayah terus memecut ke arah Nilai dan masuk ke jalan kuari sebelum terlanggar tengah terowong dalam ladang Sime Darby," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Tahniah PDRM Kontinjen Negeri Sembilan. Jangan bagi muka kepada penjenayah seperti ini. Keselamatan anda paling utama.

2. Komitmen anda dihargai dan diluar ini masih ramai yang hargainya. Persetankan kepada pejuang-pejuang hak asasi ini. Mereka semua pun bukannnya ambil berat hal anda. Teruskan tembakan anda. Sebahagian besar rakyat Malaysia ini masih bersama anda semua.

3. Tahniah PDRM.

1 comment:

  1. Tahniah Kepada PDRM...hapuskan penjenayah busuk ni.

    ReplyDelete

PETA PELAYAR