FOLLOWERS

Sunday 23 August 2009

EXCO PKR KELUAR PARTI : KEMENANGAN AWAL RAMADHAN !


Berita Harian

23 ogos 2009

2 pemimpin Kedah keluar parti
Oleh Azman Mahmood



KUALA LUMPUR: Dua pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kedah, termasuk seorang anggota exco kerajaan negeri, mengumumkan keluar parti itu semalam. Mereka terbabit ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lunas, Mohd Radhi Salleh yang juga Exco Pelancongan, Pembangunan Masyarakat dan Sumber Tenaga Manusia. Beliau bagaimanapun mengekalkan jawatan exco kerajaan negeri.

Seorang lagi Pemangku Ketua Bahagian PKR Padang Serai, Jamaludin Abu Hassan. Serentak dengan itu, Jamaludin juga membubarkan seluruh jawatankuasa PKR bahagian Padang Serai. Pengumuman itu dibuat dalam satu sidang akhbar di Kuala Lumpur, semalam oleh kedua-dua belas pemimpin PKR itu.

Penghuni Gua : Bravo. Kemenangan awal Ramadhan. PG berpendapat PRK Permatang Pasir pun dalam genggaman. Sebab itu dalam segala hal kita semua jangan ego dan bongkak.

2. Dengar katanya : Jamaluddin iaitu pemangku Ketua bahagian PKR Padang Serai, Jamaluddin Abu Hassan, bahawa tindakan YB Gobala di hari penamaan calun PRK Permatang Pasir adalah atas arahan sesumpah politik iaitu DSAI. Jamaluddin menegaskan bahawa beliau mempunyai rakaman sesumpah politik DSAI ini yang mengarahkan Gobala membuat kacau di PRK Permatang Pasir hari itu.

3. Semuanya kerana sesumpah politik ( DSAI ) . Dalam minggu ini mungkin Sesumpah ini akan bertukar warna kerana kepanasan disebabkan exconya sudah keluar parti. Apa warna sesumpah politik ini dalam minggu ini ye bagi membuat back up ! Kita sama-sama lihat dan nantikan !

2 comments:

  1. tok sah percaya la semua tu...nanti sure DSAI akan pergi jumpa balik exco tu dan semua akan 'selesai' sebelum PRK permatang pasir..kemudian UMNO jugak dipersalahkan...dah byk kali jadi..xamek pengajaran ke ???

    ReplyDelete
  2. harap2 kemenangan PRK dlm bulan puasa ini akan diperolehi. apa pun, jangan yakin sgt. yang penting berusaha menyakinkan rakyat...

    ReplyDelete

PETA PELAYAR