FOLLOWERS

Monday 17 August 2009

INKUES KEMATIAN SETPOL : SELAMAT SPRM !





SHAH ALAM 17 Ogos – Pakar perunding kanan perubatan forensik, Dr. Khairul Azman Ibrahim memberitahu mahkamah koroner beliau tidak menjumpai sebarang bukti untuk menyokong teori kematian Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock akibat dibunuh.

Katanya, beliau sendiri tidak akan teragak-agak untuk mengatakan ia adalah kes bunuh sekiranya menemui sebarang fakta-fakta yang disyaki berkaitan dengan teori tersebut.

Walau tidak menyoal pegawai-pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), beliau turut menyiasat tempat kejadian dan menemubual keluarga selain bergantung kepada hasil bedah siasat, laporan asid deoksiribonukleik (DNA) serta toksikologi sebelum membuat kesimpulan tiada unsur-unsur pembunuhan dalam kes itu. - Utusan.

Penghuni Gua : Patalogist sudah sahkan bahawa SETPOL gtersebut bunuh diri. Maka selamatlah SPRM. Lain kali SPRM perlu lebih cermat dalam mengawal dan menjaga keselamatan saksi selagi ia masih di dalam kawalan anda.

2. Jangan lagi pisang berbuah 2 kali. Dan satu komen juga yang perlu di catit ialah SPRM jangan lagi bertindak bacul seperti di dalam kes tangkapan Wong tempoh hari. Amat memalukan sekali SPRM balik dengan tangan kosong.

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR