FOLLOWERS

Tuesday 25 August 2009

INKUES TEOH : SURAT LAYANG PUN NAK DITANDA SEBAGAI BAHAN BUKTI ! SUDAHLAH !

25 ogos 2009

SPRM tak terlibat


Oleh NORAZLITA MOHD. SIESdan NOOR AZMAH IBRAHIMpengarang@utusan.com.my


SHAH ALAM 24 Ogos – Tiada sebarang bukti mahupun fakta baru diperoleh hasil siasatan yang dijalankan oleh polis berhubung isi kandungan `surat misteri’ yang kononnya dapat membantu inkues siasatan kematian Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock.

Malahan hasil ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dijalankan ke atas sampel 12 pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor termasuk Timbalan Pengarahnya, Hishamuddin Hashim yang diambil sekali lagi pada Rabu lalu turut disahkan tidak sepadan dengan dua DNA yang tidak dikenali pada kot dan tali pinggang Beng Hock.

Peguam yang mewakili kerajaan Malaysia, Tan Hock Chuan menegaskan demikian di Mahkamah Koroner di sini semasa menjawab lima tohmahan yang dibangkitkan dalam surat misteri itu pada prosiding inkues siasatan kematian Beng Hock yang masuk hari ke-13 hari ini.

Pada 19 Ogos lalu, peguam pemerhati keluarga Beng Hock, Gobind Singh Deo menarik perhatian Koroner Azmil Muntapha Abas berhubung kewujudan surat misteri setebal lima muka surat bertarikh 5 Ogos lalu yang diterimanya daripada seseorang antara pukul 5 dan 6 petang, hari sebelumnya.

Rentetan pendedahan surat yang tiada tandatangan pengirimnya itu, Azmil memerintahkan supaya pegawai penyiasat, Asisten Supritendan (ASP), Ahmad Nazri Zainal menjalankan siasatan lanjut.

Menurut Hock Chuan, tiada sebarang keterangan yang dapat membuktikan atau menyokong tohmahan dalam surat itu bahawa Timbalan Pengarah SPRM Selangor kononnya telah memberikan arahan kepada para pegawainya yang terlibat dalam operasi siasatan supaya tidak melibatkannya dalam kes Beng Hock.

“Pihak polis telah merakam percakapan-percakapan yang relevan tetapi seperti mana yang saya katakan tadi, tiada keterangan yang dapat membuktikan tohmahan yang dilemparkan itu,” katanya.

Begitu juga dengan tohmahan bahawa Timbalan Pengarah SPRM negeri itu kononnya telah mengarahkan pegawainya supaya mengelap kesan cap jari pada bahagian tingkap di tingkat 14, Plaza Masalam dan menggunakan teknik soal siasat tersendiri, turut gagal menunjukkan sebarang bukti.

Sehubungan itu, Hock Chuan meminta Azmil mempertimbangkan bahawa terdapat sekurang-kurangnya lapan kesan cap jari pada bahagian tingkap di tingkat 14, namun tidak cukup jalur untuk membuat perbandingan dan bukannya tiada langsung kesan cap jari ditemui seperti didakwa dalam surat.

Mengenai dakwaan timbalan pengarah terbabit tidak mengetip kad perakam waktu pada pagi 16 Julai lalu, menurutnya, polis telah mendapatkan kad tersebut dan pegawai terbabit telah mengesahkan bahawa beliau memang tidak mengetipnya waktu keluar pada pagi tersebut.

Menurut Hock Chuan, pegawai berkenaan masuk bertugas pada malam, 15 Julai tetapi tidak mengetip keluar pada pagi, 16 Julai lalu.


Sehubungan itu, beliau berpendapat Azmil perlu bertanya kepada pegawai berkenaan ketika dipanggil memberikan keterangan kelak.

Lagipun ujar Hock Chuan, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) telah menunjukkan timbalan pengarah terbabit keluar dari Plaza Masalam pada pukul 6.26 pagi, 16 Julai lalu.

Mengenai tohmahan berkaitan timbalan pengarah tersebut yang dikatakan memberikan calitan sampel di bilik beliau sendiri berbanding pegawai SPRM yang lain di bilik mesyuarat, jelas Hock Chuan:

‘‘Ingin saya tegaskan di sini, ahli kimia dari Jabatan Kimia Malaysia, Dr. Seah Lay Hong telah mengatakan tohmahan tersebut tidak benar kerana beliau sendiri hadir ketika sampel diambil.’’
Sungguhpun begitu, menurut peguam tersebut, ekoran perintah Azmil, timbalan pengarah berkenaan dan beberapa pegawainya telah memberikan sampel untuk tujuan analisis DNA yang baru pada petang Rabu lalu.

Peguam mewakili kerajaan Malaysia itu turut menyerahkan laporan ujian DNA bertarikh 20 Ogos lalu kepada mahkamah.

Sampel diambil oleh Lay Hong dengan kehadiran Ahmad Nazri dan peguam pemerhati bagi Majlis Peguam Malaysia, Teoh Lee Ting.

Hock Chuan bagaimanapun tidak bercadang membuat sebarang komen berhubung tohmahan lain yang disebut dalam surat misteri tersebut kerana ia berada di luar skop inkues.

Setelah mendengar penjelasan tersebut, Gobind melahirkan rasa tidak puas hati kerana bagi beliau, penjelasan sepatutnya dibuat oleh pegawai penyiasat dan pihak pembelaan berhak untuk menyoal balas.


Pihaknya juga tetap bertegas supaya mahkamah menandakan surat tersebut sebagai bahan bukti prosiding berkenaan.

Hock Chuan bagaimanapun menyatakan surat tersebut tidak perlu ditandakan sebagai bahan bukti dengan alasan ‘‘pihak yang bersalah tidak patut dilindungi dan orang yang tidak bersalah tidak patut dipersalahkan’’.

Pada peringkat ini, Ketua Unit Pendakwaan SPRM yang merupakan peguam pemerhati bagi suruhanjaya tersebut, Datuk Abdul Razak Musa mencelah, dengan mengesyorkan supaya surat tersebut diambil dan ditarik balik oleh Gobind agar pihak-pihak tidak bersubahat memfitnah orang.

Tambahan pula, kata beliau, tiada dalam peruntukan undang-undang untuk membawa masuk surat layang sebagai keterangan.

Perkara itu membuatkan Gobind berang dan bingkas bangun sambil berkata: ‘‘Apa tarik balik? Fikir dulu sebelum bercakap. Beng Hock sudah mati. Siasatan sudah dijalankan dan laporan berkaitan surat ini telah dikeluarkan. Jadi surat ini hendaklah ditandakan sebagai bahan bukti prosiding inkues. Jika tidak, kita tidak akan tahu ia merujuk kepada surat mana.’’

Azmil bagaiamanapun menyatakan bahawa perkara berkaitan surat tersebut tidak menimbulkan masalah kerana beliau sedia maklum mengenainya.

Penghuni Gua : Minta ramai-ramai hantar lagi surat tanpa nama dan tulis le apa sahaja berkaitan Teh Beng Hock. Dan mahkamah akan siasat. Kalau tak ada bukti pun tak apa. Nanti Peguam Gobind akan minta mahkamah tandakan sebagai bahan bukti tau. Kalau mahkamah tak terima nanti Gobind akan marahkan Koroner.

2. Jangan lupa ye. Setiap surat layang akan ditanda sebagai bahan bukti di mahkamah nanti. Jadi jangan lupa tulis tau. Jangan lupa kita semua tulis surat layang tu.

3. Kepada SPRM: anda semua sudah boleh mula berkerja seperti biasa. Patuhi prosedur siasatan dan jangan takut dalam menjalankan tugas. Teruskan komitmen anda. Ini hanya sebahagian kecil sahaja cabaran dalam tugas anda.


4. Sebenarnya inkues ini sudah berakhir secara tak resmi apabila 2 patologist mengesahkan tiada unsur jenayah dalam kematian Teoh. Tamat

6 comments:

  1. Salam PG, itulah caranya mereka hendak kaitkan juga dengan UMNO.

    ReplyDelete
  2. Gobin singh Biol ni memang membuang masa orang aje...Lawyer yg bodoh dan tak guna. Menggunakan kesempatan dlm inkues untuk menabur fitnah dan melindungi orang atau kawan dia dlm DAP...

    Kalau dah bedah siasat kata kemungkinan besar Beng Hock mati bunuh diri, apa lagi nak di bantah. Bodoh punya lawyer. dengan teori bodoh dia. Dulu , masa kes Kugan, bila pathologist dari UMMC kata kemungkinan Kugan di pukul...si lawyer biol tu, betul-betul gunakan kenyataan pathologist tu untuk menghentam polis dan kerajaan. Tapi bila the same pathologist kata Teoh mati besar kemungkinan sebab bunuh diri, si lawyer Biol ni tak percaya pulak...

    Bila kena pada orang lain, dia sokong. Bila kena pada dia,..itu salah. BODOH PUNYA LAWYER GOBIND SINK BIOL

    ReplyDelete
  3. Kes ni mula2 best juga tapi bila dah lama dah makin melalut. Membosankan tapi seperkara yg kita perlu renungi adalah :
    Bertapa perlunya disegerakan tindakan (apa2 pun) bila melibatkan 'orang bukan melayu'. Namun bila melibatkan orang melayu dizalimi atau terinaya sebegini. tak lah pulak begini cepat atau terdesak/didesak diambil tindakan segera. Kenapa? Ataukah sekadar mahu manjaga perpaduan (alasan)? Kenapa ?

    ReplyDelete
  4. Setuju dengan PG. Kita semua tulis surat layang dan serahkan pada si biol Gobind dan mintak dikemukakan ke Mahkamah. Bapak dan anak sama-sama bangang.

    ReplyDelete
  5. aku akan serah surat layang kepada goblok deo menuduh tan beng hock dan ronnie teoh membunuh TBH. dengan menambah bahwa mastermind dia adalah Lim Kit Sial dan mendapat sokongan padu khalid 'chivas' ibrahim, MB selangor. harap surat aku boleh dijadikan bukti padu..

    ReplyDelete
  6. Gobindol Singh tgh kecut teloq sbb taktik menyebarkan surat layang x menjadik... Dia ni talam dua muka. Satu muka jd peguam keluarga Teoh, satu muka lg nak bantu DAP keluar dari kes dan libatkan SPRM dan org lain...

    eXception - Bukan Sekadar Blog Picisan

    ReplyDelete

PETA PELAYAR