FOLLOWERS

Monday 17 August 2009

KECEMASAN KESIHATAN BUKAN DARURAT KESIHATAN : KATA DATO TIONG LAI




Berita TV3 jam 8 malam ini telah melapurkan bahawa Menteri Kesihatan bersetuju mengistiharkan bahawa wabak penyakit selsema babi berada pada tahap yang membimbangkan dan memutuskan kerajaan kerajaan mengistiharkan pada masa ini telah menjadi kecemasan kesihatan negara.

2. Keduanya menurut YB Menteri ini lagi bahawa setakat hari ini kematian akibat wabak ini telah meningkat kepada 66 orang dan angka ini sesuatu yang amat serius tetapi bukan lagi satu darurat. Jika istiharkan darurat bermakna menurutnya perintah berkurung akan dilaksanakan di seluroh negara sepenuhnya.

3. Jadi ini tidak mungkin berlaku pada masa ini dan menurutnya kerajaan hanya mengistiharkan kecemasan kesihatan sahaja.

Penghuni Gua : Dalam berita ini, YB Menteri tidak menyatakan apakah langkah-langkah yang perlu dan yang akan diambil kerajaan dengan pengistiharan kecemasan kesihatan ini. Sepatutnya kerajaan / YB Menteri detailkan langkah-langkah yang dibuat hasil dari pengistiharan kecemasan kesihatan tersebut.

2. Pada pandangan PG, pada tahap ini , kerajaan tidak perlu mengistiharkan kecemasan kesihatan tanpa menjelaskan langkah-langkahnya. Langkah-langkah ini hendaklah berbeza dari langkah-langkah pencegahan sebelum ini iaitu sebelum pengistiharan kecemasan kesihatan ini.

3. Tetapi pada pandangan PG, langkah yang tepat ialah kerajaan mengaktifkan Majlis Keselamatan Negara ( MKN ) dan mengistiharkan selsema babi ini sudah bertaraf krisis. Bukan lagi kecemasan. Alasan YB Menteri jika istiharkan krisis atau darurat akan membebankan kerana perintah berkurung terpaksa dikuatkuasakan.

4. Pada pandangan PG juga, dengan kerajaan istiharkan krisis / darurat kesihatan bukan bermaksud semistinya perintah berkurung akan dikuatkuasakan diseluruh negara. Darurat/ krisi kesihatan ini mengikut MKN, kerajaan akan mengawal sepenuhnya langkah pencegahan wabak ini dan ia bukan lagi tugas persaorangan Kementerian kesihatan dan secara ad hoc.

5. Jika MKN di aktifkan / darurat diistiharkan : juga ia bukan bermaksud perintah berkurung akan dikuatkasakan di seluruh negara. Perintah berkurung boleh dikuatkuasakan secara terpilih dan terhad di satu-satu kawasan penularan wabak ini yang serius sahaja. Titik panas wabak ini wajib di kuatkuasakan perintah berkurung. Jadi hanya kawasan-kawasan tertentu dan terhad sahaja perintah berkurung dilaksanakan sepenuhnya.

6. Jadi PG berpandangan bahawa selsema babi buat masa ini wajib diistiharkan sudah keperingkat krisis dan darurat secara terhad/ terpilih harus dikuatkuasakan sepenuhnya dan MKN wajib di aktifkan sepenuhnya.

7. Jika kerajaan masih bertangguh-tangguh untuk mengistiharkan ianya sudah satu krisis, maka pertanyaan akan timbul di kalangan rakyat : bila dan apa tanda aras yang membolehkan kerajaan mengatakan selsema babi itu satu krisis. Pandangan PG sebelum ini ada kaitan. KLIK

2 comments:

  1. SLM BRO..STUJU DGN PANDANGAN BRO. INI MASANYA UTK BERTINDAK. KEADAAN DH SEMAKIN PARAH. JGN TUNGGU SEHINGGA MANGSA MENINGGAL DUNIA GENAP 100 PULAK!

    ReplyDelete
  2. Nampak nya KPI untuk kementerian kesihatan dan Kementerian Pengangkutan yg di terajui menteri dari MCA pasti mendapat markah yg paling corot.Tak paham kenapa kementerian2 yg diterajui oleh MCA asyik menghadapi masalah dan musibah mungkin dah takde hati nak jadi menteri dalam BN kot
    www.antihero2009.blogspot.com

    ReplyDelete

PETA PELAYAR