FOLLOWERS

Monday 24 August 2009

PERHIMPUNAN HARAM : LARANGAN KEPADA KAKITANGAN AWAM !


Utusan Malaysia

JPA keluar pekeliling larang penjawat awam sertai perhimpunan haram
24/08/2009 9:51pm



KUALA LUMPUR 24 Ogos — Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mengeluarkan pekeliling yang melarang penjawat awam melibatkan diri dalam perhimpunan haram atau apa-apa bentuk gerakan yang boleh menganggu ketenteraman awam dan mengancam keselamatan negara.

Pekeliling itu yang bertarikh 13 Ogos dan ditandatangani Ketua Pengarah JPA, Tan Sri Ismail Adam menggariskan bentuk larangan iaitu:

- penglibatan secara aktif di luar waktu bekerja dengan menyertai apa-apa bentuk gerakan atau perhimpunan haram yang dianjurkan oleh mana-mana pihak;

- menggunakan masa pejabat dan meninggalkan pejabat untuk melihat dan menyertai gerakan atau perhimpunan haram dan

- menggunakan peralatan pejabat seperti mesin cetak dan mesin penyalin, komputer untuk mencetak dan mengedar risalah berkaitan apa-apa gerakan atau perhimpunan haram. - Bernama

Penghuni Gua : Apa yang perlu ialah tindakan. Bukan keluar garis panduan lepas satu , satu dikeluarkan. Tindakan itu yang mustahak dan terpenting.

2. Semua peraturan dan undang-undang sudah cukup dan sempurna bagi kakitangan awam di Malaysia ini. Yang menyebabkan mereka ini semuanya naik lemak dan besar kepala kerana ketua jabatan yang dipertanggungjawabkan tidakm berani mengambil tindakan. Tidak berani kerana mereka sendiri banyak penyakitnya, atau tidak tahu peraturan dan langkah yang perlu diambil atau mereka ini sendiri tiada kekuatan dalaman untuk mengambilnya.

3. Sebahagian besarnya hanya menjadi ketua kerana bernasib baik. Tetapi gagal jadi pemimpin untuk memimpin orang bawahan serta mengambil tindakan jika bersalah.

4. Jadi kepada kerajaan : Tunjukkan tindakan bukan peraturan dan amaran. Sudah letih kami di luar ini mendengarnya.

1 comment:

  1. salam

    bagi mereka yang berkerja makan gaji dengan kerajaan BN/UMNO tunjuklah taat setia kepada kerajaan yang memerintah

    kalau nak berdemo haram anjuran pembangkang eloklah hantar surat letak jawatan dan mohon kerja dengan khalid, azizan, LGE atau nik aziz

    salam

    ReplyDelete

PETA PELAYAR