FOLLOWERS

Wednesday 12 August 2009

RASUAH / DERMA RM 10 JUTA : JAWAPAN DATO ONG KEPADA TIONG ( KUALA DIMENSI )


Malaysia kini

12 ogos 2009



Jawapan Dato Ong Tee Keat ini boleh juga dibaca ( B. Inggeris ) di blognya : KLIK

"Saya tidak terperanjat bahawa taktik untuk mencemar dan membuat serangan peribadi terhadap diri saya semakin menjadi-jadi, terutama selepas pendedahan terbaru oleh Pasukan Petugas PKFZ.

Sekiranya saya telah menerima habuan dan faedah kewangan bagi dirinya atau bagi pihak parti, maka sudah tentulah saya akan berusaha melindungi kepentingan pemberinya, dan bukan sebaliknya dengan meneruskan usaha mendedahkan salahlaku mereka.

Dengan berbuat demikian, saya membahayakan keselamatan diri saya dan keluarga saya serta kredibiliti saya.Dakwaan Datuk Seri Tiong King Sing bahawa saya telah menerima "pinjaman" RM10 juta dari beliau untuk kegunaan bahagian-bahagian parti, jelas dibuat dengan beberapa motif, termasuk mengalih perhatian dari dakwaan penyelewengan yang didedahkan oleh pasukan petugas.

Ia juga boleh membawa maksud untuk menimbulkan keraguan di kalangan rakan-rakan dalam parti saya bahawa saya telah membolot wang yang sepatutnya untuk bahagian-bahagian parti. Hakikat bahawa beliau berkata ia merupakan satu pinjaman, boleh membawa maksud yang beliau mahu opsyen untuk mengheret saya ke mahkamah untuk memalukan lagi saya.

Tempoh yang disebut oleh Dato' Seri Tiong ialah 2008, ketika saya menjadi naib presiden sehinggalah saya menyandang jawatan presiden pada bulan Oktober. Tidak timbul keperluan bagi saya sebagai naib presiden untuk mengumpulkan dana untuk bahagian. Kemudianya, apabila menjadi presiden, kita sudah mempunyai akses kepada dana dan peruntukan parti.

Saya tidak rasa ada mana-mana orang yang waras sanggup menyerahkan RM10 juta berasaskan kepada cerita seumpama itu.Saya amat gembira Dato' Faisal Abdullah telah mengakui bahawa jet-jet tersebut telah disewa oleh pejabat saya. Ini dengan jelas menunjukkan bahawa saya tidak menerima sebarang keistimewaan.

Jika saya terpaksa, dan saya bersedia untuk menjelaskan bayaran perkhidmatan pesawat tersebut, Saya dengan jelas tidak menerima rasuah atau layanan istimewa.Lagi pula, pejabat saya belum menerima sebarang invois untuk perkhidmatan yang diberikan itu.

Jika syarikat tersebut lebih cekap, saya pasti pejabat saya telah pun menjelaskan bayarannya dengan segera. Saya pasti urusan perniagaan tidak mengeluarkan invois melalui akhbar.Saya akan mendapatkan pandangan peguam saya dan nasihat perundangan terhadap dakwaan yang berunsur fitnah itu.

Saya melihat halangan terbaru ini sebagai satu cabaran yang perlu saya hadapi. Ia tidak akan menghalang saya daripada memastikan bahawa isu PKFZ diselesaikan demi kepentingan kerajaan dan rakyat. Saya juga minta saya dihakimi berdasarkan tindakan-tindakan saya."

Penghuni Gua : Sama-sama kita nilaikan kebenarannya. Segerakan siasatan. Benda bukan susah. Bila sebuah syarikat korporat memberi derma / pinjam ke, rasuah ke misti akan dicatit di dalam minit mensyuarat kerana ia jumlah yang besar . Jika tidak dicatit pemberian ini pemegang saham akan membantah dan satu lapuran akan dibuat.

2. Jadi dalam hal ini SPRM senang menyiasatnya. Semuanya berdokumen. Jika benar berlaku rasuah maka pemberi dan penerima harus menerima hukuman yang paling berat. Jangan sesekali melepaskan mereka yang terlibat sekiranya terbukti perlakuan jenayah ini. Yang memberi dan penerima pinjaman/ rasuah/ sumbangan/ derma atau apa sahaja namanya dalam isu ini harus dihukum seberat-beratnya.

3. Letihlah PM kita macam ni. Dahlah nak memulihkan BN nampaknya PM seorang sahaja ke hulu kehilir dan memerah keringat dan otak. Parti komponen lain masih tidor. Tidor dan terus tidor. Kena penyakit berjangkit dari pemerintahan yang lalu kot.

3 comments:

  1. Salam,

    Betul, Ong segera mahu disiasat, jangan buat PM kita letih asyik nak jawab perbuat mereka....

    ReplyDelete
  2. salam bro,

    Perkara yang meragukan serah untuk siasatan SPRM. Masa untuk membersihkan BN dan kerajaan.

    ReplyDelete
  3. Bukan ke SPRM salah sebuah parti komponen BN,takkan la diorg nak siasat MCA,silap2 nanti akan dituduh pengkhianat bangsa pulak..hehe

    ReplyDelete

PETA PELAYAR